Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Tuesday, March 3, 2009 - 0 Comments

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post -

Pembalakan tidak patuhi piawaian punca banjir di Sungai Tunoh

 

KAPIT: Banjir yang berlaku di penempatan Sungai Tunoh Rabu lalu (26 Februari 2009) adalah berpunca daripada kegiatan pembalakan yang berlebihan dengan menggondol bukit-bukau serta tidak mematuhi piawaian yang dibenarkan kerajaan dalam pengambilan balak di kawasan cerunan bukit di kawasan hulu Sungai Tunoh.

Demikian kesimpulan yang dibuat oleh Menteri Kemajuan Tanah Dato Sri Dr James Masing selepas melakukan tinjauan udara menggunakan helikopter untuk menyaksikan sendiri keadaan serta mengenal pasti masalah yang telah berlaku di hulu Sungai Tunoh tengah hari semalam.

Dalam tinjauan itu, beliau ditemani Pegawai Daerah Simon Japut Tiok, Penolong Pengarah Pertanian Bahagian Dominic Chungat dan wakil Utusan Borneo di sini.

“Saya sendiri telah memantau melalui udara dan melihat kegiatan pihak kontraktor pembalakan yang telah me-lakukan kegiatan mengambil balak tanpa mengira kesannya ke atas alam sekitar di Sungai Tunoh,” jelasnya.

Masing yang menyalahkan kontraktor yang mengambil balak dari kawasan berkenaan berkata, mereka harus bertanggungjawab terhadap kesusahan dan kerosakan yang dialami penduduk Sungai Tunoh.

Pada masa yang sama, beliau turut menggesa Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) meninjau kawasan tersebut untuk mengetahui keadaan sebenar sama ada kontraktor berkenaan mematuhi peraturan pengambilan balak-balak di lereng-lereng bukit dan kawasan sungai atau se-baliknya.

Katanya, pihak NREB se-harusnya pergi dan membuat pemantauan serta membuat cadangan yang bakal diambil terhadap pihak kontraktor yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil kayu balak tanpa mengira kesan-kesan terhadap alam sekitar dan penduduk.

“Jika pihak NREB tidak cepat melakukan siasatan tersebut, saya yakin bencana serupa akan berulang lagi di Tunoh. Saya amat kecewa dengan tindakan pihak kontraktor pembalakan berkenaan dan pihak NREB.

“NREB sepatutnya melakukan tugas memantau kesan-kesan alam sekitar seperti itu. Jika pihak berkenaan telah melakukan tugas mereka dengan efektif, perkara sedemikian mungkin tidak akan berlaku di Tunoh,” tambahnya sambil menggesa agar pihak NREB lebih bertanggungjawab pada masa akan datang.

Menurut Masing lagi, selain daripada banyak harta benda yang rosak dan hilang, penduduk di penempatan Sungai Tunoh mungkin akan berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan beras pada tahun ini berikutan kemusnahan sawah-sawah padi mereka akibat bencana itu.

Rabu lepas, iaitu pada kira-kira jam 3.00 pagi penem- patan Sungai Tunoh, sebuah penempatan di hulu Sungai Baleh dilanda banjir selepas hujan turun beberapa hari sebelumnya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi penduduk mengalami kerugian dianggarkan hampir RM1 juta.

Rumah Ungka Barang, 33 pintu merupakan antara lima rumah panjang yang teruk dilanda banjir tersebut sehingga sebahagian ‘ruai’ sebuah bilik di rumah panjang berkenaan ranap dirempuh air deras.

Sehubungan itu, Masing turut mengumumkan bantuan segera berupa geran sebanyak RM10,000 kepada penduduk Rumah Ungka Barang untuk membaiki kediaman mereka, selain akan berhubung dengan Ahli Parlimen Hulu Rejang, Datuk Billy Abit Joo untuk membincangkan bentuk bantuan yang akan disalurkan kepada mangsa empat rumah panjang yang lain.

Tunoh mempunyai penduduk berjumlah 2,000 termasuk empat lagi rumah panjang, iaitu Rumah Kilau Ugap, Rumah Chiri, Rumah Tani dan Rumah Agam.

Banjir itu turut membunuh haiwan peliharaan, merosak-kan perahu panjang, jana kuasa, motosikal dan lain-lain.

Dapur di SK Sungai Tunoh turut ditenggelami air banjir dan menyebabkan semua per-kakas memasak di dapur berke-naan hilang dihanyutkan arus.

Selain itu, turut musnah dua jambatan, iaitu sebuah jam-batan besi dan sebuah lagi jambatan gantung yang menghubungkan rumah panjang dengan sekolah.



Share
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (1 votes, average: 2.00 out of 5)
Loading ... Loading ...


Free advertise 1iklan.com.my
malaysian blog
Wavee - A Rewarding Auction and a Shopping Experience
mysarawak on Facebook

Random Posts

Leave a Reply

Comment

Mysarawak talk

translated version

English flagItalian flagKorean flagChinese (Simplified) flagGerman flagFrench flagSpanish flagJapanese flagDutch flagDanish flagSwedish flag 
By N2H
Email to us

Archives

Polls

Beginning Jan 1 the minimum price of a 20-pack of cigarettes has been set at RM6.40

