Sarawak News, Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Thursday, November 12, 2009 - 0 Comments

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post -

Penjaga gol Jerman bunuh diri

 

Enke bertindak melompat ke landasan untuk dirempuh kereta api

HANOVER, Jerman: Penjaga gol antarabangsa Jerman, Robert Enke maut dilanggar oleh sebuah kereta api ekspres dalam insiden yang kelihatan seperti kejadian bunuh diri dekat Hanover, demikian menurut pihak polis tempatan Selasa lepas.“Petunjuk yang pertama kelihatan menjurus kepada kes bunuh diri,” demikian menurut seorang pegawai media untuk Polis Lower Saxony ketika memberitahu Reuters sebelum menambah mayat Enke ditemui di lintasan kereta api di Neustadt am Ruebenberge dekat Hanover.

“Pada 1825 (1725GMT), dia dilanggar oleh sebuah kereta api wilayah yang dalam perjalanan dari Hamburg ke Bremen,” kata jurucakap polis, Stefan Wittke. “Kereta api berkenaan bergerak pada kelajuan 160 kilometer sejam.”

Jorg Neblung, rakan baik dan penasihat kepada penjaga gol yang pernah membuat enam penampilan untuk Jerman, juga mengesahkan ia adalah satu kes bunuh diri.

“Saya boleh mengesahkan bahawa ia adalah satu kejadian bunuh diri,” katanya.

“Robert membunuh diri tidak lama selepas jam enam petang (waktu tempatan). Satu sidang media di Hannover akan diadakan bagi memberikan maklumat lebih lanjut,” tambahnya lagi.

Penjaga gol kelab Hannover 96 berusia 32 tahun itu yang meninggalkan seorang balu dan anak perempuan berusia lapan bulan, yang diambil mereka sebagai anak angkat pada bulan Mei lalu, tiga tahun selepas anak perempuan mereka berusia dua tahun meninggal dunia kerana masalah jantung, menderita akibat jangkitan usus.

Beliau menarik diri dari skuad kebangsaan Jerman, dua hari sebelum kemenangan 4-0 ke atas Azerbaijan dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2010 pada awal bulan September.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini beliau mengakui bahawa dirinya berasa gembira kembali berlatih pada bulan lepas.

“Ia adalah satu tempoh yang agak lama, hampir satu suku musim. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja saya kembali berlatih, saya benar-benar berasa bersemangat,” kata Enke yang kali terakhir bermain untuk kelabnya ketika mereka seri 2-2 dengan Hamburg.

Kematiannya menyebabkan mereka yang rapat dengan mendiang, secara peribadi dan profesional, berasa sangat terkejut dengan berita tragik itu.

“Kami semua terkejut. Saya tidak tahu apa lagi untuk dikatakan,” kata pengurus besar pasukan kebangsaan Jerman, Oliver Bierhoff, yang bersama-sama Jurulatih kebangsaan, Joachim Lowe, telah memberitahu rakanrakan sepasukannya tentang tragedi itu ketika mereka membuat persiapan untuk satu perlawanan persahabatan menentang Chile hujung minggu ini.

Presiden kelabnya, Martin Kind juga berasa sangat terkejut. “Ia adalah malapetaka. Saya amat sukar untuk memahaminya,” kata Kind. Selepas itu, sekitar 300 penyokong kelab dan beberapa rakan sekelab berkumpul di luar pejabat kelab untuk memberi penghormatan dengan beberapa orang meletakkan bunga dan menyalakan lilin. Enke dilihat bakal pengganti kepada penjaga gol nombor satu Jerman ketika itu, Jens Lehmann semasa Euro 2008 dan beliau sudah dijangka akan mengganti tempat Lehmann sebelum jatuh sakit pada September dan Oktober.

Semasa tempoh itu, pesaingnya, Rene Adler meningkatkan peluang untuk mengisi tempat itu dalam pasukan kebangsaan yang layak ke Piala Dunia 2010.

Enke juga pernah dikaitkan dengan satu perpindahan ke kelab gergasi bola sepak jerman, Bayern Munich, di mana bekas penjaga gol bawah 21 tahun, Michael Rensing kur ang memberangsangkan pada musim pertamanya.

Walau bagaimanapun, Pengurus besar Bayern, Uli Hoeness Menjelaskan bahawa mereka tidak berminat membayar yuran perpindahan berjumlah 10 juta euro untuk mendapatkan khidmat Enke.

