Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Sunday, November 30, 2008 - 0 Comments

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post - 17 views

Penanam hutan perlu dipercepat

KM bimbang pelaksanaan program itu agak lembap oleh sektor swasta

KUCHING: Program penanaman semula hutan perlu dipercepatkan bagi mengekalkan kelestarian alam semula jadi, lantas menjadikan industri perkayuan kekal sebagai penyumbang utama ekonomi negeri.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang berkata demikian, menambah beliau kini bimbang dengan pelaksanaan program itu yang agak lembap oleh sektor swasta.

Beliau berkata program yang dilaksanakan sejak 10 tahun lepas, mungkin akan diambil kerajaan jika keadaan demikian berterusan.

“Kita agak perlahan dalam (pelaksanaan) penanaman semula hutan. Kita tidak boleh membiarkan ia ketinggalan terlalu jauh.

“Jika program penanaman semula hutan berada terlalu di belakang, kita mungkin perlu memastikan ia masih bergerak ke depan walaupun terpaksa mencari dana untuk melaksanakan sendiri,” katanya malam kelmarin ketika berucap dalam majlis makan malam sempena sambutan ulang tahun kelima penubuhan Sarawak Forestry Corporation (SFC) di sini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Naroden Majais, Pengerusi SFC Sdn Bhd Datu Yusoff Hanifah, Setiausaha Tetap Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber Datu Wan Alwi Wan Hashim dan Pengarah Urusan SFC Datu Len Talif Salleh.

Jumlah hutan yang ditanam semula di seluruh Sarawak pada masa ini ialah 300,000 hektar berbanding sejuta hektar yang disasarkan kerajaan untuk dicapai pada tahun 2020.

Penanaman semula hutan melibatkan spesies-spesies pokok yang cepat matang, iaitu 10 peratus lebih pantas berbanding spesies semula jadi.

Sehubungan itu, beliau berkata kejayaan program berkenaan membolehkan Sarawak menghasilkan lebih banyak kayu meskipun keluasan kawasan yang ditanam semula meliputi 20 peratus daripada keluasan hutan di negeri ini.

“Jika sasaran sejuta hektar hutan ditanam semula, ia mampu menghasilkan 15 juta meter padu setahun, dan mengurangkan kebergantungan kepada balak-balak dari hutan semula jadi,” ujar beliau.

Dalam masa yang sama, Taib memuji SFC kerana melaksanakan peranan sebaik mungkin dalam pengurusan sumber semula jadi selepas bergelut dengan pelbagai masalah pada peringkat permulaan penubuhannya.

Menurutnya penubuhan SFC mampu mengatasi kelemahan ketika peranan menjaga alam semula jadi masih dalam bidang kuasa Jabatan Hutan.

“Kini SFC kita mempunyai badan separa korporat atau lebih kepada syarikat swasta yang berkuasa bukan hanya mengawal selia dan mencari kesalahan sektor swasta.

“Tetapi lebih penting (SFC) dapat bekerjasama dengan sektor swasta dalam apa juga hal berkaitan alam semula jadi,” katanya.

Bookmark and Share
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Talk about it in our forum

Random Posts

Leave a Reply

Comment

Captcha
Enter the letters you see above.

Mysarawak talk

translated version

English flagItalian flagKorean flagChinese (Simplified) flagGerman flagFrench flagSpanish flagJapanese flagDutch flagDanish flagSwedish flag 
Web Solution
My Proton Community
Online Mall
  • we appreciated wif govermnt implementation to make bukt sadok as location to rem...
    Said poor lady on 2009-07-03 15:47:50
  • rentap adalah pejuang iban yang berasal dari skrang betong.beliau terkenal keran...
    Said poor lady on 2009-07-03 15:43:43
  • mcm maner nk dapatkan borang kemasukan polis bantuan...
    Said khairul on 2009-07-01 15:37:56
  • Dear Mr. Naroden We need the huge quantity of Tapioca chip about 6000MT/month...
    Said LAU on 2009-06-30 18:09:28
  • DO u have any pic in that day???...
    Said eric eddie on 2009-06-28 16:15:56
  • hey along.. tak yah nak post comment.. tak der business ko rang, apa pulak lesn?...
    Said milopeng on 2009-06-27 10:20:31
  • Saya salah seorang anggota polis bantuan dan ingin meluahkan rasa kecewa,saya te...
    Said MR KAMAL on 2009-06-26 21:38:11
  • Macam mana along tak kaya. Saya adalah seorang kakitangan kerajaan ynag ada blac...
    Said kakitangan kerajaan yang ada blacklist. on 2009-06-26 19:55:13
  • korang kte pe?? aku nak tau gak...aku bdk perlis..tp aku ska sjarah RENTAP hmm...
    Said chuchuKy on 2009-06-26 16:30:17
  • The passing of the legend, the only one left in this world. Gone too soon....
    Said Gallivanter on 2009-06-26 14:09:19
  • Hai semua. Sekiranya anda atau sesiapa yang ingin MENJUAL kelapa sawit. Saya ber...
    Said hayati on 2009-06-25 16:32:24
  • haiiiii...
    Said e onesyah on 2009-06-25 00:13:54
  • Do anyone of you have the contact number of Senator Mahalinggam?? if yes, please...
    Said Thilagavathy Sevelinggam on 2009-06-22 11:09:48
  • Diambi ari sukut berita:Sebana Menua Kuching, - Penduduk dari Rumah Ranggong ...
    Said sadamenua on 2009-06-21 13:48:35
  • saya sebenarnya ingin memohon kerja sebagai polis bantuan… persoalan saya: 1...
    Said ku azuan bin ku ajib on 2009-06-20 18:04:55
  • Subscribe Newsletter to get update, notification

    *Your email address:
    *Enter the security code shown:
     

    Sarawak News - Jul 3, 2009 - 0 Comments

    Kedah PR coalition facing collapse

    More In Sarawak News


    Iban, Sarawak News - Jul 3, 2009 - 0 Comments

    Takutka penemu asal, pesaka tuai lenyau

    More In Iban


    Sarawak News, Tempatan - Jul 3, 2009 - 0 Comments

    Penyalahgunaan inhalan meningkat

    More In Tempatan