Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Tuesday, December 2, 2008 - 0 Comments

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post - 10 views

Jalan tikus baru ditemui

 

Enam laluan berjaya dikesan di sempadan S’wak-Kalimantan dipercayai diguna untuk seludup kayu balak, barang kawalan dan kemasukan PATI

KUCHING: Enam ‘jalan tikus’ baru telah dikenal pasti di sepanjang sempadan Sarawak-Kalimantan.

Komander Briged Ketiga Infantri Malaysia Brigadier Jeneral Datuk Jeyabalan S. berkata, pintu masuk berkenaan digunakan oleh penyeludup untuk menjalankan aktiviti penyeludupan kayu balak, barang kawalan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Selain daripada enam ‘jalan tikus’ berkenaan, beliau berkata tentera Malaysia dan Indonesia akan mencari ‘jalan tikus’ lain dalam usaha meningkatkan keselamatan di sempadan.

“Penemuan ini berdasarkan kepada maklumat risikan yang kita miliki dan jalan tikus ini mungkin laluan pejalan kaki tradisional atau laluan-laluan baru memandangkan kawasan pertanian sudah berkembang dekat sempadan.

“Kita akan memantau dan meningkatkan rondaan di kawasan yang dikenal pasti,” katanya ketika merasmikan rondaan bersama di pos sempadan Malaysia/Indonesia di Kampung Biawak, di sini, semalam.

Kampung Biawak terletak berdekatan dengan sempadan bersama.

Turut hadir dalam majlis perasmian berkenaan ialah Kolonel Infantri Nukman Kosadi daripada Tentera Nasional Indonesia (TNI) selaku Jeneral 121 Briged di Kalimantan.

Nukman berkata semasa majlis berkenaan, Indonesia sangat mengambil berat dalam menangani aktiviti pembalakan haram.

“Kebanyakan pembalakan haram telah dikesan diseludup dari Indonesia ke Sarawak tetapi jumlah aktiviti itu berkurangan,” katanya sambil menambah lima tahun lepas, aktivit itu agak luar biasa.

“Tetapi kini jumlah penyeludupan balak haram berkurangan sejak operasi bersama antara tentera Malaysia dan Indonesia dilancarkan,” kata Nukman.

Jeyabalan menambah kata selain daripada membanteras kegiatan haram di sepanjang sempadan, persefahaman dan hubungan baik antara kedua-dua angkatan tentera mesti diteruskan.

“Hubungan antara kedua-dua tentera selama ini amat baik sekali kerana kita telah mengadakan komunikasi secara terbuka dan lawatan timbal balik antara kedua-dua Komander Briged.

“Malah saya dan kakitangan saya telah dijemput oleh Kolonel Infantri Nukman bulan lepas untuk melawat ibu pejabat mereka,” katanya.

Operasi bersama rondaan sempadan berada di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Sempadan Am yang diketuai Menteri Pertahanan dari kedua-dua negara.

Jawatankuasa berkenaan menguruskan semua isu sempadan dan aktiviti di sempadan selain memupuk hubungan baik antara kedua-dua negara.

Tentera Malaysia dan Indonesia masing-masing mengerahkan sebuah platun yang dianggotai 30 hingga 40 askar untuk menjaga keselamatan sempadan masing-masing.

Pasukan peronda akan berjalan kaki di kedua-dua bahagian sempadan dan dianggotai kakitangan tentera Malaysia dan Indonesia.

Operasi itu turut meningkatkan Prosedur Operasi Kerja kedua-dua angkatan tentera yang mesti diuji dan diperbaiki selalu.

Tempoh operasi bergantung kepada penemuan dan Jeyabalan memberitahu pada tahun depan operasi sedemikian akan diadakan dua kali setahun.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Komander Rejimen Melayu Diraja Leftenan Kolonel Sameon Marjuki dan pegawai kanan lain.

Majlis penutupan dijangka diadakan di Jagoi Babang Indonesia.

Operasi pada tahun lepas diadakan dekat kawasan sempadan Entikong.

Bookmark and Share
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Talk about it in our forum

Random Posts

Leave a Reply

Comment

Captcha
Enter the letters you see above.

Mysarawak talk

translated version

English flagItalian flagKorean flagChinese (Simplified) flagGerman flagFrench flagSpanish flagJapanese flagDutch flagDanish flagSwedish flag 
Web Solution
My Proton Community
Online Mall
  • we appreciated wif govermnt implementation to make bukt sadok as location to rem...
    Said poor lady on 2009-07-03 15:47:50
  • rentap adalah pejuang iban yang berasal dari skrang betong.beliau terkenal keran...
    Said poor lady on 2009-07-03 15:43:43
  • mcm maner nk dapatkan borang kemasukan polis bantuan...
    Said khairul on 2009-07-01 15:37:56
  • Dear Mr. Naroden We need the huge quantity of Tapioca chip about 6000MT/month...
    Said LAU on 2009-06-30 18:09:28
  • DO u have any pic in that day???...
    Said eric eddie on 2009-06-28 16:15:56
  • hey along.. tak yah nak post comment.. tak der business ko rang, apa pulak lesn?...
    Said milopeng on 2009-06-27 10:20:31
  • Saya salah seorang anggota polis bantuan dan ingin meluahkan rasa kecewa,saya te...
    Said MR KAMAL on 2009-06-26 21:38:11
  • Macam mana along tak kaya. Saya adalah seorang kakitangan kerajaan ynag ada blac...
    Said kakitangan kerajaan yang ada blacklist. on 2009-06-26 19:55:13
  • korang kte pe?? aku nak tau gak...aku bdk perlis..tp aku ska sjarah RENTAP hmm...
    Said chuchuKy on 2009-06-26 16:30:17
  • The passing of the legend, the only one left in this world. Gone too soon....
    Said Gallivanter on 2009-06-26 14:09:19
  • Hai semua. Sekiranya anda atau sesiapa yang ingin MENJUAL kelapa sawit. Saya ber...
    Said hayati on 2009-06-25 16:32:24
  • haiiiii...
    Said e onesyah on 2009-06-25 00:13:54
  • Do anyone of you have the contact number of Senator Mahalinggam?? if yes, please...
    Said Thilagavathy Sevelinggam on 2009-06-22 11:09:48
  • Diambi ari sukut berita:Sebana Menua Kuching, - Penduduk dari Rumah Ranggong ...
    Said sadamenua on 2009-06-21 13:48:35
  • saya sebenarnya ingin memohon kerja sebagai polis bantuan… persoalan saya: 1...
    Said ku azuan bin ku ajib on 2009-06-20 18:04:55
  • Subscribe Newsletter to get update, notification

    *Your email address:
    *Enter the security code shown:
     

    Sarawak News - Jul 4, 2009 - 0 Comments

    More incentives to lure airlines mulled

    More In Sarawak News


    Iban - Jul 4, 2009 - 0 Comments

    H1N1: Pemesai sekula lalek enda niki pangkat penemu kelalu renjan

    More In Iban


    Tempatan - Jul 3, 2009 - 0 Comments

    Penyalahgunaan inhalan meningkat

    More In Tempatan