Sarawak News - Found on mysarawak.org. Posted on Wednesday, December 17, 2008 - 0 Comments

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post -

Hak Sarawak perlu dikekalkan: KM

 

Beliau percaya IGC akan pastikan S’wak kekal seperti keadaannya pada waktu pembentukan Malaysia

KOTA SAMARAHAN: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud percaya persefahaman dalam Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) akan dapat memastikan bahawa Sarawak kekal seperti keadaannya pada waktu pembentukan Malaysia.

Taib berkata, beliau lebih gemar mendengar perbahasan mengenai Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) dengan minda terbuka sebelum membuat sebarang komen.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa segalanya harus dilihat sebagai proses pertumbuhan dan perkembangan untuk membina struktur yang lebih bersifat nasional.

Katanya, Kerajaan Persekutuan perlu menimbang jika tindakan itu diambil terlalu cepat maka ia boleh merugikan rakyat Sarawak.

“Biarlah perdebatan diteruskan untuk melihat bagaimana Sarawak dapat memberi ruang kepada sebarang perubahan, selain mengelak sebarang perubahan yang memudaratkan rakyat kita,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Terdahulu, Taib melancarkan Perayaan 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia Peringkat Bahagian Samarahan serentak dengan pelancaran buku Samarahan bertajuk ‘Dari kampung terpencil ke desa ilmu’.

Taib berkata Sarawak akan melihat langkah-langkah yang dilakukan di peringkat persekutuan untuk melaksanakan undang-undang itu apabila selesai dibahaskan.

“Buat masa ini saya tiada apa-apa komen mengenai isu itu. Kita tunggu sajalah langkah yang diambil Kerajaan Pusat setelah rang undang-undang itu diluluskan oleh parlimen nanti,” katanya.

Ketua Menteri memberitahu, beliau belum membaca intipati rang undang-undang itu tetapi berpendapat tidak ada peruntukan perlembagaan yang menyebut dengan jelas segalanya harus dikekalkan.

Persatuan Peguam Sarawak (SAA) dan rakan sejawat mereka dari Sabah dan Semenanjung Malaysia juga membincangkan isu hangat berkaitan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) apabila mereka bermesyuarat di Kuala Lumpur semalam (Selasa).

Ini berikutan laporan akhbar yang menyatakan rang undang-undang JAC akan menjejaskan hak perlembagaan Sabah dan Sarawak dalam melantik hakim termasuk Ketua Hakim Borneo serta tidak membawa kebebasan kehakiman.

Presiden SAA Frank Tang ketika dihubungi Isnin lalu berkata ahli-ahli persatuan itu akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa rundingan bersama Persatuan Undang-Undang Sabah dan Majlis Peguam di ibu negara semalam (Selasa) dan Rang Undang-Undang JAC dijangka akan menjadi topik hangat.

Topik JAC menjadi bualan hangat selepas Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Guan Eng berkata di Kuching Sabtu lepas bahawa ia menjejaskan hak perlembagaan Sabah dan Sarawak dalam melantik hakim termasuk Ketua Hakim Borneo.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang ber-kata DAP menentang rang undang-undang berkenaan yang tidak membawa kebebasan kehakiman.

“JAC masih sebuah badan yang dikawal oleh Perdana Menteri yang memutuskan tidak hanya pelantikan ahli-ahlinya tetapi juga mengesyor pertimbangan.

“Ini menjangkaui kuasa Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak. DAP sangat prihatin terhadap hak Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Sarawak di Kuching Ahad lepas.



Share
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Free advertise 1iklan.com.my
malaysian blog
Wavee - A Rewarding Auction and a Shopping Experience
mysarawak on Facebook

Random Posts

Leave a Reply

Comment

Mysarawak talk

translated version

English flagItalian flagKorean flagChinese (Simplified) flagGerman flagFrench flagSpanish flagJapanese flagDutch flagDanish flagSwedish flag 
By N2H
Email to us

Archives

Polls

Beginning Jan 1 the minimum price of a 20-pack of cigarettes has been set at RM6.40

