Categorized | Tempatan

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post

300 murid akan sertai Kem 1Malaysia Murid Sekolah Rendah

SIBU: Seramai 300 orang murid sekolah di sekitar daerah Selangau akan mengikuti Kem 1Malaysia Murid Sekolah Rendah peringkat daerah Selangau yang akan bermula pada 2 November (Isnin depan).Program yang dijalankan dari 2 hingga 5 November depan akan disertai murid-murid dari 22 buah sekolah di sekitar bahagian Selangau.

Kem akan diadakan di SK Batu 36, Selangau.

Antara aktiviti yang akan dilaksanakan nanti adalah permainan rakyat, kebudayaan, masakan etnik pelbagai kaum, permainan koperatif dan sukan rakyat.

Objektif kem tersebut adalah untuk memupuk semangat perpaduan, integrasi dan patriotik di kalangan murid di samping memupuk semangat kerjasama di kalangan peserta.

Majlis penutupan kem tersebut akan disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Selangau Jayan, Augustine pada 4 November, jam 10.30 pagi.

Leave a Reply

blog comments powered by Disqus
Subscribe to NewsLetter
*Your email address:
*Enter the security code shown:
 
Follow us on
  • Polls
    • Could Taib’s cousin Norah be the next Sarawak’s Chief Minister?

      View Results

      Loading ... Loading ...