Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Friday, January 16, 2009 - 0 Comments

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post -

Musnah dihempas ombak

 

Empat buah rumah nelayan musnah, sembilan lagi kritikal apabila ombak besar mengganas menghempas Kampung Pasir Pandak

SANTUBONG: Malang menimpa empat buah keluarga yang tinggal di tepi pantai Kampung Pasir Pandak dekat sini apabila rumah mereka musnah dihempas ombak besar sejak Ahad lalu.

Tiga daripada rumah terbabit musnah dipukul ombak ganas pada Ahad lalu, manakala mangsa terbaru iaitu rumah milik Syed Ali Albar Syed Ahmad, 55, yang musnah sama sekali pada petang Rabu lalu.

Syed Ali ketika ditemui pemberita di tempat kejadian semalam hanya mampu menahan sebak mengenang nasib rumah yang didiaminya sejak 30 tahun lalu ranap sekelip mata dilanda ombak jam 6.00 petang kelmarin.

“Saya tidak mampu menyelamatkan harta benda cuma ahli-ahli keluarga sahaja dibawa berpindah, tatkala menyaksikan ombak ganas meruntuhkan rumah kami. Nyawa lebih penting daripada harta benda,” katanya dengan nada sedih.

Menurut Syed Ali, kejadian ombak besar itu berlaku dengan pantas justeru beliau tidak sempat menyelamatkan harta benda berharga seperti perabot dan sebagainya.

Syed Ali memberitahu, memang sebelum ini ombak besar pernah berlaku di kawasan terbabit namun malapetaka dengan ombak setinggi dua meter itu merupakan peristiwa amat pahit dialaminya.

“Saya menganggarkan kerugian hampir RM40,000 kerana harta benda ringan seperti dokumen penting, buku-buku sekolah anak-anak sempat diselamatkan,” kata Syed Ali yang bersama-sama isteri, Wadiah Sahari dan tiga anaknya kini menetap sementara di pusat pemindahan mangsa banjir di Dewan Masyarakat Kampung Pasir Pandak.

Syed Ali yang bekerja sebagai nelayan berkata, rumah didiaminya dan keluarga itu adalah sumbangan pihak kerajaan menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang baru didiaminya sebelum Hari Raya Puasa tahun lalu.

Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib Syed Ali apabila isterinya sedang mengidap penyakit paru-paru berair dan dua daripada anaknya hanya mampu bersekolah setakat tingkatan lima.

“Saya tidak mampu menyekolahkan anak-anak ke peringkat lebih tinggi (institut pengajian tinggi), memandangkan pendapatan seorang nelayan tidak menentu. Ditambah pula kejadian ini memanglah semakin menderitakan kehidupan kami,” ujar bapa kepada lima anak itu.

Justeru, beliau memohon jasa baik pihak berwajib untuk menghulurkan pelbagai bantuan bagi meringankan beban beliau dan keluarga menghadapi hari-hari kemudian.

Sementara seorang lagi mangsa, Johan Edi, 33, turut melahirkan rasa sedih apabila rumahnya musnah dihempas gelombang pada petang Ahad lalu.

“Inilah kejadian ombak besar yang paling teruk, berbanding tahun-tahun sebelumnya. Memang kami akui tinggal di tepi pantai berhadapan dengan risiko tinggi (dilanda ombak),” katanya juga seorang nelayan.

Johan yang mempunyai tiga orang anak memberitahu, beliau tidak menyangka ombak besar berlaku pada hari berkenaan sehingga memusnahkan rumah mereka.

Dua mangsa lain iaitu Japeri Saat dan Habsah Mondon juga sedih mengenangkan nasib mereka dan keluarga yang kini terpaksa tinggal sementara di Dewan Masyarakat Kampung Pasir Pandak.

Selain empat rumah musnah itu, sembilan lagi rumah penduduk yang tinggal di pinggir pantai kampung berkenaan turut kritikal selepas terdedah ancaman ombak ganas pada Ahad lalu.

Di samping ancaman ombak besar, hampir 20 buah rumah penduduk Kampung Pasir Pandak ditengelami air banjir akibat hujan lebat dan pasang besar beberapa hari lalu.

Sehubungan itu, mangsa merakamkan penghargaan kepada penduduk-penduduk kampung atas inisiatif mereka bergotong-royong membina benteng penghalang ombak sejak Ahad lalu.



