|
Sistem pembetungan bersepadu berkualiti pastikan sumber bekalan air bersih terus terpelihara
KUCHING:Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata kerajaan kini berdepan cabaran hebat dalam usaha mengekalkan sumber bekalan air bersih di negeri ini.Beliau berkata untuk me-mastikan sumber bekalan air bersih di negeri ini terus terpelihara usaha harus bermula dengan pembinaan sistem pembetungan bersepadu yang benar-benar berkualiti.
Bagaimanapun katanya, peruntukan yang banyak amat diperlukan kerana kos membina sistem pembetungan bersepadu yang diiktiraf kualitinya sangat mahal.
“Tidak ada satupun negeri di Malaysia dapat membiayai pembinaan sistem pembetungan bersepadu yang terbukti berkualiti tetapi kerajaan negeri akan melakukan yang terbaik untuk memiliki sistem ini dan bantuan kerajaan pusat sangat diperlukan,” kata-nya.
Taib berkata demikian pada majlis perasmian Projek Sistem Pembetungan Bersepadu Bandar Raya Kuching, semalam yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Ban-dar dan Pelancongan Dato Sri Michael Manyin.
Beliau berkata, menyedari kepentingan sistem itu dipraktikkan di negeri ini, pada Oktober 2008 kerja-kerja pembinaan pakej per-tama projek berkenaan yang meliputi lima kawasan utama di bandar raya Kuching di-mulakan dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2012.
Taib menambah disebabkan pembinaan sistem tersebut membabitkan kos yang tinggi ia dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan berdasarkan keperluan sesuatu kawasan.
“Pembinaan sistem pembetungan bersepadu ini membabitkan empat pakej dengan kos keseluruhan dianggarkan RM2 bilion dan pakej pertama sahaja melibatkan kos berjumlah RM530 juta.
“Tetapi kita tiada pilihan kerana kita tidak boleh terus membiarkan air sisa domestik (grey water) dan air sisa tangki septik (black water) terus disalurkan ke sungai yang akhirnya menyebabkan Su-ngai Sarawak tercemar” ujar-nya.
Taib memberitahu pembinaan sistem pembetungan bersepadu itu penting bagi memastikan bandar raya Kuching terus selamat, bersih dan selesa untuk didiami selain persekitaran yang kondusif untuk ekonomi moden.
Justeru beliau meminta rakyat memberi kerjasama kepada kerajaan dan pihak berkuasa tempatan dalam usaha mewujudkan serta mengekalkan standard kehidupan yang lebih baik terutamanya di sekitar bandar raya Kuching.
“Kerajaan mungkin mampu membina sistem ini tetapi untuk memastikan ia dapat diselenggara dan beroperasi dengan baik kerjasama daripada rakyat amat perlu.
“Kos operasi dan selenggaraan sistem ini perlu dikongsi dengan rakyat menerusi bayaran (cukai) tertentu tetapi saya menjamin ia pada kadar yang amat berpatutan,” katanya.
Sementara itu, Manyin dalam ucapan aluannya berkata pelaksanaan projek tersebut dapat mengurangkan dengan berkesan pencemaran air dan pada masa sama meningkatkan kualiti air Sungai Sarawak.
“Dengan sistem ini air sisa buangan dari hartanah individu dapat disalurkan terus ke loji rawatan dan selepas menjalani beberapa proses rawatan sisa yang dibuang ke Sungai Sarawak lebih bersih berbanding sebelum ini (Standard A) dan selamat untuk semua aktiviti rekreasi air,” jelasnya.
Menurut Manyin, kerajaan merancang untuk melanjut-kan pembinaan sistem tersebut di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) dengan cadangan pakej kedua meliputi kawasan-kawasan di timur dan barat pusat bandar raya Kuching manakala pakej ketiga melibatkan kawasan utara tebingan Sungai Sara-wak.
Projek berkenaan dikendalikan Kumpulan-Nishimatsu-Hock Seng Lee Consortium.
Hadir sama dalam majlis itu, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Bandar dan Pelancongan Ik Pahon Joyik, Menteri Pertahanan Bosnia Herzegovina Dr Selmo Cikotic, Duta Bosnia Herzegovina ke Malaysia Ensar Eminovic dan Naib Presiden Nishimatsu Construction Japan Yoshinobu Saito.
|
Leave a Reply