Sarawak News, Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Tuesday, November 10, 2009 - 0 Comments

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post -

Chelsea di landasan rampas juara

 

Gol Terry pastikan skuad Ancelotti lakar kemenangan ke atas United
LONDON, England: Peluang Chelsea untuk menjuarai semula Liga Perdana Inggeris mendapat suntikan besar Ahad lepas apabila kemenangan 1-0 ke atas Manchester United melebarkan kelebihan skuad bimbingan Carlo Ancelotti kepada lima mata di singgahsana liga.Kapten Chelsea, John Terry memberikan ‘tumbukan KO’ kepada United menerusi tandukan hasil tendangan percuma Frank Lampard pada minit ke-78, walaupun Nicolas Anelka turut meraikannya seolah-olah beliau telah melakukan sentuhan terakhir sebelum bola menerjah gawang.

Apapun, Chelsea nyata bernasib baik dapat mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan yang dikuasai skuad United yang tempang dalam jangka waktu yang lama.

Dengan barisan skuad yang memiliki kekuatan sepenuhnya, Ancelotti menyelesaikan isu pemilihan tunggal dengan menyenaraikan Deco dan bukan Joe Cole untuk melengkapkan formasi barisan tengah berbentuk intan.

Sebaliknya, pilihan Sir Alex Ferguson terbatas ekoran ketiadaan Dimitar Berbatov yang cedera, walaupun pengurus United itu tetap membuat keputusan untuk memulakan perlawanan dengan Wayne Rooney sebagai penyerang solo di hadapan barisan lima pemain tengah.

Selepas kecederaan betis memaksa Nemanja Vidic duduk di bangku simpanan pemain dan Rio Ferdinand semakin kelihatan seperti seorang pemain yang tidak akan bermain bagi tempoh yang lama, Wes Brown dan Jonny Evans menggalas tanggungjawab untuk mengekang langkah Anelka dan Didier Drogba.

Ia nyata tugasan yang berjaya dilaksanakan dengan agak baik oleh dua pemain sokongan di bahagian pertahanan tengah United itu dalam babak pembukaan yang seimbang dan menyenangkan mata yang menonton walaupun keduadua pasukan tidak mendapat peluang-peluang jelas untuk menjaringkan gol.

Ferguson menegaskan United bermain lebih baik, tetapi mengakui mereka sendiri harus dipersalahkan kerana gagal mencipta peluang terbaik biarpun menguasai bola.

“Kami menguasai perlawanan, jauh lebih baik daripada mereka,” katanya.

“Kami mencipta beberapa peluang di sekitar kotak penalti… sepatutnya kami memanfaatkannya.

“Jadi, kekalahan ini bukan salah sesiapa kecuali diri kami sendiri. Apapun, anda perlu sedikit tuah, namun kami tidak bertuah kali ini.”

Satu-satunya peluang terbaik pada babak pertama ialah apabila Drogba berpeluang menjaringkan gol, namun tandukan penyerang Ivory Coast itu, daripada hantaran silang Branislav Ivanovic tersasar di sebelah kiri gawang Edwin van der Sar.

Anelka tampak lebih mengancam, khususnya apabila beliau melakukan larian ke dalam petak penalti atau ke bahagian tepi padang untuk memberi ruang kepada dirinya mencabar para pemain pertahanan United.

Pemain Perancis itu sudah pun menguji van der Sar dengan satu cubaan jarak jauh apabila sejurus selepas setengah jam perlawanan, beliau melepasi Patrice Evra di bahagian kanan padang dan melakukan rembatan lencong ke sudut kiri gol yang sempat diselamatkan Van der Sar.

Sementara itu, Petr Cech tidak diuji dengan cara yang sama tetapi United tetap mendapat peluang tersendiri.

Pasukan pelawat kelihatan memiliki tuntutan yang sahih untuk satu tendangan penalty selepas 15 minit perlawanan bermula apabila John Terry mengasak Antonio Valencia hingga terjatuh ketika pemain sayap United itu mengancam untuk melepasinya di dalam petak penalti.

Ryan Giggs pula pasti hampa kerana tidak menggunakan kesempatan yang baik apabila bola yang dilorongkan oleh Darren Fletcher menemuinya tidak dikawal di penjuru petak penalti Chelsea.

Kapten United ada masa untuk mengawal bola tetapi memilih untuk cuba melambung bola tinggi melepasi Cech dengan tendangan volley yang tersasar jauh dari palang gol.

Pembabitan Deco yang tidak berkesan dalam perlawanan itu berakhir apabila pemain tengah Portugal itu memberi laluan kepada Cole dengan baki perlawanan kurang setengah jam.

Sehingga detik itu, United kelihatan lebih berkemungkinan akan menang dengan Rooney sering menimbulkan masalah kepada barisan pertahanan pasukan tuan rumah.

Kombinasi cantik dengan Valencia di bahagian kanan membolehkan penyerang England itu melakukan rembatan rendah yang sedikit tersasar, beberapa minit sebelum beliau melakukan rembatan yang melencong tetapi dapat ditepis keluar oleh Cech ketika bola menuju ke sudut atas gawang.

Namun demikian, Chelsea dihidangkan peluang terakhir selepas Darren Fletcher yang bermain cemerlang didakwa telah mengasari Ashley Cole di tepi padang, sekali gus mencetus pertikaman lidah di kalangan pemain.

