Categorized | Tempatan

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post

Rakyat luar bandar di Sabah, S’wak diberikan perhatian

KOTA KINABALU: Rakyat Dr Stephen Rundi Utom Datuk Talib Zulpilip Datuk Peter Nansian Nguse luar bandar di Sabah dan Sarawak akan diberikan perhatian dan peruntukan besar dalam Rancangan Malaysia Ke-10, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam semalam.Beliau berkata makmal Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang berkaitan dengan pembangunan luar bandar sedang gigih mengenal pasti keperluan rakyat, terutama di Sabah dan Sarawak, bagi program transformasi kerajaan.

“Saya pilih menteri mesti dating dari Sabah atau Sarawak kerana ini (pembangunan luar bandar) adalah agenda untuk Sabah dan Sarawak.

“Apabila kita buat kerja, kita mesti tentukan setiap kampung apa keperluannya di Sabah dan ini telah dibuat oleh makmal NKRA yang bekerja tak kira waktu.

“NKRA untuk masyarakat luar bandar, sebahagian besar daripada peruntukannya akan diberikan kepada Sabah dan Sarawak,” katanya dalam Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) Ke-24 di sini.

Beliau juga berkata rakyat luar bandar di Sabah dan Sarawak juga semakin menyedari keperluan mereka dalam arus pembangunan negara.

Oleh itu, beliau meminta rakyat terus menyuarakan masalah dan keperluan mereka agar kerajaan akan terus mengambil langkah-langkah untuk memberikan keselesaan kepada rakyat.

“Maklum balas daripada rakyat Sabah semakin hari, semakin baik. Kita nak perkara ini diteruskan. Jangan bimbang, kalau peruntukan tak cukup, kita tambah lagi, insya-Allah,” katanya.

Bagaimanapun, Najib berkata terdapat beberapa keperluan rakyat di Sabah yang boleh diatasi sekiranya mendapat kerelaan rakyat untuk dibantu.

Menurutnya masalah bekalan elektrik di kawasan Pantai Timur negeri ini sepatutnya dapat diselesaikan dengan cepat, tetapi mengambil masa yang lama berikutan rakyat tidak mahu berkorban untuk kebaikan dan kebajikan mereka.

“Rakyat nak elektrik, tetapi tak nak jana kuasa. Kerajaan negeri cadangkan beberapa tempat, tetapi semuanya ditolak. Dua tahun terbuang untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya. — Bernama

Leave a Reply

blog comments powered by Disqus
Subscribe to NewsLetter
*Your email address:
*Enter the security code shown:
 
Follow us on
  • Polls
    • Could Taib’s cousin Norah be the next Sarawak’s Chief Minister?

      View Results

      Loading ... Loading ...