Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Monday, November 9, 2009 - 0 Comments

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post -

Enam muka baru, tiga digugur

 

Ketua Menteri rombak Kabinet, kekalkan 12 kementerian dan melakukan sedikit perubahan

KUCHING: Rombakan Kabinet Negeri yang diumumkan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di sini semalam menyaksikan pelantikan enam muka baru dan pengguguran tiga orang menteri muda.Kabinet itu turut mengekalkan 12 kementerian seperti sebelum ini.

Enam muka baru itu yang dilantik sebagai menteri muda ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka Abdul Wahab Aziz daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), ADUN Jepak Datuk Talib Zulpilip (PBB), ADUN Kemena Dr Stephen Rundi Utom (PBB), ADUN Tasik Biru Datuk Peter Nansian (Parti Demokratik Progresif Sarawak), ADUN Kakus John Sikie Tayai dan ADUN Bukit Begunan Mong Dagang keduaduanya dari Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Wahab dilantik sebagai Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Bandar, Talib dilantik sebagai Menteri Muda Pelancongan, Rundi sebagai Menteri Muda Kesihatan Awam dan Menteri Muda Kemudahan Awam, Nansian sebagai Menteri Muda Alam Sekitar, Sikie sebagai Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri dan Menteri Muda Majlis Daerah Luar Bandar, manakala Mong sebagai Menteri Muda Pelancongan dan Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Penyelarasan).

Tiga menteri muda yang tidak tersenarai ialah Datuk Bolhassan Di (PBB) yang memegang jawatan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Teknologi Maklumat) dan Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan.

Dua orang lagi ialah Datuk Hamden Ahmad (PBB) yang berperanan sebagai Menteri Muda Hal Ehwal Belia dan Menteri Muda Pelancongan serta Datuk Ambrose Blikau Enturan (PBB) sebagai Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Muda Kemudahan Awam.

“Barisan kabinet baru ini akan berkuat kuasa pada 1 Disember depan. Rombakan kali ini tidak membabitkan banyak perubahan tetapi lebih sesuai dipanggil sebagai ‘persediaan untuk pendekatan baru selepas pilihan raya negeri dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10)’,” katanya.

Pengumuman rombakan itu dibuat pada sidang media di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam. Turut hadir dua timbalannya, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Presiden SPDP Dato Sri William Mawan, Presiden PRS Dato Sri Dr James Masing, Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Morshidi Ghani.

Selain itu, terdapat sedikit perubahan dan penyelarasan agar menurut Taib, sesuai dengan perubahan dan tuntutan semasa.

Antaranya, Dr Chan diberi tanggungjawab mengetuai Kementerian Pelancongan dan Warisan, Dato Sri Michael Manyin sebagai Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan dan Abang Johari sebagai Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar.

Sebelum ini, Kementerian Pelancongan digabungkan dengan Pembangunan Bandar yang diketuai Manyin dan apabila dipisahkan daripada Kementerian Pelancongan, maka Pembangunan Bandar digabungkan dengan Kementerian Perumahan.

Manyin menerusi kabinet baru, mengambil alih Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan yang sebelum ini dipegang Jabu.

Datin Fatimah Abdullah pula diberi kepercayaan sebagai Menteri Muda Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (Pembangunan Wanita).

Sebelum ini, beliau merupakan Menteri Muda di Pejabat Ketua (Pembangunan Sumber Manusia dan Latihan) dan Menteri Muda Pemodenan Pertanian (Ekonomi Rumah Tangga dan Latihan).

Mengulas lanjut mengenai pelantikan muka-muka baru, Taib yang juga Presiden PBB berkata, mereka yang dipilih merupakan individu yang versatile dan dirasakan sesuai dengan pengalaman masing-masing.

Menurut beliau, peletakan jawatan tiga menteri muda yang tidak disenaraikan itu adalah berkuat kuasa hujung bulan ini.

Bolhassan dan Hamden, katanya menawarkan diri agar tidak dilantik semula.

Pengunduran Hamden adalah atas faktor kesihatan dan Bolhassan sudah lama berhasrat untuk berbuat demikian.

Ditanya mengenai muka baru daripada kalangan ADUN wanita, beliau berkata: “Penggal pertama (DUN) adalah untuk menyesuaikan ADUN dengan pelbagai perkara dalam kerajaan atau bagaimana hendak menjawab soalan dalam persidangan Dewan apabila menjadi menteri kelak.

“Kita juga khuatir jikalau dia terbeban dengan tanggungjawab sebagai menteri nanti kawasan diwakili terabai.”

Kepada satu soalan mengapa tidak ada muka baru daripada ADUN Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), beliau berkata tidak semua ADUN perlu dilantik menjadi menteri atau menteri muda.

“Susahlah kalau semua YB hendak dalam kerajaan. Jika begitu semua YB SUPP akan berada dalam kerajaan. Seterusnya (ADUN) PBB juga akan minta demikian,” katanya.