Beberapa orang ada menasihati Enke, yang pernah bermain di Benfica, Barcelona dan Tenerife, untuk meninggalkan Hannover untuk menyertai sebuah kelab yang lebih besar dan juga kelab yang bermain dalam pertandingan Eropah supaya beliau boleh meningkatkan peluangnya untuk menjadi penjaga gol nombor satu Jerman. ROBERT ENKE: Penjaga gol Jerman. — AFP/Reuters



Share
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Free advertise 1iklan.com.my
malaysian blog
Wavee - A Rewarding Auction and a Shopping Experience
mysarawak on Facebook

Random Posts

Leave a Reply

Comment

Mysarawak talk

translated version

English flagItalian flagKorean flagChinese (Simplified) flagGerman flagFrench flagSpanish flagJapanese flagDutch flagDanish flagSwedish flag 
By N2H
Email to us

Archives

Polls

Beginning Jan 1 the minimum price of a 20-pack of cigarettes has been set at RM6.40

View Results

Loading ... Loading ...
Web Solution
  • Opportunity for MCA to end long-drawn crisis
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Lima maut, lima lagi parah
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Snapshots of success
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Girls’ doubles title stays in Asia
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • I will not pull out from contest — Tee Keat
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Rural devt will not be left behind in NEM, Najib assures
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Respect religious beliefs of other people — Jabu
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Murugiah: Plight not forgotten
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Aim to become suppliers, Dayaks told
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Creating country’s latest rice bowl under 10MP — Rohani
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Five killed in head-on collision
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Blood suckers on the prowl
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Teddy bears to hold and cherish
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • Woman charged with murdering own baby
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • Baitulmal peruntuk RM20j bantu pelajar miskin: Daud
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • Chong Wei eyes world title, Thomas Cup
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • More friendlies this weekend
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • ECS eyes over RM1b in annual revenue
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • Buddha Kaya Wat donates food items to Salvation Army Children’s Home
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • Chong Wei and Misbun Sidek — a perfect Malaysian pair
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • SEMINAR SEHARI BERSAMA PAKAR : IKAN KELI TARIKH : 7 JUN 2010 TEMPAT : Setiu, T...
    Said syah on 2010-03-11 09:20:42
  • Comment by yao siew Lian — March 9, 2010 @ 8:03 PM | Reply 2.Ven. Phra Piya ...
    Said andy fong on 2010-03-10 22:33:13
  • Comment by yao siew Lian — March 9, 2010 @ 8:03 PM | Reply 2.Ven. Phra Piya ...
    Said andy fong on 2010-03-10 22:04:17
  • fuck the NRD!! nepotism, bribary, corrupted,pukima i know that eventhough im ye...
    Said gogoa on 2010-03-08 14:48:51
  • Selamat sejahtera, saya ingin memohon pekerjaan sebagai polis bantuan. Persoalan...
    Said Hairmie Arabi on 2010-03-06 15:42:14
  • Saya ingin memohon kerja sebagai polis bantuan… persoalan saya: 1. Dimanakah...
    Said Nazrul Farhan on 2010-02-23 20:21:23
  • Saya sangat berminat bekerja sebagai Polis Bantuan.Harap tuan Mengambil saya seb...
    Said ZUHAIRI Sungkai Parak on 2010-02-22 15:48:16
  • Oh no, he passed away? It's got to be more thn 10 years ago when i played the v...
    Said Alex on 2010-02-14 19:07:10
  • saya berminat nak jadi polis bantuan tapi lagi elok klau dpat polis betul leh x...
    Said rony mizwar on 2010-02-13 02:18:55
  • Saya berminat untuk berkhidmat untuk polis bantuan,Bagaimana masuk polis bantuan...
    Said SEE SIP KEAT on 2010-02-06 17:45:48
  • harap-harap 3G servia sampai kawasan Bau..susah la online pakai broadband tapi t...
    Said gerks on 2010-01-26 19:20:51
  • Assalamualikum n salam satu malaysia semua,saya telah memulakan ternakan keli dl...
    Said irwan on 2010-01-26 13:19:04
  • saya ingin menyetai pasukan polis bantuan atau sukarelawan di sibu sarawak magai...
    Said lee jyh boon on 2010-01-26 09:26:52
  • Sarawak perlukan perpaduan yang kukuh untuk maju....
    Said chris on 2010-01-23 23:01:09
  • Haha?!..apa lu ceta...
    Said Ejal al on 2010-01-23 22:43:45
  • Saya bekas anggota tentera laut malaysia dan saya berminat untuk berkhidmat untu...
    Said Syahrilnizan.Sabri on 2010-01-19 11:21:39
  • nk sgt cepat ..kan da cepat kena tangkap......
    Said gmie on 2010-01-18 08:51:01
  • hi sy oma.. macam mana nak dapatkan borang polis ni.....
    Said oma on 2010-01-16 09:44:47
  • sy iela... sy mmg mint nk jd polis ni tp sy tak tahu kat mana nk daptkn borng.....
    Said iela on 2010-01-09 13:53:01
  • jual hormon untuk penbenirhan ikan keli dan lain lain ikan air tawar . sila hub...
    Said ong on 2010-01-07 11:07:37
  • Subscribe Newsletter to get update, notification

    *Your email address:
    *Enter the security code shown:
     

    Find us on twitter

    mysarawak.org on twitter

    Our Stand, Sarawak News - Mar 21, 2010 - 0 Comments

    Opportunity for MCA to end long-drawn crisis

    More In Sarawak News


    Iban, Sarawak News - Dec 30, 2009 - 0 Comments

    Begandin ngemajuka Sarawak

    More In Iban


    Sarawak News, Tempatan - Dec 30, 2009 - 0 Comments

    Pemburu haram ditahan

    More In Tempatan