DBKU digesa ‘musnahkan’ iklan-iklan syarikat pinjaman wang tanpa lesen yang ditampal secara haram di tempat awam
KUCHING: Dewan Banda-raya Kuching Utara (DBKU) digesa lebih tegas melakukan penguatkuasaan bagi membasmi iklan-iklan syarikat pinjaman wang tanpa lesen atau ah long yang ditampal secara haram di tempat awam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, iklan-iklan ah long yang ditampal di merata tempat seperti perhentian bas, tiang telefon, lampu jalan dan papan tanda ‘mencemar’ pemandangan.
“DBKU perlu mengambil langkah drastik memusnahkan iklan-iklan tanpa permit yang ditampal sesuka hati oleh ah long di kawasan awam untuk menarik perhatian peminjam menggunakan perkhidmatan mereka.
“Masyarakat juga dinasihatkan tidak mendekati ah long untuk mendapatkan pinjaman segera sebaliknya menggunakan kemudahan yang disediakan oleh institusi kewangan seperti bank dan koperasi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Belia Islam 2009 di Kampung Surabaya Ulu, Petra Jaya semalam.
Dr Rahman mengakui peminjam memang terpaksa memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh institusi kewangan berlesan dalam urusan membuat pinjaman tetapi itu lebih selamat berbanding menggunakan perkhidmatan ah long.
“Kerajaan menyediakan pelbagai bantuan kepada usahawan untuk memulakan perniagaan tanpa perlu meminjam dengan ah long termasuk melalui pinjaman TEKUN dan AIM yang menawarkan kadar bayaran balik jauh lebih murah,” jelasnya.
Dalam pada itu, pegawai DBKU yang ditemui memberitahu, semua iklan yang dipamerkan dalam kawasan bidang kuasa majlis tempatan itu perlu memohon permit.
Bagaimanapun, kebanyakan iklan ah long yang ditampal di kawasan kemudahan awam bukan hanya tidak mempunyai permit, malah tidak menepati standard sehingga mencacatkan pandangan terutama dengan penggunaan kad dan kertas kecil serta papan.





Macam mana along tak kaya. Saya adalah seorang kakitangan kerajaan ynag ada blacklist sebagai guarantor kereta. surat dah datang. nak kena bayar pulak tu. nak pinjam bank tak dapat. kalu pg koperasi aje dapat bantu. tapi majikan saya tak nak tandatangan borang angkasa. dah tu dia buang borang depan saye. kena marah pulak tu. mentang2 le pengarah gaji besa. bos ni kadang2 tak paham apa masalah org bawahan dia. dahtu terpaksa le jumpa along. lagi pun along sekarang pun ada lesen gak. cuma tak payah tandatangan majikan je. interest besar tak jadi hal janji dapat settle blacklist aku.
hey along.. tak yah nak post comment.. tak der business ko rang, apa pulak lesn? dah buat benda haram ada lesen pun tak guna
apa nak jadi….