Categorized | Sarawak News, Tempatan

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post

3-4 peratus kanak-kanak Malaysia tidak ke sekolah

Punca mereka tidak bersekolah belum dikenal pasti

KUALA LUMPUR: Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef) dalam satu kajian rambang mengenal pasti tiga hingga empat peratus kanak-kanak Malaysia tidak pergi ke sekolah meskipun mereka sudah mencapai umur persekolahan.Wakil Unicef di sini, Youssouf Omar berkata Unicef setakat ini tidak mengenal pasti punca-punca kanak-kanak ini tidak pergi ke sekolah seperti kanak-kanak lain yang bersekolah.

“Kami tidak tahu dari mana kanak-kanak ini datang serta apa yang mereka lakukan dan Unicef sedang berusaha keras untuk mengenal pasti di mana mereka,” katanya pada sidang berita pada pelancaran Forum Pendidikan Bagi Setiap Kanak-kanak di sini semalam.

Menurut Youssouf, kemungkinan besar kanak-kanak berkenaan kebanyakannya adalah anak masyarakat Orang Asli atau mereka yang tidak mempunyai sijil kelahiran.

“Mungkin kanak-kanak ini berasal dari kawasan luar bandar, yang tinggal di bawah paras garis kemiskinan dan mereka tidak mempunyai sijil kelahiran dan tidak memohon kad pengenalan, menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk bersekolah,” katanya.

Sementara itu, Datin Paduka Marina Mahathir yang turut hadir pada sidang akhbar, Kementerian Kesihatan perlu menumpukan kepada hak pendidikan saksama kepada semua kanak-kanak sama ada di kawasan bandar atau luar bandar.

“Kita perlu membantu kanak-kanak ini yang tidak mendapat hak untuk mendapat pendidikan, di mana sahaja mereka berada dan bagaimana mereka bukan satu masalah tetapi kita perlu prihatin dengan pendidikan mereka yang menjadi masa depan negara,” katannya.

Isteri bekas perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohammad Ali melancarkan forum sehari itu.—Bernama

Leave a Reply

blog comments powered by Disqus
Subscribe to NewsLetter
*Your email address:
*Enter the security code shown:
 
Follow us on
  • Polls
    • Could Taib’s cousin Norah be the next Sarawak’s Chief Minister?

      View Results

      Loading ... Loading ...