Categorized | Sarawak News

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post

Vesel nelayan asing disyaki menjual diesel bersubsidi

TANJUNG MANIS: Ada pihak mendakwa wujud kegiatan penjualan diesel bersubsidi oleh vesel nelayan yang dikendalikan warga asing.

Sumber yang kerap berurusan dengan para nelayan di Pelabuhan Perikanan Bersepa-du Tanjung Manis (PPBTM) berkata, vesel laut dalam disyaki menjual diesel dengan harga RM2 seliter berbanding harga belian RM1.43.

“Pernah saya ditanya oleh se-orang nelayan warga asing mengapa kerajaan kita tidak menurunkan lagi harga minyak.

“Ini membuatkan saya lebih syak dengan aktiviti penjualan minyak yang dijalankan mereka di tengah laut,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Sumber itu memberitahu, vesel nelayan laut dalam diberikan kuota antara 25,000 hingga 28,000 liter sebulan.

Katanya, setiap sekilogram ikan yang didaratkan di PPBTM melayakkan mereka membeli seliter diesel bersubsidi daripada LKIM.

Utusan Borneo yang berada di PPBTM baru-baru ini cuba mendapatkan jumlah pendaratan ikan daripada kakitangan LKIM yang sedang mencatatkan jumlah ikan didarat-kan dari sebuah vesel nelayan laut dalam, tetapi gagal.

Beliau meminta agar me-rujuk kepada Jabatan Per-ikanan yang kemudiannya memberi jawapan “tanya de-ngan LKIM”.

Apakah ini menunjukkan ada sesuatu yang ingin disembunyikan.

Untuk rekod, LKIM yang menguruskan PPBTM turut mengendalikan urus niaga diesel bersubsidi untuk vesel-vesel nelayan dikendalikan warga asing.

LKIM Tanjung Manis memberitahu, jumlah vesel nelayan yang beroperasi di PPBTM sehingga Oktober lepas ialah sebanyak 147 buah.

Sumber berkenaan turut memberitahu, jumlah sebenar ikan yang didaratkan adalah lebih sedikit berbanding yang direkodkan oleh LKIM.

“Ini bertujuan membolehkan sesebuah bot dapat membeli lebih banyak diesel. Makin banyak mereka dapat beli, banyak juga diesel yang mereka dapat jual,” katanya.

Leave a Reply

blog comments powered by Disqus
Subscribe to NewsLetter
*Your email address:
*Enter the security code shown:
 
Follow us on
  • Polls
    • Could Taib’s cousin Norah be the next Sarawak’s Chief Minister?

      View Results

      Loading ... Loading ...