Peningkatan status sosioekonomi sebabkan pertambahan kes-kes penyakit yang berkait rapat dengan cara hidup
KUCHING: Peningkatan status sosioekonomi negara memperlihatkan pertambahan dalam kes-kes penyakit tidak berjangkit, yang sentiasa berkait rapat dengan cara hidup.
Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai berkata Malaysia tidak terkecuali daripada negara-negara lain di seluruh dunia mengalami peningkatan dalam penyakit-penyakit seperti obesiti dan masalah kesihatan mental.
“Dalam kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Kedua 1996 misalnya, sebanyak 16.6 peratus orang dewasa didapati berlebihan berat badan dan 4.4 peratus lagi obesiti.Ini bermakna satu daripada lima orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan.
“Selain itu, kajian susulan pada tahun 2006 juga menunjukkan bahawa masalah berat badan telah mencatat peningkatan kepada 29.1 peratus manakala obesiti kepada 14 peratus,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Ketua Setiasaha Kementerian Kesihatan Malaysia Dato Sri Dr Mohd Nasir Mohd Ashraf di sini semalam.
Beliau berkata demikian sempena majlis perasmian program Citrasihat anjuran Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia dan Kerajaan Negeri.
Liow berkata berikutan pertambahan dalam kes-kes obesiti itu maka beliau tidak menolak kemungkinan bahawa penyakit seperti kardiovaskular, kencing manis dan darah tinggi akan terus meningkat dari semasa ke semasa.
“Begitu juga dengan mas-alah kesihatan mental… kajian pada 2006 membuktikan bahawa 11.2 peratus golo-ngan dewasa berhadapan dengan masalah itu menerusi tanda-tanda umum seperti sukar tidur dan tertekan,” ujarnya.
Liow berpendapat untuk mencegah dan merawat penyakit itu dari awal, semua pihak perlu mengamalkan gaya hidup sihat selain memakan pemakanan seimbang.
“Masyarakat sendiri hen-daklah berusaha mengubah cara hidup mereka dan me-ngekalkan cara hidup sihat.
“Untuk berubah, seseorang individu itu harus memilih membuat perubahan kepada cara hidup sihat dan berusaha ke arahnya serta yakin kepada diri sendiri,” katanya.




