Categorized | Tempatan

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post

Pencuri tegar ditangkap selepas aksi kejar-mengejar

KUCHING: Seorang pencuri tegar yang memecah masuk rumah seorang guru akhirnya ditangkap oleh polis dalam satu aksi kejar-mengejar, malam Selasa lalu.Suspek berusia 36 tahun dari Kota Sentosa itu yang sebelum ini pernah ditangkap beberapa kali atas kesalahan memecah masuk rumah dan mencuri kenderaan, memecah masuk sebuah rumah di Polarwood Estate pada kira-kira jam 4 petang yang disedari oleh salah seorang jiran mangsa.

Jiran berkenaan bersemuka dengan suspek ketika suspek muncul dari rumah mangsa dengan membawa barang yang disyaki dicuri.

Bagaimanapun, dia diugut oleh pencuri itu yang mengeluarkan parang dan memberitahu supaya tidak menggangu ‘kerjanya’.

Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki kereta Kancil warna perak tetapi jiran terbabit telah mencatat nombor pendaftaran kereta suspek.

Maklumat itu kemudian diberikan kepada pemilik rumah, seorang guru berusia 50 tahun yang segera membuat laporan mengenai insiden tersebut.

Antara barang yang dilaporkan hilang dari rumah termasuk mata wang asing dan konsol alat permainan Playstation.

Pada malam yang sama kira-kira jam 9 malam, polis peronda menemui kereta Kancil warna perak yang menepati deskripsi kereta suspek yang dipandu secara mencurigakan di Batu 6 Jalan Penrissen.

Polis meminta pemandu Kancil itu berhenti di tepi jalan, namun dia sebaliknya memecut kenderaannya sehingga mencetuskan aksi kejar-mengejar.

Aksi berkenaan berakhir apabila polis berjaya menyekat Kancil suspek di Capital Garden.

Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Simpang Tiga untuk disoal siasat, manakala Kancil berkenaan disita untuk siasatan lanjut.

Leave a Reply

blog comments powered by Disqus
Subscribe to NewsLetter
*Your email address:
*Enter the security code shown:
 
Follow us on
  • Polls
    • Could Taib’s cousin Norah be the next Sarawak’s Chief Minister?

      View Results

      Loading ... Loading ...