Categorized | Sarawak News, Tempatan

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post

Tiada caj perkhidmatan

Kecuali pertunjukan bunga api dan buat filem: Bomba

SIBU: Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) tidak pernah mengenakan sebarang caj bagi kebanyakan perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai.Pegawai Penguasa Bomba Zon Tengah Abdul Mutalib Rashid berkata, jabatan hanya mengenakan caj bagi pihak yang ingin mengadakan pertunjukan bunga api dan penggambaran filem yang mempunyai risiko tinggi menyebabkan kebakaran.

“Bagi perkhidmatan lain, selain dua perkhidmatan khas tersebut, ia adalah seratus peratus percuma,” ujarnya.

Mutalib berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa pihak Bomba mengenakan caj untuk perkhidmatan yang mereka berikan, termasuk bagi memusnahkan sarang tebuan.

Bagi perkhidmatan khas yang diberikan itu, katanya, jabatan akan mengeluarkan resit rasmi bagi setiap pembayaran yang dibuat.

Menurut Mutalib lagi, perkhidmatan memusnahkan sarang tebuan, menangkap ular dan sebagainya adalah diberikan secara percuma.

Sepanjang Oktober le-pas, katanya, pihak Bomba menerima banyak aduan atau panggilan daripada orang ramai berhubung sarang tebuan.

“Kita telah memberi respons terhadap 13 kes atau aduan di mana 10 kes dikendalikan
oleh Balai Bomba Sentral sementara selebihnya oleh Balai Bomba Sungai Merah,” ujarnya.

Mutalib menjelaskan, pihak Bomba akan memberi respons dengan segera sekiranya sarang tebuan tersebut berupaya mendatangkan risiko bahaya kepada orang ramai.

Pihak Bomba, katanya, akan mengambil tindakan segera sekiranya sarang tebuan tersebut terletak di kawasan kediaman atau di kawasan tumpuan ramai, dan bukannya di dalam hutan.

Di samping itu, jelas beliau, setiap panggilan atau aduan akan direkod dan diambil tindakan susulan kemudian, bergantung kepada keperluan.

“Oleh itu, dakwaan yang mengatakan pihak Bomba tidak merekod setiap aduan atau panggilan yang dibuat adalah tidak benar,” tegas Mutalib.

Leave a Reply

blog comments powered by Disqus
Subscribe to NewsLetter
*Your email address:
*Enter the security code shown:
 
Follow us on
  • Polls
    • Could Taib’s cousin Norah be the next Sarawak’s Chief Minister?

      View Results

      Loading ... Loading ...