Categorized | Sarawak News, Tempatan

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post

Rang Undang-Undang Pemaju Perumahan dilulus

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah meluluskan Rang Undang-Undang Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) Pindaan 2009 pada persidangan hari kedua di Bangunan DUN baru Petra Jaya di sini, semalam.Rang Undang-undang itu dibentangkan oleh Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dan telah dibahaskan oleh beberapa anggota dewan sehingga lewat petang semalam.

Bercakap pada sidang media di Bilik Media DUN kemudian, Abang Johari menjelaskan bahawa rang undang-undang itu adalah bagi menubuhkan tribunal tuntutan perumahan yang akan men-dengar kes-kes berkaitan de-ngan pembelian rumah di antara pembeli dan pemaju.

“Setelah rang undang-undang itu diluluskan oleh DUN kita akan menubuhkan sebuah tribunal untuk menjaga hak dan kepentingan pembeli-pembeli rumah dan juga pemaju,” katanya.

Abang Johari menjelaskan, tribunal itu dijangka akan beroperasi seawal tahun depan dan bakal diterajui oleh seorang pengerusi, timbalan pengerusi dan lima ahli-ahli jawatankuasanya.

Menurutnya, tribunal tuntutan itu merupakan sebuah mahkamah majistret yang akan bertindak menyelesaikan masalah pembeli-pembeli rumah yang merasai diri mereka dianiayai oleh pemaju.

“Kita amat berasa gembira setelah Rang Undang-Undang Pemaju Perumahan itu diluluskan dan ini akan memastikan kebajikan pembeli rumah akan sentiasa terjamin,” katanya.

Abang Johari juga memberitahu bahawa sejak 2006 sehingga sekarang pihak kementeriannya menerima lebih kurang 20 aduan daripada pembeli gara-gara dianiaya pemaju.

Aduan-aduan itu telah didengar di tribunal pengguna Kemenetrian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan masih ada lagi kes-kes yang telah dimaklumkan kepada pihak kementerian.

“Saya berharap dengan kelulusan rang undang-undang ini, maka kita akan menubuhkan secepat mungkin tribunal tuntutan perumahan agar pembeli rumah di negeri ini mendapat hak pembe-laan,” katanya.

Leave a Reply

blog comments powered by Disqus
Subscribe to NewsLetter
*Your email address:
*Enter the security code shown:
 
Follow us on
  • Polls
    • Could Taib’s cousin Norah be the next Sarawak’s Chief Minister?

      View Results

      Loading ... Loading ...