Share
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Free advertise 1iklan.com.my
malaysian blog
Wavee - A Rewarding Auction and a Shopping Experience
mysarawak on Facebook

Random Posts

Leave a Reply

Comment

Mysarawak talk

translated version

English flagItalian flagKorean flagChinese (Simplified) flagGerman flagFrench flagSpanish flagJapanese flagDutch flagDanish flagSwedish flag 
Email to us

Archives

Polls

Beginning Jan 1 the minimum price of a 20-pack of cigarettes has been set at RM6.40

View Results

Loading ... Loading ...
Web Solution
  • Opportunity for MCA to end long-drawn crisis
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Lima maut, lima lagi parah
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Snapshots of success
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Girls’ doubles title stays in Asia
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • I will not pull out from contest — Tee Keat
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Rural devt will not be left behind in NEM, Najib assures
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Respect religious beliefs of other people — Jabu
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Murugiah: Plight not forgotten
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Aim to become suppliers, Dayaks told
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Creating country’s latest rice bowl under 10MP — Rohani
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Five killed in head-on collision
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Blood suckers on the prowl
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Teddy bears to hold and cherish
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • Woman charged with murdering own baby
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • Baitulmal peruntuk RM20j bantu pelajar miskin: Daud
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • Chong Wei eyes world title, Thomas Cup
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • More friendlies this weekend
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • ECS eyes over RM1b in annual revenue
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • Buddha Kaya Wat donates food items to Salvation Army Children’s Home
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • Chong Wei and Misbun Sidek — a perfect Malaysian pair
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • how 2 bcum police officer........
    Said hanu on 2010-03-21 21:26:02
  • SEMINAR SEHARI BERSAMA PAKAR : IKAN KELI TARIKH : 7 JUN 2010 TEMPAT : Setiu, T...
    Said syah on 2010-03-11 09:20:42
  • Comment by yao siew Lian — March 9, 2010 @ 8:03 PM | Reply 2.Ven. Phra Piya ...
    Said andy fong on 2010-03-10 22:33:13
  • Comment by yao siew Lian — March 9, 2010 @ 8:03 PM | Reply 2.Ven. Phra Piya ...
    Said andy fong on 2010-03-10 22:04:17
  • fuck the NRD!! nepotism, bribary, corrupted,pukima i know that eventhough im ye...
    Said gogoa on 2010-03-08 14:48:51
  • Selamat sejahtera, saya ingin memohon pekerjaan sebagai polis bantuan. Persoalan...
    Said Hairmie Arabi on 2010-03-06 15:42:14
  • Saya ingin memohon kerja sebagai polis bantuan… persoalan saya: 1. Dimanakah...
    Said Nazrul Farhan on 2010-02-23 20:21:23
  • Saya sangat berminat bekerja sebagai Polis Bantuan.Harap tuan Mengambil saya seb...
    Said ZUHAIRI Sungkai Parak on 2010-02-22 15:48:16
  • Oh no, he passed away? It's got to be more thn 10 years ago when i played the v...
    Said Alex on 2010-02-14 19:07:10
  • saya berminat nak jadi polis bantuan tapi lagi elok klau dpat polis betul leh x...
    Said rony mizwar on 2010-02-13 02:18:55
  • Saya berminat untuk berkhidmat untuk polis bantuan,Bagaimana masuk polis bantuan...
    Said SEE SIP KEAT on 2010-02-06 17:45:48
  • harap-harap 3G servia sampai kawasan Bau..susah la online pakai broadband tapi t...
    Said gerks on 2010-01-26 19:20:51
  • Assalamualikum n salam satu malaysia semua,saya telah memulakan ternakan keli dl...
    Said irwan on 2010-01-26 13:19:04
  • saya ingin menyetai pasukan polis bantuan atau sukarelawan di sibu sarawak magai...
    Said lee jyh boon on 2010-01-26 09:26:52
  • Sarawak perlukan perpaduan yang kukuh untuk maju....
    Said chris on 2010-01-23 23:01:09
  • Haha?!..apa lu ceta...
    Said Ejal al on 2010-01-23 22:43:45
  • Saya bekas anggota tentera laut malaysia dan saya berminat untuk berkhidmat untu...
    Said Syahrilnizan.Sabri on 2010-01-19 11:21:39
  • nk sgt cepat ..kan da cepat kena tangkap......
    Said gmie on 2010-01-18 08:51:01
  • hi sy oma.. macam mana nak dapatkan borang polis ni.....
    Said oma on 2010-01-16 09:44:47
  • sy iela... sy mmg mint nk jd polis ni tp sy tak tahu kat mana nk daptkn borng.....
    Said iela on 2010-01-09 13:53:01
  • Subscribe Newsletter to get update, notification

    *Your email address:
    *Enter the security code shown:
     

    Find us on twitter

    mysarawak.org on twitter

    Our Stand, Sarawak News - Mar 21, 2010 - 0 Comments

    Opportunity for MCA to end long-drawn crisis

    More In Sarawak News


    Iban, Sarawak News - Dec 30, 2009 - 0 Comments

    Begandin ngemajuka Sarawak

    More In Iban


    Sarawak News, Tempatan - Dec 30, 2009 - 0 Comments

    Pemburu haram ditahan

    More In Tempatan