Categorized | Tempatan

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post

SK St Mary tutup seminggu selepas tiga murid sah H1N1

SIBU: Sibu mencatatkan sekolah pertama yang diarahkan ditutup selama seminggu setelah tiga kes wabak Influenza A (H1N1) atau selesema babi sah dikesan di Sekolah Kebangsaan (SK) St Mary di sini.

Pejabat Kesihatan Bahagian (DHO) mengarahkan sekolah terbabit ditutup mulai 3 Ogos hingga 9 Ogos ini.

Guru besar sekolah, Beruin Luang ketika ditemui semalam mengesahkan beliau menerima arahan daripada DHO secara rasmi pada 4 Ogos, pada jam 8.45 pagi.

“Kami akan membuat pembersihan kawasan sekolah pada esok hari (6 Ogos),” jelasnya tetapi enggan memberi maklumat mengenai pelajar terbabit.

Sementara itu, sumber lain dari sekolah itu memberitahu pelajar yang dijangkiti merupakan murid tahun tiga dan enam.

Pada 27 Julai lepas, guru besar telah meminta kumpulan kakitangan dari Pejabat Kesihatan mengendalikan pemeriksaan kesihatan ke atas warga sekolah berkenaan berikutan jumlah ketidakhadiran pelajar yang meningkat beberapa hari sebelum itu.

“Pemeriksaan telah dijalankan ke atas semua staf dan murid sekolah,” kata sumber tersebut.

SK St Mary mempunyai seramai 200 pelajar dengan enam buah kelas Tahun 1 hingga Tahun 6.

Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Dato Sri Wong Soon Koh ketika mengesahkan notis penutupan sekolah itu berkata, selain kes yang disahkan di SK St Mary, tiga lagi sekolah telah diperiksa oleh Pejabat Kesihatan.

“Sekolah terbabit ialah SMK Kwong Hua, Guong Ming Middle School dan SK Sacred Heart English,” jelasnya ketika menghubungi See Hua Daily News.

Turut difahamkan, dua kem Program Latihan Khidmat Negara di sini telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengkuarantinkan para pelatihnya selepas beberapa kes dipercayai berlaku di sini.

Wong turut menasihati orang ramai yang mempunyai simptom Influenza A (H1N1) agar menjalani pemeriksaan kesihatan di mana-mana klinik atau hospital yang berdekatan.

Leave a Reply

blog comments powered by Disqus
Subscribe to NewsLetter
*Your email address:
*Enter the security code shown:
 
Follow us on
  • Polls
    • Could Taib’s cousin Norah be the next Sarawak’s Chief Minister?

      View Results

      Loading ... Loading ...