|
KUCHING: Spekulasi tentang anggota Kabinet Negeri yang baru, bakal terjawab hari ini apabila Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib mengumumkan dalam sidang media di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, di sini.
Sejak mula timbul persoalan siapa anggota dan bagaimana rupa bentuk kabinet itu, beliau lebih gemar menyifatkan rombakan tidak membabitkan perubahan yang besar.
Selepas mesyuarat pra persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Barisan Nasional (BN) di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) semalam, beliau memberitahu pengumuman tentang kabinet akan dilakukan hari ini.
Apa yang pasti dari PBB, dua orang menteri muda telah menyatakan hasrat agar tidak disenaraikan atas alasan ingin memberi laluan kepada muka baru.
Mereka ialah Datuk Bolhassan Di yang memegang jawatan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Teknologi Maklumat) dan Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan.
Sementara seorang lagi ialah Datuk Hamden Ahmad yang berperanan sebagai Menteri Muda Hal Ehwal Belia dan Menteri Muda Pelancongan.
Pada malam Jumaat dalam majlis makan malam sempena Hari Keluarga Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Taib memberitahu akan wujud kejutan dalam organisasi SEDC pada hari ini.
Lantas, ia dikaitkan dengan ura-ura ‘kenaikan pangkat’ pengerusinya, Datuk Talib Zulpilip sebagai menteri muda bagi mengisi kekosongan yang ada.
Talib merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak dan berpengalaman luas dalam menerajui kegiatan ekonomi Sarawak.
Nama lain yang turut disebut-sebut bakal dilantik sebagai menteri muda ialah naib presiden PBB dan ADUN Kalaka, Abdul Wahab Aziz merangkap Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC).
Selain wakil PBB bakal dilantik sebagai menteri muda, mungkin komponen parti BN lain turut dilantik menteri muda yang antara lain nama yang disebut-sebut ialah Datuk Peter Nansian Ngusie dari Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) serta Mong Dagang dari Parti Rakyat Sarawak (PRS).
Menurut sumber, rombakan kabinet ini hanyalah bersifat sederhana sahaja seperti mana yang diperjelaskan oleh Taib sebelum ini.
Bagaimanapun, difahamkan Taib akan melakukan rombakan besar-besaran terhadap kabinet negeri pada tahun depan selepas sahaja pilihan raya negeri diadakan.
Kali terakhir Kabinet Negeri dirombak ialah pada 31 Julai 2008. Rombakan kecil itu melibatkan dua orang menteri penuh dan dua orang menteri muda yang terdiri daripada Dato Sri Wong Soon Koh, Datuk Michael Manyin Jawong, Naroden Majais dan Sylvester Entrie Muran.
Wong menyerahkan portfolionya sebagai Menteri Pembangunan Bandar dan Pelancongan kepada Manyin yang sekali gus mengambil alih jawatan Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam daripada Manyin.
Manakala Naroden dilantik menjadi Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber – satu jawatan baru.
Jawatan Naroden sebagai Menteri Muda Kemajuan Tanah diambil alih oleh Sylvester yang turut menjadi Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air).
Kekosongan dalam kabinet juga berlaku berikutan kematian Menteri Muda Sukan dan Menteri Muda Pertanian Datuk Dublin Unting Ingkot pada 24 Februari lepas.
Kabinet Negeri kini dianggotai sembilan menteri penuh dan 16 menteri muda. Daripada jumlah itu 12 menteri dan menteri muda, masing-masing memegang dua portfolio.
Taib dan dua timbalannya, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan serta Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, masing-masing memegang tiga portfolio.
Selain menjadi Ketua Menteri, Taib merupakan Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber.
Dr Chan merupakan Menteri Pemodenan Pertanian dan Menteri Pembangunan Perindustrian.
Jabu pula Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan.
Jika dipecahkan mengikut parti-parti komponen Barisan Nasional (BN), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dibarisi lima orang menteri penuh dan lapan jawatan menteri muda.
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mempunyai dua orang menteri penuh dan empat menteri muda.
PRS dan SPDP masing-masing memiliki seorang menteri penuh dan dua menteri muda.
“Dengan ini, wakil terpilih boleh menjelaskan kepada penduduk di bawah seliaan masing-masing, di samping membantu memberi pekerjaan kepada mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Maznah memberitahu lebih 20 juta penduduk seluruh negara telah melayari portal JobsMalaysia, dengan purata seramai 15,000 orang sehari, sejak ia diperkenalkan pada tahun 2002.
Berhubung Program Penempatan Pekerjaan, Maznah berkata ia akan terus diadakan dari semasa ke semasa, yang berperanan bukan sahaja membantu pencari kerja tetapi juga para majikan.
Menurutnya, sehingga 2 November ini sebanyak 11 program seumpama itu telah dianjurkan di Sarawak, yang menawarkan sebanyak 16,994 jawatan kosong.
|
Leave a Reply