Categorized | Tempatan

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post

Peniaga digesa bersama k’jaan kukuhkan ekonomi

Eksport negara perlu dipacu untuk elak ekonomi merudum

MIRI: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, kadar eksport negara akan terus merudum sekiranya usaha kerajaan tidak mendapat sokongan padu rakyat khasnya kalangan peniaga.

Bercakap merasmikan majlis makan malam ulang tahun ke-30 Persatuan Hing Ann di hotel Imperial Malam di sini malam kelmarin, krisis ekonomi dunia memberi kesan yang buruk terhadap eksport negara dan perancangan ekonomi yang terancang dan teliti amat perlu untuk memacu eksport negara.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat peniaga untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi mengukuhkan ekonomi negara.

“Tiada makna usaha kerajaan sekiranya rakyat hanya tahu mengeluh dan bersikap tidak peduli serta hanya mengharap kepada usaha kerajaan sahaja,” tegas Chin.

Chin turut menggesa warga peniaga di Miri untuk memperluaskan hubungan mereka di pasaran antarabangsa yang diyakini boleh membantu memperkuatkan lagi status perniagaan mereka.

Tentang bajet mini, Chin berkata terlalu awal untuk kerajaan meramal keupayaan perancangannya untuk menjana kembali ekonomi negara.

Tetapi kerajaan tetap prihatin dan melindungi kestabilan ekonomi negara agar rakyat tidak merasai beban kesan krisis ekonomi dunia.

“Ini juga menunjukkan kerajaan tidak bersembunyi dari rakyat untuk menyatakan bahawa negara juga berdepan dengan krisis ekonomi,” jelasnya.

Mengulas tentang persatuan Hing Ann, Chin berbangga dengan usaha persatuan mempertahankan kebudayaan dan warisan mereka khasnya dialek kaum yang menggambarkan identiti dan keistimewaan mereka.

Hadir sama ialah Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Lee Kim Shin, ADUN Pujut Andy Chia, Datuk Bandar Lawrence Lai, Presiden Persatuan Hing Ann Kebangsaan Datuk Ong Yong Hong dan Pengerusi Persatuan Hing Ann Miri Tan Kim Hoon.

Leave a Reply

blog comments powered by Disqus
Subscribe to NewsLetter
*Your email address:
*Enter the security code shown:
 
Follow us on
  • Polls
    • Could Taib’s cousin Norah be the next Sarawak’s Chief Minister?

      View Results

      Loading ... Loading ...