Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Monday, November 9, 2009 - 0 Comments

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post -

Malaysia dan Indonesia bersiap sedia tingkatkan hubungan bilateral

 

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia bersiap sedia untuk meningkatkan lagi hubungan kerjasama dua halanya apabila Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan minggu ini.Susilo, yang dijadual tiba di negara ini untuk lawatan negara selama dua hari mulai 11 Nov ini, dijangka berbincang dengan Najib mengenai pelbagai perkara berkaitan bidang keselamatan, tenaga, makanan dan tenaga kerja selain kerjasama ekonomi.

Kunjungan ini akan menjadi lawatan sulung beliau ke luar negara sejak mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia untuk penggal kedua pada 20 Okt lepas dan ia sekali gus menandakan persahabatan akrab antara kerajaan Malaysia dan Indonesia.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia Tan Sri Da’i Bachtiar berkata lawatan Presiden Susilo nanti signifikan kerana ia meletakkan Malaysia pada kedudukan penting dalam hubungan antara kedua-dua negara itu.

Begitu juga di pihak Malaysia apabila Najib memilih Indonesia sebagai negara pertama dilawati selepas dilantik sebagai Perdana Menteri tidak lama dulu, katanya.

Dalam pertemuan sebelum ini, kedua-dua pemimpin telah menegaskan bahawa Malaysia dan Indonesia bukan hanya akan melanjutkan hubungan baik yang sedia terjalin, malah akan mempertingkatkan lagi semua aspek hubungan itu.

Sehubungan itu, keduadua pemimpin ini telah pun menetapkan untuk mengadakan pertemuan dalam forum perbincangan tahunan yang akan dihoskan secara bergilir-gilir dengan Jakarta sebagai hos pada tahun ini dan Kuala Lumpur pada tahun depan.

Dalam bidang perdagangan, Indonesia merupakan antara 10 rakan dagangan Malaysia. Malaysia juga adalah antara pelabur terbesar di Indonesia.

Presiden Susilo dijangka memberi gambaran kepada ahli-ahli perniagaan Malaysia mengenai dasar ekonomi kerajaan barunya pada majlis jamuan tengah hari perniagaan yang dijadual pada 12 Nov di sini.

Da’i berkata selain isu bilateral, kedua-dua pemimpin juga dijangka menyentuh isu-isu berkaitan hubungan multilateral.

Ia termasuklah isu-isu seperti impak krisis kewangan global yang kini berada di peringkat penghujung di mana kedua-dua pemimpin boleh berkongsi pandangan bagi menghadapi keadaan itu.

Apa yang lebih penting ialah melalui perbincangan ini, kedua-dua negara berjiran yang berlandaskan latar belakang sejarah panjang yang disebut sebagai serumpun ini akan terus memelihara hubungan baik untuk keuntungan bersama, katanya

“Memang dari segi hubungan bilateral ini, kita masih mempunyai isu-isu yang belum diselesaikan seperti persempadanan maritim, yang masih diteruskan pe rbinc angannya oleh kumpulan kerja.

“Harapan kita ialah kumpulan kerja ini akan menghasilkan satu titik pertemuan kedua-dua pihak untuk saling menghormati dan tidak ada yang dirugikan sehingga diputuskan oleh kedua-dua pemimpin nanti,” katanya.

Dalam soal tenaga kerja Indonesia, kedua-dua pemimpin mungkin akan memberi panduan kepada menteri-menteri mereka yang sedang bekerja untuk menyusun memorandum persefahaman (MoU) tenaga kerja antara Malaysia dan Indonesia, terutamanya sejak kerajaan Indonesia menetapkan moratorium untuk pembantu rumah, dalam sector informal itu.

Satu perkara yang mungkin menjadi perhatian dalam perkara ini, katanya, ialah kes kematian pembantu rumah Indonesia bernama Mantik Hani baru-baru ini, di mana kerajaan Malaysia telah memberi jaminan untuk menyelesaikan kes itu melalui proses undang-undang.

Kerajaan Malaysia telah menunjukkan keseriusannya dalam kes ini melalui beberapa jaminan untuk membawa suspek ke muka pengadilan, katanya.

“Kita mengapreasiasi langkah- langkah ini kerana ia menunjukkan kepada masyarakat di Indonesia bahawa siapa sahaja yang melakukan kejahatan itu harus menjalani proses undang-undang dengan seadil-adilnya.

“Ini tentu akan menjadi isu yang tetap dapat memelihara hubungan kedua-dua pihak dalam tenaga pekerjaan,” katanya.

Berikutan kes itu, seorang penjual air tebu, A. Murugan, 35, telah pun didakwa di Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada 3 Nov lepas atas tuduhan membunuh Mantik, 36 dari Surabaya, Indonesia.

Dalam soal hubungan antara rakyat kedua negara itu, Da’I berkata ia lebih bersifat naik turun apabila timbul isu-isu sensitif dan sehubungan ini, usaha sedang dibuat untuk meningkatkan komunikasi dan interaksi rakyat keduadua negara, terutamanya antara golongan belia.

“Begitu juga dengan program- program peringkat universiti. Kita tahu ada 15,000 pelajar Indonesia di Malaysia dan 5,000 pelajar Malaysia di Indonesia. Mereka ini harus jadi ejen-ejen persahabatan antara kedua-dua pihak,” katanya.