Barisan pertahanan United yang jarang menghadapi masalah sepanjang perlawanan gagal mengeluarkan tendangan percuma melencong Lampard dan Terry tidak dikawal ketika beliau melonjak tinggi untuk menanduk bola melepasi van der Sar. — AFP



Share
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Free advertise 1iklan.com.my
malaysian blog
Wavee - A Rewarding Auction and a Shopping Experience
mysarawak on Facebook

Random Posts

Leave a Reply

Comment

Mysarawak talk

translated version

English flagItalian flagKorean flagChinese (Simplified) flagGerman flagFrench flagSpanish flagJapanese flagDutch flagDanish flagSwedish flag 
By N2H
Email to us

Archives

Polls

Beginning Jan 1 the minimum price of a 20-pack of cigarettes has been set at RM6.40

View Results

Loading ... Loading ...
Web Solution
  • Ex-factory worker saved from the gallows
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • Dua sepupu mati lemas di pantai Tanjung Lobang
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • First Sail targets sales of 20 units monthly
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • Some 4,000 yet to register for allowance
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • 300 to run in sarong for charity
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • GST not an additional tax – Najib
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • Weapon of choice
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • Dompok: Consumers’ support needed
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • Bengkel jentera berat terselamat daripada kebakaran
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • Semi-naked drunk causes a ruckus
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • Car thief sustains broken ribs in beating
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • Quick action saves workshop from destruction
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • CM: Shortage of skilled labour among challenges
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • Sama Jaya solar wafer
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • Visas approval involved RM1.2 mln — Witness
    Thursday, March 18, 2010 - 0 Comments
  • Lanky Preston sets eyes on lofty target
    Thursday, March 18, 2010 - 0 Comments
  • Air gula pengganti susu
    Thursday, March 18, 2010 - 0 Comments
  • Bakun uncertainty may impede Tenaga’s future power plans
    Thursday, March 18, 2010 - 0 Comments
  • 108 conferred state awards and medals
    Thursday, March 18, 2010 - 0 Comments
  • Final resting place for two S’wak Rangers buried in S’pore
    Thursday, March 18, 2010 - 0 Comments
  • SEMINAR SEHARI BERSAMA PAKAR : IKAN KELI TARIKH : 7 JUN 2010 TEMPAT : Setiu, T...
    Said syah on 2010-03-11 09:20:42
  • Comment by yao siew Lian — March 9, 2010 @ 8:03 PM | Reply 2.Ven. Phra Piya ...
    Said andy fong on 2010-03-10 22:33:13
  • Comment by yao siew Lian — March 9, 2010 @ 8:03 PM | Reply 2.Ven. Phra Piya ...
    Said andy fong on 2010-03-10 22:04:17
  • fuck the NRD!! nepotism, bribary, corrupted,pukima i know that eventhough im ye...
    Said gogoa on 2010-03-08 14:48:51
  • Selamat sejahtera, saya ingin memohon pekerjaan sebagai polis bantuan. Persoalan...
    Said Hairmie Arabi on 2010-03-06 15:42:14
  • Saya ingin memohon kerja sebagai polis bantuan… persoalan saya: 1. Dimanakah...
    Said Nazrul Farhan on 2010-02-23 20:21:23
  • Saya sangat berminat bekerja sebagai Polis Bantuan.Harap tuan Mengambil saya seb...
    Said ZUHAIRI Sungkai Parak on 2010-02-22 15:48:16
  • Oh no, he passed away? It's got to be more thn 10 years ago when i played the v...
    Said Alex on 2010-02-14 19:07:10
  • saya berminat nak jadi polis bantuan tapi lagi elok klau dpat polis betul leh x...
    Said rony mizwar on 2010-02-13 02:18:55
  • Saya berminat untuk berkhidmat untuk polis bantuan,Bagaimana masuk polis bantuan...
    Said SEE SIP KEAT on 2010-02-06 17:45:48
  • harap-harap 3G servia sampai kawasan Bau..susah la online pakai broadband tapi t...
    Said gerks on 2010-01-26 19:20:51
  • Assalamualikum n salam satu malaysia semua,saya telah memulakan ternakan keli dl...
    Said irwan on 2010-01-26 13:19:04
  • saya ingin menyetai pasukan polis bantuan atau sukarelawan di sibu sarawak magai...
    Said lee jyh boon on 2010-01-26 09:26:52
  • Sarawak perlukan perpaduan yang kukuh untuk maju....
    Said chris on 2010-01-23 23:01:09
  • Haha?!..apa lu ceta...
    Said Ejal al on 2010-01-23 22:43:45
  • Saya bekas anggota tentera laut malaysia dan saya berminat untuk berkhidmat untu...
    Said Syahrilnizan.Sabri on 2010-01-19 11:21:39
  • nk sgt cepat ..kan da cepat kena tangkap......
    Said gmie on 2010-01-18 08:51:01
  • hi sy oma.. macam mana nak dapatkan borang polis ni.....
    Said oma on 2010-01-16 09:44:47
  • sy iela... sy mmg mint nk jd polis ni tp sy tak tahu kat mana nk daptkn borng.....
    Said iela on 2010-01-09 13:53:01
  • jual hormon untuk penbenirhan ikan keli dan lain lain ikan air tawar . sila hub...
    Said ong on 2010-01-07 11:07:37
  • Subscribe Newsletter to get update, notification

    *Your email address:
    *Enter the security code shown:
     

    Find us on twitter

    mysarawak.org on twitter

    Court, Sarawak News - Mar 19, 2010 - 0 Comments

    Ex-factory worker saved from the gallows

    More In Sarawak News


    Iban, Sarawak News - Dec 30, 2009 - 0 Comments

    Begandin ngemajuka Sarawak

    More In Iban


    Sarawak News, Tempatan - Dec 30, 2009 - 0 Comments

    Pemburu haram ditahan

    More In Tempatan