Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Tuesday, December 2, 2008 - 0 Comments

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post - 61 views

Penipu menyamar sebagai ejen pengambilan pelatih juruterbang

 

KUCHING: Polis mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan taktik seorang lelaki yang menyamar sebagai ejen pengambilan pelatih juruterbang bagi sebuah kelab penerbangan yang bertujuan menipu wang mangsa.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) menerusi kenyataan media semalam, memberitahu suspek dikenali sebagai Hamizan Mohd Syafiq yang berusia awal 20-an berkulit cerah dan muka ala-ala Cina.

Lelaki setinggi kira-kira 5 kaki 6 inci itu dikatakan beroperasi seorang diri dan memperkenalkan diri sebagai kapten penerbangan dari sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Selangor.

Polis mengeluarkan kenyataan itu setelah seorang lelaki pada 4 November lepas, rugi wang tunai RM5,000 selepas dipedaya suspek.

Semasa kejadian mangsa telah diperkenalkan kepada suspek melalui seorang rakan.

Suspek kemudiannya memperkenalkan dirinya sebagai kapten sebuah syarikat penerbangan di Malaysia dan menawarkan mangsa untuk mengikuti pengajian di sebuah kelab pengajian penerbangan dengan bayaran pendaftaran hanya RM5,000.

Bagi meyakinkan mangsa, suspek mengatakan akan menggunakan wangnya terlebih dahulu dan mangsa bolehlah membayar kembali dengan cara ansuran.

Setelah mendengar penjelasan yang meyakinkan dan juga tawaran yang agak menarik itu mangsa akhirnya bersetuju.

Pada 20 November, mangsa telah menghubungi kelab berkenaan bagi mendapatkan pengesahan pendaftarannya namun pihak kelab berkenaan memaklumkan bahawa nama mangsa tiada dalam senarai mereka.

Menurut pihak kelab berkenaan lagi, suspek pernah menjadi pelatih penerbangan dengan mereka namun sudah hampir setahun suspek tidak menghadiri sebarang kelas penerbangan dan telah dibuang daripada kelab berkenaan.

Mangsa yang terkejut dengan jawapan daripada pihak kelab berkenaan terus membuat laporan polis.

Berdasarkan maklumat yang diterima, suspek juga dipercayai menggunakan wajah yang agak tampan dan statusnya sebagai kapten untuk memerangkap wanita dan seterusnya ‘mengikis’ harta dan wang wanita berkenaan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Menipu dan dengan curangnya mendorong supaya harta diserahkan) dan sekiranya didapati bersalah boleh dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan dengan sebat serta boleh juga dikenakan denda.

Polis masih menjalankan siasatan mengenai kes berkenaan dan sedang berusaha mengesan suspek.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan diminta menghubungi terus Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching Inspektor Khalid Yahya di talian 082-241167 sambungan 106.

Bookmark and Share
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Talk about it in our forum

Random Posts

Leave a Reply

Comment

Captcha
Enter the letters you see above.

Mysarawak talk

translated version

English flagItalian flagKorean flagChinese (Simplified) flagGerman flagFrench flagSpanish flagJapanese flagDutch flagDanish flagSwedish flag 
Web Solution
My Proton Community
Online Mall
  • we appreciated wif govermnt implementation to make bukt sadok as location to rem...
    Said poor lady on 2009-07-03 15:47:50
  • rentap adalah pejuang iban yang berasal dari skrang betong.beliau terkenal keran...
    Said poor lady on 2009-07-03 15:43:43
  • mcm maner nk dapatkan borang kemasukan polis bantuan...
    Said khairul on 2009-07-01 15:37:56
  • Dear Mr. Naroden We need the huge quantity of Tapioca chip about 6000MT/month...
    Said LAU on 2009-06-30 18:09:28
  • DO u have any pic in that day???...
    Said eric eddie on 2009-06-28 16:15:56
  • hey along.. tak yah nak post comment.. tak der business ko rang, apa pulak lesn?...
    Said milopeng on 2009-06-27 10:20:31
  • Saya salah seorang anggota polis bantuan dan ingin meluahkan rasa kecewa,saya te...
    Said MR KAMAL on 2009-06-26 21:38:11
  • Macam mana along tak kaya. Saya adalah seorang kakitangan kerajaan ynag ada blac...
    Said kakitangan kerajaan yang ada blacklist. on 2009-06-26 19:55:13
  • korang kte pe?? aku nak tau gak...aku bdk perlis..tp aku ska sjarah RENTAP hmm...
    Said chuchuKy on 2009-06-26 16:30:17
  • The passing of the legend, the only one left in this world. Gone too soon....
    Said Gallivanter on 2009-06-26 14:09:19
  • Hai semua. Sekiranya anda atau sesiapa yang ingin MENJUAL kelapa sawit. Saya ber...
    Said hayati on 2009-06-25 16:32:24
  • haiiiii...
    Said e onesyah on 2009-06-25 00:13:54
  • Do anyone of you have the contact number of Senator Mahalinggam?? if yes, please...
    Said Thilagavathy Sevelinggam on 2009-06-22 11:09:48
  • Diambi ari sukut berita:Sebana Menua Kuching, - Penduduk dari Rumah Ranggong ...
    Said sadamenua on 2009-06-21 13:48:35
  • saya sebenarnya ingin memohon kerja sebagai polis bantuan… persoalan saya: 1...
    Said ku azuan bin ku ajib on 2009-06-20 18:04:55
  • Subscribe Newsletter to get update, notification

    *Your email address:
    *Enter the security code shown:
     

    Sarawak News - Jul 4, 2009 - 0 Comments

    More incentives to lure airlines mulled

    More In Sarawak News


    Iban - Jul 4, 2009 - 0 Comments

    H1N1: Pemesai sekula lalek enda niki pangkat penemu kelalu renjan

    More In Iban


    Tempatan - Jul 3, 2009 - 0 Comments

    Penyalahgunaan inhalan meningkat

    More In Tempatan