Categorized | Tempatan

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post

Pakai baju seragam atau denda RM300

Pemandu bas sekolah diingat patuhi undang-undang demi keselamatan pelajar

BINTULU: Ahli-ahli Persatuan Tuan Punya Bas Sekolah Bintulu perlu mematuhi undang-undang pemakaian pakaian seragam atau menghadapi denda sebanyak RM300, kata Pengerusinya Doris Dara.

Katanya, Persekutuan Bas Sekolah Sarawak telah mewajibkan pemakaian pakaian seragam untuk pemandu-pemandu bas sekolah sebagai sebahagian komitmennya untuk menjamin keselamatan para pelajar di negeri ini.

“Pakaian seragam ini wajib digunakan apabila sesi persekolahan bagi tahun 2009 bermula Isnin ini,” katanya kepada pemberita semalam.

Doris berkata, semua pemandu bas sekolah di Bintulu boleh menghubungi persatuan itu bagi mendapatkan pakaian seragam mereka dengan segera.

Katanya, mereka boleh menghubungi beliau di talian 019-8149721, Helena Aju (013-5789257), Linda Ju (013-8368359) dan Samin Law (013-8371194).

Dalam akhbar tempatan baru-baru ini, Pengarah Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Negeri Sarawak Wan Samsulri Wan Hasibi menjelaskan undang-undang pemakaian pakaian seragam itu berkuat kuasa pada 1 Januari lalu, bagaimanapun untuk pemandu bas sekolah, mereka diberi tempoh sebulan untuk mematuhinya.

Wan Samsulri berkata, sekiranya didapati pemandu bas sekolah tidak menggunakan pakaian seragam selepas 31 Januari, mereka akan dikenakan denda maksimum RM300.

Jelasnya, tujuan utama pengenalan pakaian seragam adalah untuk membolehkan ibu bapa mengenal pasti perbezaan sama ada pemandu bas sekolah itu bergerak secara sah atau sebaliknya.

Wan Samsuiri menambah, pakaian seragam itu akan membawa logo persekutuan dengan motto ‘Kami Prihatin.’

Sementara itu. Doris berkata, ahli-ahli di Bintulu akan menggunapakai logo mereka sendiri memandangkan ia telah berdaftar.

Sempena kedatangan Tahun Baru 2009, beliau berharap semua ahli persatuan itu akan bekerja dengan lebih tekun dan memandu dengan penuh berhati-hati bagi memastikan keselamatan pelajar-pelajar sekolah terjamin.

Leave a Reply

blog comments powered by Disqus
Subscribe to NewsLetter
*Your email address:
*Enter the security code shown:
 
Follow us on
  • Polls
    • Could Taib’s cousin Norah be the next Sarawak’s Chief Minister?

      View Results

      Loading ... Loading ...