Categorized | Tempatan

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post

Pemain negara terkandas

Jawairiah tewas di peringkat kedua tenis sirkit wanita antarabangsa

KUCHING: Pemain taruhan negara, Jawairiah Noordin kempunan untuk meneruskan perjuangannya ke peringkat lebih tinggi Kejohanan Tenis Sirkit Wanita Antarabangsa apabila kecundang 3-6 dan 5-7 di tangan pemain Indonesia, Romana Tedjakusuma.Jawairiah, pemenang pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Terengganu tahun lalu, merupakan pemain harapan negara dalam acara perseorangan.

Walau bagaimanapun, beliau terpaksa akur juga dengan kehebatan Romana yang melangkah ke suku akhir bersama-sama dengan rakan senegaranya, Lavinia Tananta dan Jessy Rompies.

Lavinia lebih awal menempah tiket ke suku akhir setelah mudah membenam cabaran pencabarnya, Kim Jung-Eun dari Korea Selatan dengan 6-1 dan 6-1.

Manakala Jessy pula terpaksa berhempas pulas bersaing dalam tiga set sebelum menyingkirkan pencabarnya, Gally De Wael (Belgium) 4-6, 7-6 (4) dan 6-4.

Jessy bakal berhadapan dengan seorang lagi bintang Korea Selatan iaitu Han Sung- Hee dalam aksi suku akhir, sementara Lavinia juga menguji kekuatan pemain Korea Selatan, Han Na-Lae.

Sementara itu, pemain Thailand, Nicha Lertpitaksinchai turut berjaya ke peringkat suku akhir setelah mengecewakan pemain Vietnam, Phuong Dai Trang 6-1 dan 6-3.

Turut beraksi dalam saingan suku akhir hari ini (Jumaat) ialah dua lagi pemain Korea Selatan iaitu Yoo Mi dan Kang Seo-Kyung.

Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA), Patrick Liew berkata kejohanan yang bermula pada Rabu lalu itu berjalan dengan lancar dan semua pemain telah menunjukkan persembahan yang menarik.

“Walaupun pemain negara kita gagal menjejak kaki ke suku akhir, saya percaya semua pemain yang beraksi pada sirkit ini bermain dengan penuh bersemangat,” katanya.

Patrick berkata, perlawanan akhir kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah US$10,000 (RM40,000) akan berlangsung esok (Sabtu).

Justeru, beliau berharap para peminat sukan tennis tempatan akan datang beramai- ramai menyaksikan aksi menarik pemain-pemain tennis wanita dari seluruh dunia.

Leave a Reply

blog comments powered by Disqus
Subscribe to NewsLetter
*Your email address:
*Enter the security code shown:
 
Follow us on
  • Polls
    • Could Taib’s cousin Norah be the next Sarawak’s Chief Minister?

      View Results

      Loading ... Loading ...