Categorized | Tempatan

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post

Lahir pemimpin berfikiran sederhana

IPT perlu menanam gaya berfikiran sederhana di kalangan generasi muda dalam membangun negeri ini

KOTA SAMARAHAN: Institusi pengajian tinggi (IPT) perlu menanam gaya berfikiran secara sederhana di kalangan generasi muda untuk membantu kerajaan melahirkan golongan pemimpin pertengahan dengan menjadikan kaum ‘Ansar’ sebagai contoh dalam membangunkan negeri ini.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, berkata masyarakat patut memahami konsep perjuangan Islam menerusi pemikiran golongan pertengahan ‘Ansar’ bagi menghadapi pelbagai cabaran pembangunan pada masa akan datang.

Beliau berkata, dalam pembangunan dikecapi sekarang masyarakat harus tidak lupa dengan memperlengkap pejuang-pejuang pembangunan dengan semangat Islam serta menggalakkan semangat komitmen, berdedikasi dalam mempertingkat kualiti hidup.

“Sudah tiba masanya institusi pengajian di negeri ini menyemai sifat sederhana dalam kepimpinan di kalangan generasi muda, sebagai persediaan menghadapi masa depan yang lebih getir dalam pelbagai bidang.

“Melalui gaya pemikiran dengan ilmu pengetahuan tinggi, saya percaya generasi muda dapat mempraktikkan sesuatu perkara daripada pelbagai sudut. Justeru, mereka juga dapat mencari penjelasan bagi setiap perkara tanpa terikut-ikut dengan pengaruh luar,” katanya.

Berucap pada perasmian Masjid Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Sara-wak di sini semalam, Taib menjelaskan pemikiran pertengahan adalah berkaitan teknik se-seorang berfikir dengan mempertimbang secara rasional setiap perkara tanpa terpengaruh dengan pihak luar.

Katanya, kaum ‘Ansar’ menerima dengan terbuka hijrah Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah dan semangat itu perlu dicontohi umat Islam hari ini kerana mereka sedia menerima Islam dan gaya kehidupan yang dibawa baginda tanpa mempersoalkannya.

“Justeru, kerajaan bersedia membantu UiTM dan mana-mana institusi pengajian tinggi yang mahu menghasilkan modal insan berteraskan ‘Ansar’ sekiranya mereka mampu menghasilkan golongan berkenaan daripada kelompok pelajar Islam yang berilmu tinggi.

Hadir sama Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) Mohd Naroden Majais, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya Abdul Karim Rahman Hamzah, Naib Canselor UiTM Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah dan Pengarah Kampus UiTM Sarawak Prof Madya Dr Jamil Hamali.

Taib menarik perhatian, ilmu bukan terhad kepada bidang agama sahaja, malah golongan Ansar adalah umat Islam profesional pertama dalam setiap bidang tidak kira profesional atau separa mahir bagi faedah pembangunan di negeri ini.

Beliau berkata, UiTM telah banyak berkembang berban-ding ketika mula bertapak di Sarawak dengan menumpang bangunan Maktab Perguruan Batu Lintang sehingga ke kampus tetapnya di Kota Samarahan.

“Ketika mula-mula Institut Teknologi MARA (ITM) mahu membuka kampusnya di sini, saya meminta mereka mengutamakan anak tempatan, namun selepas 20 tahun kita harus akur mereka tidak mencukupi bagi menampung pembangunan negeri.

“Kita juga memerlukan kemahiran dari luar dengan UiTM berjaya membekalkan banyak tenaga mahir terdiri daripada anak tempatan dan dari luar negeri dalam pentadbiran negeri dengan pemikiran peringkat pertengahan kaum ‘Ansar’ sebagai contoh terbaik,” tegasnya.

Taib memberitahu, sifat mulia yang mampu dipupuk dapat membantu sekali gus me-nyokong dasar kerajaan dalam memartabatkan Islam dan umatnya secara keseluruhan.

Justeru, katanya beliau berbanga dengan inisiatif pembinaan masjid kampus itu yang mampu menjadi pemangkin kecemerlangan generasi Islam pada masa depan.

Pada perasmian masjid yang dinamakan beliau dengan nama Masjid Al-Qarawiyyin itu, turut dilancarkan ialah Pu-sat Penyelidikan dan Pembangunan Islam Borneo (PPPIB).

Masjid menelan belanja RM1.7 juta itu mula dibina pada Mei 2007 dan siap sepenuhnya pertengahan tahun lalu. Masjid itu mampu menampung 1,000 jemaah pada suatu masa.

Mengenai PPPIB, Taib berkata Kerajaan Negeri sedia memberi sokongan kepada UiTM bagi menubuhkan pusat yang dilihat bakal menjadi rujukan umat Islam bukan sahaja di negeri ini malah bagi negara jiran, Kalimantan (Indonesia).

Selain melakukan kerja penyelidikan, tambahnya PPPIB perlu melaksanakan hasil kajian yang diperolehi dengan menjadikan pelajar universiti berkenaan sebagai individu pertama menerima faedahnya.

blog comments powered by Disqus
send to mysarawak
Subscribe to NewsLetter
*Your email address:
*Enter the security code shown:
 
Follow us on
  • Polls
    • Could Taib’s cousin Norah be the next Sarawak’s Chief Minister?

      View Results

      Loading ... Loading ...