Categorized | Tempatan

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post

Suri rumah lapor amah lari dari rumah

MIRI: Seorang suri rumah tampil membuat laporan polis awal pagi Selasa berikutan pembantu rumahnya melarikan diri bersama teman lelakinya, dipercayai rakyat Indonesia.Suri rumah tersebut memberitahu, Mistiye,30-an, yang juga rakyat Indonesia telah meninggalkan sepucuk surat sebelum melarikan diri bersama teman lelakinya sekitar jam 3 pagi semalam.

“Antara lain isi kandungan surat yang ditinggalkan Mistiye ialah dia mahu menuntut gajinya dan meminta supaya pasportnya diserahkan kepada adiknya yang tinggal di Kuala Baram,” katanya.

Beliau menambah, Mistiye juga pernah meninggalkan rumah beberapa kali untuk berjumpa kekasihnya termasuk meninggalkan anaknya berusia setahun di rumah.

“Dia sering meninggalkan rumah semasa ketiadaan majikan dan bertindak memanjat pagar belakang rumah untuk berjumpa kekasihnya yang bekerja di kawasan pembinaan berhampiran,” katanya.

Suri rumah itu menyatakan pada sebelah pagi Selasa Mistiye menghilangkan diri tetapi kembali ke rumah seketika kira-kira jam 9.30 malam hari yang sama.

“Sehubungan itu, saya akan mengambil tindakan membuat laporan polis dan menghantar pasportnya (200538) kepada pihak Imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau yang kesal dengan sikap pembantu rumah warga Indonesia tersebut kerana telah meninggalkan anaknya dalam keadaan tidak terurus dan berseorangan di rumah.

“Kemungkinan pada malam tersebut dia balik untuk mengambil barang-barangnya di rumah dan pada awal pagi Rabu, dia terus melarikan diri bersama teman lelakinya,” katanya.

Tindakan pembantu rumah melarikan diri daripada majikan bukan perkara asing di negara ini dan pihak berkenaan termasuk agensi pekerjaan harus memandang serius isu tersebut.

Leave a Reply

blog comments powered by Disqus
Subscribe to NewsLetter
*Your email address:
*Enter the security code shown:
 
Follow us on
  • Polls
    • Could Taib’s cousin Norah be the next Sarawak’s Chief Minister?

      View Results

      Loading ... Loading ...