Di samping itu, peranan media juga penting di mana wartawan Malaysia dan Indonesia dapat memainkan peranan untuk melaporkan perkembangan-perkembangan yang berlaku secara lebih beretika, bertanggungjawab dan penuh kebijaksanaan dalam menyampaikan berita bagi mengelakkan hubungan antara rakyat, terjejas. — Bernama



Share
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Free advertise 1iklan.com.my
malaysian blog
Wavee - A Rewarding Auction and a Shopping Experience
mysarawak on Facebook

Random Posts

Leave a Reply

Comment

Mysarawak talk

translated version

English flagItalian flagKorean flagChinese (Simplified) flagGerman flagFrench flagSpanish flagJapanese flagDutch flagDanish flagSwedish flag 
Email to us

Archives

Polls

Beginning Jan 1 the minimum price of a 20-pack of cigarettes has been set at RM6.40

View Results

Loading ... Loading ...
Web Solution
  • Suspected latex robbery gang leader remanded
    Monday, March 22, 2010 - 0 Comments
  • SMK Agama Miri struck by second fire incident
    Monday, March 22, 2010 - 0 Comments
  • S’wakian among four M’sian students who excelled in Adelaide
    Monday, March 22, 2010 - 0 Comments
  • Painting their way into the country’s longest canvas painting
    Monday, March 22, 2010 - 0 Comments
  • ‘Three-kingdom’ contest in MCA?
    Monday, March 22, 2010 - 0 Comments
  • Exercises for eye health
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Rethink on development
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Finding the right scents
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • The Anglo-Chinese School Ipoh – from a Buntong New Village Kid
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • The writing is on the wall
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Opportunity for MCA to end long-drawn crisis
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Lima maut, lima lagi parah
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Snapshots of success
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Girls’ doubles title stays in Asia
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • I will not pull out from contest — Tee Keat
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Rural devt will not be left behind in NEM, Najib assures
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Respect religious beliefs of other people — Jabu
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Murugiah: Plight not forgotten
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Aim to become suppliers, Dayaks told
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Creating country’s latest rice bowl under 10MP — Rohani
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • how 2 bcum police officer........
    Said hanu on 2010-03-21 21:26:02
  • SEMINAR SEHARI BERSAMA PAKAR : IKAN KELI TARIKH : 7 JUN 2010 TEMPAT : Setiu, T...
    Said syah on 2010-03-11 09:20:42
  • Comment by yao siew Lian — March 9, 2010 @ 8:03 PM | Reply 2.Ven. Phra Piya ...
    Said andy fong on 2010-03-10 22:33:13
  • Comment by yao siew Lian — March 9, 2010 @ 8:03 PM | Reply 2.Ven. Phra Piya ...
    Said andy fong on 2010-03-10 22:04:17
  • fuck the NRD!! nepotism, bribary, corrupted,pukima i know that eventhough im ye...
    Said gogoa on 2010-03-08 14:48:51
  • Selamat sejahtera, saya ingin memohon pekerjaan sebagai polis bantuan. Persoalan...
    Said Hairmie Arabi on 2010-03-06 15:42:14
  • Saya ingin memohon kerja sebagai polis bantuan… persoalan saya: 1. Dimanakah...
    Said Nazrul Farhan on 2010-02-23 20:21:23
  • Saya sangat berminat bekerja sebagai Polis Bantuan.Harap tuan Mengambil saya seb...
    Said ZUHAIRI Sungkai Parak on 2010-02-22 15:48:16
  • Oh no, he passed away? It's got to be more thn 10 years ago when i played the v...
    Said Alex on 2010-02-14 19:07:10
  • saya berminat nak jadi polis bantuan tapi lagi elok klau dpat polis betul leh x...
    Said rony mizwar on 2010-02-13 02:18:55
  • Saya berminat untuk berkhidmat untuk polis bantuan,Bagaimana masuk polis bantuan...
    Said SEE SIP KEAT on 2010-02-06 17:45:48
  • harap-harap 3G servia sampai kawasan Bau..susah la online pakai broadband tapi t...
    Said gerks on 2010-01-26 19:20:51
  • Assalamualikum n salam satu malaysia semua,saya telah memulakan ternakan keli dl...
    Said irwan on 2010-01-26 13:19:04
  • saya ingin menyetai pasukan polis bantuan atau sukarelawan di sibu sarawak magai...
    Said lee jyh boon on 2010-01-26 09:26:52
  • Sarawak perlukan perpaduan yang kukuh untuk maju....
    Said chris on 2010-01-23 23:01:09
  • Haha?!..apa lu ceta...
    Said Ejal al on 2010-01-23 22:43:45
  • Saya bekas anggota tentera laut malaysia dan saya berminat untuk berkhidmat untu...
    Said Syahrilnizan.Sabri on 2010-01-19 11:21:39
  • nk sgt cepat ..kan da cepat kena tangkap......
    Said gmie on 2010-01-18 08:51:01
  • hi sy oma.. macam mana nak dapatkan borang polis ni.....
    Said oma on 2010-01-16 09:44:47
  • sy iela... sy mmg mint nk jd polis ni tp sy tak tahu kat mana nk daptkn borng.....
    Said iela on 2010-01-09 13:53:01
  • Subscribe Newsletter to get update, notification

    *Your email address:
    *Enter the security code shown:
     

    Find us on twitter

    mysarawak.org on twitter

    Local, Sarawak News - Mar 22, 2010 - 0 Comments

    Suspected latex robbery gang leader remanded

    More In Sarawak News


    Iban, Sarawak News - Dec 30, 2009 - 0 Comments

    Begandin ngemajuka Sarawak

    More In Iban


    Sarawak News, Tempatan - Dec 30, 2009 - 0 Comments

    Pemburu haram ditahan

    More In Tempatan