Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Monday, December 1, 2008 - 0 Comments
Adit, Jimmy pentingkan diri: Jabu
Tindakan mereka menyertai PKR sebagai mementingkan diri sendiri
SRI AMAN: Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu menyifatkan tindakan bekas pemimpin dan anggota Barisan Nasional (BN) yang me- nyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai keputusan yang lebih bersifat peribadi demi kepentingan diri sendiri.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Lembaga Penyatuan dan Pemuliharan Tanah Sarawak (SALCRA) di Rumah Rehat Sri Aman kelmarin.
Menurut Jabu, tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Gabriel Adit Demong dan bekas Ahli Parlimen Sri Aman Jimmy Donald yang menyertai PKR hanya akan merugi- kan rakyat yang diwakili oleh mereka.
Lagipun tindakan Jimmy yang menyertai PKR baru-baru ini dianggap sebagai tindakan seorang yang kecewa kerana gagal mendapat apa yang diinginkannya selama ini, tambah beliau.
“Bagaimanapun kita (BN) tidak akan berasa khuatir dengan tindakan kedua-dua wakil rakyat terbabit menyertai PKR kerana rakyat di negeri ini bijak memilih pemimpin mereka iaitu BN,” kata beliau.
Selain itu beliau juga yakin bahawa Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ADUN Kota Sentosa, Dominique Ng tidak akan dapat meraih sokongan menyeluruh daripada penduduk di negeri ini.
Jabu mendakwa, ini kerana kedua-dua ahli politik terbabit belum memahami secara keseluruhannya tentang selok-belok budaya penduduk luar bandar terutama kaum Dayak di negeri ini.
Menurutnya, mereka (Anwar dan Dominique) tidak semestinya boleh berjaya dengan berkempen di seluruh negeri ini untuk menarik rakyat menyertai PKR daripada menyertai komponen BN Sarawak.
“Ini kerana faktor budaya penduduk luar bandar selama ini telah menyebabkan mereka menyokong kerajaan BN berbanding dengan tindakan mereka untuk menyokong pihak pembangkang,” kata-nya.
Justru beliau berharap agar rakyat lebih bijak dalam membuat penilaian mengenai pemimpin yang mampu memperjuangkan pembangunan mereka di kawasan masing-masing pada masa akan datang.
Hadir sama ialah Menteri Muda Kemajuan Tanah Datuk Francis Harden Hollis, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Rohani Abdul Karim, Timbalan Menteri Pem- bangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Noriah Kasnon dan Residen Sri Aman Abang Shamshuddin Abang Seruji.
Jabu menerusi majlis berkenaan telah menyampaikan cek hasil sumbangan SALCRA bernilai RM50,000 untuk tujuan projek pembinaan gereja baru Saint Luke Sri Aman yang diterima oleh wakilnya iaitu Datuk Francis Harden Hollis.
Talk about it in our forum
Random Posts
translated version
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
Subscribe Newsletter to get update, notification
Sarawak News - Jul 3, 2009 - 0 Comments
Kedah PR coalition facing collapse
More In Sarawak News
-
Jabu home and raring to work after heart surgery
-
Still long way to go in improving bus service
-
Villagers want NCR land surveyed before JV deal
-
MITI vows initiatives to keep M’sia competitive
-
Anwar’s appeal dismissed
Iban, Sarawak News - Jul 3, 2009 - 0 Comments
Takutka penemu asal, pesaka tuai lenyau
More In Iban
- ‘YB bula’ Aidan chunto pemanah pengari rayat
- Sibu agi lepas ari ulah bala gengster
- MCC neritka undang-undang bejual kaki lima
- Diperansang ngena teknologi gadung
- Gawai Tribal Fashion Fest 2009 tonjol rekaan fesyen berbentuk etnik














Leave a Reply