Share
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Free advertise 1iklan.com.my
malaysian blog
Wavee - A Rewarding Auction and a Shopping Experience
mysarawak on Facebook

Random Posts

Leave a Reply

Comment

Mysarawak talk

translated version

English flagItalian flagKorean flagChinese (Simplified) flagGerman flagFrench flagSpanish flagJapanese flagDutch flagDanish flagSwedish flag 
By N2H
Email to us

Archives

Polls

Beginning Jan 1 the minimum price of a 20-pack of cigarettes has been set at RM6.40

View Results

Loading ... Loading ...
Web Solution
  • Ex-factory worker saved from the gallows
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • Dua sepupu mati lemas di pantai Tanjung Lobang
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • First Sail targets sales of 20 units monthly
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • Some 4,000 yet to register for allowance
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • 300 to run in sarong for charity
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • GST not an additional tax – Najib
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • Weapon of choice
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • Dompok: Consumers’ support needed
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • Bengkel jentera berat terselamat daripada kebakaran
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • Semi-naked drunk causes a ruckus
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • Car thief sustains broken ribs in beating
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • Quick action saves workshop from destruction
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • CM: Shortage of skilled labour among challenges
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • Sama Jaya solar wafer
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • Visas approval involved RM1.2 mln — Witness
    Thursday, March 18, 2010 - 0 Comments
  • Lanky Preston sets eyes on lofty target
    Thursday, March 18, 2010 - 0 Comments
  • Air gula pengganti susu
    Thursday, March 18, 2010 - 0 Comments
  • Bakun uncertainty may impede Tenaga’s future power plans
    Thursday, March 18, 2010 - 0 Comments
  • 108 conferred state awards and medals
    Thursday, March 18, 2010 - 0 Comments
  • Final resting place for two S’wak Rangers buried in S’pore
    Thursday, March 18, 2010 - 0 Comments
  • SEMINAR SEHARI BERSAMA PAKAR : IKAN KELI TARIKH : 7 JUN 2010 TEMPAT : Setiu, T...
    Said syah on 2010-03-11 09:20:42
  • Comment by yao siew Lian — March 9, 2010 @ 8:03 PM | Reply 2.Ven. Phra Piya ...
    Said andy fong on 2010-03-10 22:33:13
  • Comment by yao siew Lian — March 9, 2010 @ 8:03 PM | Reply 2.Ven. Phra Piya ...
    Said andy fong on 2010-03-10 22:04:17
  • fuck the NRD!! nepotism, bribary, corrupted,pukima i know that eventhough im ye...
    Said gogoa on 2010-03-08 14:48:51
  • Selamat sejahtera, saya ingin memohon pekerjaan sebagai polis bantuan. Persoalan...
    Said Hairmie Arabi on 2010-03-06 15:42:14
  • Saya ingin memohon kerja sebagai polis bantuan… persoalan saya: 1. Dimanakah...
    Said Nazrul Farhan on 2010-02-23 20:21:23
  • Saya sangat berminat bekerja sebagai Polis Bantuan.Harap tuan Mengambil saya seb...
    Said ZUHAIRI Sungkai Parak on 2010-02-22 15:48:16
  • Oh no, he passed away? It's got to be more thn 10 years ago when i played the v...
    Said Alex on 2010-02-14 19:07:10
  • saya berminat nak jadi polis bantuan tapi lagi elok klau dpat polis betul leh x...
    Said rony mizwar on 2010-02-13 02:18:55
  • Saya berminat untuk berkhidmat untuk polis bantuan,Bagaimana masuk polis bantuan...
    Said SEE SIP KEAT on 2010-02-06 17:45:48
  • harap-harap 3G servia sampai kawasan Bau..susah la online pakai broadband tapi t...
    Said gerks on 2010-01-26 19:20:51
  • Assalamualikum n salam satu malaysia semua,saya telah memulakan ternakan keli dl...
    Said irwan on 2010-01-26 13:19:04
  • saya ingin menyetai pasukan polis bantuan atau sukarelawan di sibu sarawak magai...
    Said lee jyh boon on 2010-01-26 09:26:52
  • Sarawak perlukan perpaduan yang kukuh untuk maju....
    Said chris on 2010-01-23 23:01:09
  • Haha?!..apa lu ceta...
    Said Ejal al on 2010-01-23 22:43:45
  • Saya bekas anggota tentera laut malaysia dan saya berminat untuk berkhidmat untu...
    Said Syahrilnizan.Sabri on 2010-01-19 11:21:39
  • nk sgt cepat ..kan da cepat kena tangkap......
    Said gmie on 2010-01-18 08:51:01
  • hi sy oma.. macam mana nak dapatkan borang polis ni.....
    Said oma on 2010-01-16 09:44:47
  • sy iela... sy mmg mint nk jd polis ni tp sy tak tahu kat mana nk daptkn borng.....
    Said iela on 2010-01-09 13:53:01
  • jual hormon untuk penbenirhan ikan keli dan lain lain ikan air tawar . sila hub...
    Said ong on 2010-01-07 11:07:37
  • Subscribe Newsletter to get update, notification

    *Your email address:
    *Enter the security code shown:
     

    Find us on twitter

    mysarawak.org on twitter

    Court, Sarawak News - Mar 19, 2010 - 0 Comments

    Ex-factory worker saved from the gallows

    More In Sarawak News


    Iban, Sarawak News - Dec 30, 2009 - 0 Comments

    Begandin ngemajuka Sarawak

    More In Iban


    Sarawak News, Tempatan - Dec 30, 2009 - 0 Comments

    Pemburu haram ditahan

    More In Tempatan