Sarawak News - Found on mysarawak.org. Posted on Monday, November 24, 2008 - 0 Comments

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post -

Unimas kaji kesan hidu gam

 

Kajian dijangka menghasilkan input bagi penyediaan garis panduan dalam merangka program pencegahan

KUCHING: Satu kajian tentang kesan perbuatan menghidu gam sedang dijalankan di Sarawak dalam usaha membanteras masalah itu yang dianggap lebih serius daripada penyalahgunaan dadah di peringkat akar umbi.

Pengarah Agensi Anti Dadah Sarawak Jasni Jubli berkata Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) diberi tugas menjalankan kajian itu dengan menjadikan bandar raya Kuching sebagai fokus.

“Mereka masih di peringkat mengumpul data yang diperlukan, yang diharap boleh dijadikan asas dalam strategi kami untuk memerangi masalah itu,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Kata beliau para penyelidik juga cuba mencari punca utama kenapa wujudnya kegiatan menghidu gam di sini, di samping mengenal pasti mereka yang terjebak dengan masalah sosial itu. Jasni berkata kajian itu dijangka menghasilkan input berguna bagi penyediaan garis panduan serta arah tuju dalam merangka program pencegahan kegiatan menghidu gam.

Katanya walaupun belum ada undang-undang yang memperuntukkan hukuman terhadap penghidu dan pengedar gam, namun agensi itu tetap memberi perhatian terhadap masalah berkenaan kerana ia mungkin memberi kesan jangka panjang kepada pelaku.

Ditanya tentang perbezaan antara kajian yang dijalankan sekumpulan penyelidik daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 2004 dan yang dijalankan oleh Uni-mas, beliau berkata UiTM menjalankan kajian atas inisiatif sendiri manakala Unimas menjalankannya atas permintaan agensi itu.

Kajian oleh UiTM, dikatakan yang julung kali diadakan tentang penggunaan dan penyalahgunaan bahan yang boleh mengubah keadaan minda manusia di negeri ini, mendapati pelajar di beberapa sekolah di kawasan pesisir pantai Sarawak terlibat dengan kegiatan menghidu gam, cecair pemadam dan bahan pencair cat. Para penyelidik daripada kampus UiTM Shah Alam yang memberi fokus terhadap masyarakat nelayan di Asajaya, Sematan, Simunjan, Kabong, Pusa, Belawai, Mato dan Daro membuat kesimpulan bahawa para penagih gam mudah mendapatkan pengganti bahan itu bagi melepaskan ketagihan mereka.

Kajian itu juga menunjukkan bahawa ketiadaan undang-undang bagi menghukum penghidu dan peniaga gam, maka bahan itu mudah didapati, termasuk daripada tukang kasut di kampung-kampung yang menjualnya pada harga RM2.50 setin.

— Bernama



Share
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Free advertise 1iklan.com.my
malaysian blog
Wavee - A Rewarding Auction and a Shopping Experience
mysarawak on Facebook

Random Posts

Leave a Reply

Comment

Mysarawak talk

translated version

English flagItalian flagKorean flagChinese (Simplified) flagGerman flagFrench flagSpanish flagJapanese flagDutch flagDanish flagSwedish flag 
By N2H
Email to us

Archives

Polls

Beginning Jan 1 the minimum price of a 20-pack of cigarettes has been set at RM6.40

View Results

Loading ... Loading ...
Web Solution
  • SEMINAR SEHARI BERSAMA PAKAR : IKAN KELI TARIKH : 7 JUN 2010 TEMPAT : Setiu, T...
    Said syah on 2010-03-11 09:20:42
  • Comment by yao siew Lian — March 9, 2010 @ 8:03 PM | Reply 2.Ven. Phra Piya ...
    Said andy fong on 2010-03-10 22:33:13
  • Comment by yao siew Lian — March 9, 2010 @ 8:03 PM | Reply 2.Ven. Phra Piya ...
    Said andy fong on 2010-03-10 22:04:17
  • fuck the NRD!! nepotism, bribary, corrupted,pukima i know that eventhough im ye...
    Said gogoa on 2010-03-08 14:48:51
  • Selamat sejahtera, saya ingin memohon pekerjaan sebagai polis bantuan. Persoalan...
    Said Hairmie Arabi on 2010-03-06 15:42:14
  • Saya ingin memohon kerja sebagai polis bantuan… persoalan saya: 1. Dimanakah...
    Said Nazrul Farhan on 2010-02-23 20:21:23
  • Saya sangat berminat bekerja sebagai Polis Bantuan.Harap tuan Mengambil saya seb...
    Said ZUHAIRI Sungkai Parak on 2010-02-22 15:48:16
  • Oh no, he passed away? It's got to be more thn 10 years ago when i played the v...
    Said Alex on 2010-02-14 19:07:10
  • saya berminat nak jadi polis bantuan tapi lagi elok klau dpat polis betul leh x...
    Said rony mizwar on 2010-02-13 02:18:55
  • Saya berminat untuk berkhidmat untuk polis bantuan,Bagaimana masuk polis bantuan...
    Said SEE SIP KEAT on 2010-02-06 17:45:48
  • harap-harap 3G servia sampai kawasan Bau..susah la online pakai broadband tapi t...
    Said gerks on 2010-01-26 19:20:51
  • Assalamualikum n salam satu malaysia semua,saya telah memulakan ternakan keli dl...
    Said irwan on 2010-01-26 13:19:04
  • saya ingin menyetai pasukan polis bantuan atau sukarelawan di sibu sarawak magai...
    Said lee jyh boon on 2010-01-26 09:26:52
  • Sarawak perlukan perpaduan yang kukuh untuk maju....
    Said chris on 2010-01-23 23:01:09
  • Haha?!..apa lu ceta...
    Said Ejal al on 2010-01-23 22:43:45
  • Saya bekas anggota tentera laut malaysia dan saya berminat untuk berkhidmat untu...
    Said Syahrilnizan.Sabri on 2010-01-19 11:21:39
  • nk sgt cepat ..kan da cepat kena tangkap......
    Said gmie on 2010-01-18 08:51:01
  • hi sy oma.. macam mana nak dapatkan borang polis ni.....
    Said oma on 2010-01-16 09:44:47
  • sy iela... sy mmg mint nk jd polis ni tp sy tak tahu kat mana nk daptkn borng.....
    Said iela on 2010-01-09 13:53:01
  • jual hormon untuk penbenirhan ikan keli dan lain lain ikan air tawar . sila hub...
    Said ong on 2010-01-07 11:07:37
  • Subscribe Newsletter to get update, notification

    *Your email address:
    *Enter the security code shown:
     

    Find us on twitter

    mysarawak.org on twitter

    Berita Tempatan, Sarawak News - Mar 15, 2010 - 0 Comments

    Waspada baca laman blog

    More In Sarawak News


    Iban, Sarawak News - Dec 30, 2009 - 0 Comments

    Begandin ngemajuka Sarawak

    More In Iban


    Sarawak News, Tempatan - Dec 30, 2009 - 0 Comments

    Pemburu haram ditahan

    More In Tempatan