Categorized | Tempatan

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post

Pendidikan alam sekitar selesai cabaran alam sekitar, bina generasi mesra alam

KUCHING: Pendidikan alam sekitar amat penting bukan sahaja untuk membantu menyelesaikan cabaran alam sekitar domestik tetapi juga membina generasi muda yang lebih mesra alam.Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Dato Sri Wong Soon Koh berkata, buat masa sekarang pendidikan alam sekitar tidak diajar sebagai mata pelajaran di sekolah di negara ini.

Namun demikian, katanya ia dimasukkan ke dalam pelbagai mata pelajaran seperti Sains, Geografi, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

“Adalah lebih mudah untuk menyediakan corak pemikiran mereka selain memupuk sikap dan nilai positif di kalangan generasi muda terhadap alam sekitar.

“Di peringkat kebangsaan dan negeri, kepentingan pendidikan alam sekitar dalam  engurusan alam sekitar juga telah diiktiraf dalam dasardasar alam sekitar kebangsaan dan negeri,” katanya ketika berucap merasmikan Bengkel Pendidikan Alam Sekitar Eco-Camp di Borneo Highlands Resort dekat sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Muda Alam Sekitar Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen.

Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua berkata, dalam usaha mewujudkan kesedaran mengenai alam sekitar, modul menarik dan strategi berkesan perlu dikaji serta dirangka dengan matlamat menjana minat mereka terhadap alam sekitar.

“Peranan generasi muda dalam melindungi alam sekitar merupakan aspek penting untuk semua kita renungkan.

“Mereka akan membentuk dan menentukan jenis masyarakat yang kita miliki pada masa depan.

“Ada antara mereka juga akan menjadi pemimpin yang akan menentukan dasar-dasar termasuk berkaitan alam sekitar,”ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Hal Ehwal Korporat Sarawak Shell Berhad Peing Tajang berkata, adalah penting untuk mewujudkan masyarakat yang mesra alam bagi memastikan alam semula jadi tidak terjejas dalam usaha mengejar kemajuan.

“Shell akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan penting untuk mempromosikan kesedaran alam sekitar bagi membina warga yang bertanggungjawab kepada alam sekitar pada masa depan,” katanya.

Leave a Reply

blog comments powered by Disqus
Subscribe to NewsLetter
*Your email address:
*Enter the security code shown:
 
Follow us on
  • Polls
    • Could Taib’s cousin Norah be the next Sarawak’s Chief Minister?

      View Results

      Loading ... Loading ...