Categorized | Tempatan

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post

Anggota polis berpangkat inspektor dibebas daripada tuduhan rasuah

KUCHING: Mahkamah Rayuan di sini semalam membebaskan seorang anggota polis berpangkat inspektor daripada tuduhan rasuah.Dalam membenarkan Inspektor Kushairi Bujang yang bertugas di Miri mengemukakan rayuan selepas didapati bersalah, Mahkamah Rayuan berkata pihak defendan pada ketika itu sebenarnya telah berjaya membuktikan keraguan kes ketika dibicarakan di Mahkamah Rendah.

Mahkamah Rayuan mendapati Peguam Bela Datuk Abdul Hamid Yusuf telah menafikan dakwaan dan sejak kes berkenaan dibicara di Mahkamah Sesyen Miri, Kushairi tidak perlu dipanggil untuk mempertahankan dirinya.

Mahkamah Rayuan turut memerintahkan denda RM10,000 yang telah dibayar Kushairi diserah kembali semalam.

Mahkamah Tinggi Miri telah mengetepikan rayuan Kushairi terhadap kesalahan.

Pada September 2007, Mahkamah Sesyen menyabitkan dia di bawah Seksyen 11 dan dibaca bersama Seksyen 16, Akta Anti Rasuah 1997.

Selepas disabit kesalahan, dia diarahkan menjalani hukuman penjara 18 bulan dan denda RM10,000 dan jika gagal dikenakan hukuman penjara enam bulan.

Dia didapati bersalah kerana menawarkan wang sogokan berjumlah RM1,000 kepada seorang anggota polis pada September 2003 agar tidak menyiasat kes penyeludupan dadah.

Leave a Reply

blog comments powered by Disqus
Subscribe to NewsLetter
*Your email address:
*Enter the security code shown:
 
Follow us on
  • Polls
    • Could Taib’s cousin Norah be the next Sarawak’s Chief Minister?

      View Results

      Loading ... Loading ...