View Results

Loading ... Loading ...
Web Solution
  • MBKS tutup outlet Telelink yang beroperasi semula
    Thursday, March 11, 2010 - 0 Comments
  • Transport infrastructure still a yield selection
    Thursday, March 11, 2010 - 0 Comments
  • Twelve to fight it out in AF season eight
    Thursday, March 11, 2010 - 0 Comments
  • Four killed in textile shophouse fire
    Thursday, March 11, 2010 - 0 Comments
  • SLTA proves worth yet again
    Thursday, March 11, 2010 - 0 Comments
  • Three drug suspects nabbed after shots fired
    Thursday, March 11, 2010 - 0 Comments
  • McLaren relaxed about rear wing
    Thursday, March 11, 2010 - 0 Comments
  • NS trainees find experience useful
    Thursday, March 11, 2010 - 0 Comments
  • Tukang kasut mohon lesen perniagaan daripada PBT
    Thursday, March 11, 2010 - 0 Comments
  • External trade kicks off on a high note
    Thursday, March 11, 2010 - 0 Comments
  • Departmental store suffers huge losses in break-in
    Thursday, March 11, 2010 - 0 Comments
  • MBKS re-seals two illegal Telelink outlets
    Thursday, March 11, 2010 - 0 Comments
  • Taxi coupon system a win-win situation for both parties
    Thursday, March 11, 2010 - 0 Comments
  • ‘Foes not strong, SUPP was weak’
    Thursday, March 11, 2010 - 0 Comments
  • Construction sector buoyed by new market entrants
    Wednesday, March 10, 2010 - 0 Comments
  • Lotus all set for Bahrain opener
    Wednesday, March 10, 2010 - 0 Comments
  • Norway, M’sia have significant potential in aquaculture sector
    Wednesday, March 10, 2010 - 0 Comments
  • Report crime to police: MP
    Wednesday, March 10, 2010 - 0 Comments
  • Rebutlah peluang ekonomi di SCORE
    Wednesday, March 10, 2010 - 0 Comments
  • M’sia can adopt ‘AirportCities’ concept of Amsterdam’s Schiphol airport: Mustapa
    Wednesday, March 10, 2010 - 0 Comments
  • SEMINAR SEHARI BERSAMA PAKAR : IKAN KELI TARIKH : 7 JUN 2010 TEMPAT : Setiu, T...
    Said syah on 2010-03-11 09:20:42
  • Comment by yao siew Lian — March 9, 2010 @ 8:03 PM | Reply 2.Ven. Phra Piya ...
    Said andy fong on 2010-03-10 22:33:13
  • Comment by yao siew Lian — March 9, 2010 @ 8:03 PM | Reply 2.Ven. Phra Piya ...
    Said andy fong on 2010-03-10 22:04:17
  • fuck the NRD!! nepotism, bribary, corrupted,pukima i know that eventhough im ye...
    Said gogoa on 2010-03-08 14:48:51
  • Selamat sejahtera, saya ingin memohon pekerjaan sebagai polis bantuan. Persoalan...
    Said Hairmie Arabi on 2010-03-06 15:42:14
  • Saya ingin memohon kerja sebagai polis bantuan… persoalan saya: 1. Dimanakah...
    Said Nazrul Farhan on 2010-02-23 20:21:23
  • Saya sangat berminat bekerja sebagai Polis Bantuan.Harap tuan Mengambil saya seb...
    Said ZUHAIRI Sungkai Parak on 2010-02-22 15:48:16
  • Oh no, he passed away? It's got to be more thn 10 years ago when i played the v...
    Said Alex on 2010-02-14 19:07:10
  • saya berminat nak jadi polis bantuan tapi lagi elok klau dpat polis betul leh x...
    Said rony mizwar on 2010-02-13 02:18:55
  • Saya berminat untuk berkhidmat untuk polis bantuan,Bagaimana masuk polis bantuan...
    Said SEE SIP KEAT on 2010-02-06 17:45:48
  • harap-harap 3G servia sampai kawasan Bau..susah la online pakai broadband tapi t...
    Said gerks on 2010-01-26 19:20:51
  • Assalamualikum n salam satu malaysia semua,saya telah memulakan ternakan keli dl...
    Said irwan on 2010-01-26 13:19:04
  • saya ingin menyetai pasukan polis bantuan atau sukarelawan di sibu sarawak magai...
    Said lee jyh boon on 2010-01-26 09:26:52
  • Sarawak perlukan perpaduan yang kukuh untuk maju....
    Said chris on 2010-01-23 23:01:09
  • Haha?!..apa lu ceta...
    Said Ejal al on 2010-01-23 22:43:45
  • Saya bekas anggota tentera laut malaysia dan saya berminat untuk berkhidmat untu...
    Said Syahrilnizan.Sabri on 2010-01-19 11:21:39
  • nk sgt cepat ..kan da cepat kena tangkap......
    Said gmie on 2010-01-18 08:51:01
  • hi sy oma.. macam mana nak dapatkan borang polis ni.....
    Said oma on 2010-01-16 09:44:47
  • sy iela... sy mmg mint nk jd polis ni tp sy tak tahu kat mana nk daptkn borng.....
    Said iela on 2010-01-09 13:53:01
  • jual hormon untuk penbenirhan ikan keli dan lain lain ikan air tawar . sila hub...
    Said ong on 2010-01-07 11:07:37
  • Subscribe Newsletter to get update, notification

    *Your email address:
    *Enter the security code shown:
     

    Find us on twitter

    mysarawak.org on twitter

    Berita Tempatan, Sarawak News - Mar 11, 2010 - 0 Comments

    MBKS tutup outlet Telelink yang beroperasi semula

    More In Sarawak News


    Iban, Sarawak News - Dec 30, 2009 - 0 Comments

    Begandin ngemajuka Sarawak

    More In Iban


    Sarawak News, Tempatan - Dec 30, 2009 - 0 Comments

    Pemburu haram ditahan

    More In Tempatan