Categorized | Sarawak News, Tempatan

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post

Tapak perkuburan sudah dikenal pasti

Rangka tulang ‘Sarawak Rangers and Trackers’  akan dikebumikan semula di Sarawak

KUCHING: Hasrat untuk membawa pulang rangka tulang ‘Sarawak Rangers and Trackers’ yang terkorban di Semenanjung Malaysia dan Singapura semasa Darurat bakal menjadi kenyataan selepas tapak pengebumian semula telah dikenal pasti.Pengerusi penganjur Ops Ngerapuh, Lt Col (B) Robert Rizal Abdullah semalam mengumumkan pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Datuk Talib Zulpilip telah membantu menyediakan sebidang tanah membina Tugu Pahlawan dan tapak pengebumian semula rangka 21 orang ‘Sarawak Rangers and Trackers’ .

“Tanah kerajaan 15.4 ekar telah dikenal pasti oleh Jabatan Tanah dan Survei (LANDAS) sebagai tapak membina Tugu Pahlawan dan mengebumikan tulang rangka Sarawak Renjer yang terkorban dan dikebumikan di Semenanjung Malaysia dan Singapura semasa Darurat pertama di Malaya akan dikebumikan semula,” jelas Robert dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Robert berkata, menurut Talib yang banyak membantu merealisasikan rancangan itu, fasa seterusnya ialah mendapatkan kelulusan rasmi dan dipindah hak milik kepada SEDC bagi tujuan itu.

“Cadangan reka bentuk dan reka letak juga telah dibuat. Ia perlu dilihat oleh jawatankuasa sebelum ia diluluskan,” kata Robert.

Beliau memberitahu kempen mengumpul dana akan dilancarkan dan berharap negeri-negeri tempat ‘wira’ tersebut perkhidmat serta mengorbankan nyawa mereka turut memberi sumbangan.

Baki dana yang dikumpul akan digunakan untuk meningkatkan kebajikan ‘Trackers and Sarawak Rangers’ yang masih hidup, ujar Robert.

Beliau menambah ketika ini kemeja-T pelbagai warna dijual sebagai sebahagian daripada cara mengumpul dana dan sebahagian daripada hasil jualan kemeja-T itu akan disalurkan ke Tabung Ops Ngerapuh. Mereka yang mahu menempah boleh menghubungi Lian Hun di talian 016-8950203

Robert mendapat inspirasi untuk membawa pulang tulang rangka ‘Sarawak Rangers and Trackers’ daripada mendiang  LKpl Ungkok Jugam, seorang anggota Sarawak Ranger yang kuburnya ditemui di sebuah kawasan belukar di Jalan Langgar Alor Setar, tahun lepas.

Ungkok, berasal dari Lubok Antu, pernah berkhidmat semasa Darurat pertama di Malaya dari 1948 hingga 1960. Rangkanya telah dikebumikan semula di tanah perkuburan St Michael’s Catholic Church di Jalan Sultanah pada 28 April 2009.

Semenjak itu Robert, mula menjejaki 21 orang “Sarawak Rangers and Trackers” termasuk seorang Pengakap Sempadan. Mereka telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian Batu Gajah, Tanah Perkuburan Jalan Cheras, Tanah Perkuburan Kristian Jalan Kamunting dan Tanah Perkuburan Tentera Kranji, Singapura.

Sementara itu, kubur para wira Iban itu kini yang berada di Perkuburan Tentera Terendak ialah Prebet Entap Tulu yang meninggal dunia pada 15 Mac 1951, Prebet Nyantau Juna (10 Ogos 1951), Prebet Manit Cheling (20 Mac 1951), Prebet Nyaru Talap (11 Januari 1952), Prebet Mat Akit (30 Julai 1953), Prebet Empati Dugu (20 November 1953), Prebet Adrian Tandang (27 November 1953) dan Pengawal Sempadan Utot Tangang (21 September 1963).

Manakala di Perkuburan Jalan Cheras Kuala Lumpur terdiri daripada Prebet Bulan Kasau, Prebet Kelambu Gadong dan Prebet Untang Engan meninggal dunia pada 22 November 1951. Turut dikebumikan di perkuburan yang sama ialah Prebet Rejab Bagi (27 Januari 1956).

Mereka di Perkuburan Kristian Jalan Kamunting Taiping ialah Prebet Ugap Utut (28 Januari 1954), Prebet Letan Kusing (22 Julai 1957) dan Prebet Nyambik Pasang (10 Jun 1958) dan Prebet Kumpang Tinggi (27 November 1959).

Dua wira yang disemadikan di Perkuburan Kristian Batu Gajah Perak ialah Prebet Jaweng Jugah (12 Mac 1951) dan Prebet Unggat Jugom (7 Disember 1955).

Mendiang Lans Koperal Ungkok Jugam yang terkorban pada 13 Februari 1955 disemadikan di Perkuburan Kristian, Jalan Sultanah, Alor Setar.

Rancangan Robert itu turut mendapat sokongan daripada pemimpin-pemimpin termasuk Timbalan Ketua Menteri  Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu.

Leave a Reply

blog comments powered by Disqus
Subscribe to NewsLetter
*Your email address:
*Enter the security code shown:
 
Follow us on
  • Polls
    • Could Taib’s cousin Norah be the next Sarawak’s Chief Minister?

      View Results

      Loading ... Loading ...