View Results

Loading ... Loading ...
Web Solution
  • Baitulmal peruntuk RM20j bantu pelajar miskin: Daud
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • Chong Wei eyes world title, Thomas Cup
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • More friendlies this weekend
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • ECS eyes over RM1b in annual revenue
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • Buddha Kaya Wat donates food items to Salvation Army Children’s Home
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • Chong Wei and Misbun Sidek — a perfect Malaysian pair
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • Greater exposure to remote sensing tech needed
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • End of the road for car and motorbike thieves
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • Foreign man seeks mother’s whereabouts
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • School to have clean water under 10MP
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • Police ‘clean up’ city’s Golden Triangle
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • SEDC a catalyst for state’s tourism growth – CM
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • Help for SPM failures
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • Treasury re-classifies ‘sick’ projects
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • Ex-factory worker saved from the gallows
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • Dua sepupu mati lemas di pantai Tanjung Lobang
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • First Sail targets sales of 20 units monthly
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • Some 4,000 yet to register for allowance
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • 300 to run in sarong for charity
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • GST not an additional tax – Najib
    Friday, March 19, 2010 - 0 Comments
  • SEMINAR SEHARI BERSAMA PAKAR : IKAN KELI TARIKH : 7 JUN 2010 TEMPAT : Setiu, T...
    Said syah on 2010-03-11 09:20:42
  • Comment by yao siew Lian — March 9, 2010 @ 8:03 PM | Reply 2.Ven. Phra Piya ...
    Said andy fong on 2010-03-10 22:33:13
  • Comment by yao siew Lian — March 9, 2010 @ 8:03 PM | Reply 2.Ven. Phra Piya ...
    Said andy fong on 2010-03-10 22:04:17
  • fuck the NRD!! nepotism, bribary, corrupted,pukima i know that eventhough im ye...
    Said gogoa on 2010-03-08 14:48:51
  • Selamat sejahtera, saya ingin memohon pekerjaan sebagai polis bantuan. Persoalan...
    Said Hairmie Arabi on 2010-03-06 15:42:14
  • Saya ingin memohon kerja sebagai polis bantuan… persoalan saya: 1. Dimanakah...
    Said Nazrul Farhan on 2010-02-23 20:21:23
  • Saya sangat berminat bekerja sebagai Polis Bantuan.Harap tuan Mengambil saya seb...
    Said ZUHAIRI Sungkai Parak on 2010-02-22 15:48:16
  • Oh no, he passed away? It's got to be more thn 10 years ago when i played the v...
    Said Alex on 2010-02-14 19:07:10
  • saya berminat nak jadi polis bantuan tapi lagi elok klau dpat polis betul leh x...
    Said rony mizwar on 2010-02-13 02:18:55
  • Saya berminat untuk berkhidmat untuk polis bantuan,Bagaimana masuk polis bantuan...
    Said SEE SIP KEAT on 2010-02-06 17:45:48
  • harap-harap 3G servia sampai kawasan Bau..susah la online pakai broadband tapi t...
    Said gerks on 2010-01-26 19:20:51
  • Assalamualikum n salam satu malaysia semua,saya telah memulakan ternakan keli dl...
    Said irwan on 2010-01-26 13:19:04
  • saya ingin menyetai pasukan polis bantuan atau sukarelawan di sibu sarawak magai...
    Said lee jyh boon on 2010-01-26 09:26:52
  • Sarawak perlukan perpaduan yang kukuh untuk maju....
    Said chris on 2010-01-23 23:01:09
  • Haha?!..apa lu ceta...
    Said Ejal al on 2010-01-23 22:43:45
  • Saya bekas anggota tentera laut malaysia dan saya berminat untuk berkhidmat untu...
    Said Syahrilnizan.Sabri on 2010-01-19 11:21:39
  • nk sgt cepat ..kan da cepat kena tangkap......
    Said gmie on 2010-01-18 08:51:01
  • hi sy oma.. macam mana nak dapatkan borang polis ni.....
    Said oma on 2010-01-16 09:44:47
  • sy iela... sy mmg mint nk jd polis ni tp sy tak tahu kat mana nk daptkn borng.....
    Said iela on 2010-01-09 13:53:01
  • jual hormon untuk penbenirhan ikan keli dan lain lain ikan air tawar . sila hub...
    Said ong on 2010-01-07 11:07:37
  • Subscribe Newsletter to get update, notification

    *Your email address:
    *Enter the security code shown:
     

    Find us on twitter

    mysarawak.org on twitter

    Berita Tempatan, Sarawak News - Mar 20, 2010 - 0 Comments

    Baitulmal peruntuk RM20j bantu pelajar miskin: Daud

    More In Sarawak News


    Iban, Sarawak News - Dec 30, 2009 - 0 Comments

    Begandin ngemajuka Sarawak

    More In Iban


    Sarawak News, Tempatan - Dec 30, 2009 - 0 Comments

    Pemburu haram ditahan

    More In Tempatan