Isu tanah ncr di Sarawak digembar-gemburkan: Jabu
KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu semalam membidas beberapa badan bukan kerajaan (NGO) luar negara yang menurut-nya, telah mensensasi dan menggembar-gemburkan isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak.
Beliau berkata sungguhpun hanya sebahagian kecil sahaja daripada tuntutan pertikaian itu masih menantikan ke- putusan mahkamah, NGO terbabit selain penulis blog “cenderung untuk meme-songkan berita bagi menawan emosi negatif khalayak me-reka.”
“Dalam proses melaksanakan usaha sama (untuk membangunkan tanah NCR), kami berdepan banyak kes tuntutan bertindih membabitkan pemilik tanah NCR sendiri dan terdapat juga pertikaian antara rumah panjang,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Graduan Dayak Sarawak (SDGA) di sini semalam.
Beliau berkata ada juga tuntutan dan tuntutan balas membabitkan tanah NCR, yang menurut rekod kerajaan, adalah tanah negeri.
Katanya kerajaan akan membenarkan kes sedemikian dibawa ke mahkamah untuk diputuskan statusnya.
Jabu berkata sebagai sebahagian daripada program pembasmian kemiskinan
Sarawak, kira-kira 161,870 hektar tanah NCR terbiar dibangunkan secara usaha sama oleh Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah Sarawak (LCDA) sejak 1996 dan telah pun mula menunjukkan keputusan positif.
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Salcra) turut membangunkan kira-kira 52,600 hektar tanah NCR kepunyaan 16,000 peserta, dengan dividen dibayar kepada pemilik tanah berjumlah RM295 juta sehingga 31 Dis tahun lepas, katanya.
“Terdapat banyak program baik yang kerajaan laksanakan demi manfaat penduduk.
“Bagaimanapun, disebabkan sikap negatif dalam kalangan masyarakat kita, le-bih-lebih lagi akibat mainan politik negatif, mereka agak keliru, dan oleh itu, keberatan untuk memberi respons, dan akhirnya mereka sendiri yang memilih untuk ketinggalan,” katanya.
Dalam usaha membawa pembangunan di luar bandar, beliau berkata amat sukar bagi seseorang pemimpin Iban atau Dayak untuk diterima seratus peratus oleh penduduk Iban yang keseluruhannya berjumlah 700,000 orang.
— Bernama
Category: Tempatan
About the Author (Author Profile)
-
http://uchubanyan.blogspot.com bujang latong
-
Anak Padawan
-
http://uchubanyan.blogspot.com bujang latong
-
Anak Padawan
-
winardi
-
http://uchubanyan.blogspot.com sadamenua






