|
MIRI: Kerajaan berikthiar mengurangkan kes kemala-ngan jalan raya di seluruh negara dengan meletakkan sasaran dua kematian bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar dalam tempoh dua tahun lagi.
Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia dari Ibu Pejabat Putrajaya, Salim Parlan berkata antara pendekatan yang digunakan untuk mencapai sasaran itu ialah dengan meningkatkan kesedaran yang lebih tinggi di kalangan pengguna jalan raya, selain menguatkuasakan peraturan lalu lintas menerusi beberapa siri operasi.
Beliau yang bimbang dengan trend kes kemalangan sentiasa meningkat setiap tahun berkata sasaran kerajaan itu bagaimana pun memerlukan sokongan semua pihak khususnya pengguna jalan raya, yang mana mereka dikehendaki lebih bertanggungjawab ketika memandu atau membonceng motosikal.
“Kita berharap pada tahun 2010 kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia dapat dikurangkan kepada dua kes bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar di seluruh negara,” ujar beliau ketika mengadakan sidang media di sini malam Jumaat lalu.
Pada masa sama, beliau turut mengingatkan semua pengguna jalan raya terutama pemandu kenderaan supaya tidak memandang remeh tugas penguatkuasaan undang-undang jalan raya sepertimana yang dilaksanakan jabatannya serta agensi penguatkuasaan lain.
Tambahnya, penguat- kuasaan undang-undang yang dilakukan JPJ merupakan matlamat akhir jabatannya dalam menguatkuasakan undang-undang yang antara lain bertujuan mendidik pengguna jalan raya supaya sen-tiasa mematuhi semua peraturan dan undang-undang sedia ada.
“Semua pihak harus faham, kita (JPJ) melaksanakan tugas berdasarkan undang-undang untuk keselamatan semua pihak terutama ketika berada di jalan raya dan bukannya bertujuan menyusahkan mereka,” tegas beliau.
Justeru semua pihak tegasnya tidak harus merungut dan mempertikaikan tindakan JPJ dalam menguatkuasakan undang-undang terhadap mereka yang melakukan kesalahan lalu lintas di jalan raya.
Salim juga menambah penguatkuasaan yang dilakukan menerusi beberapa siri ope-rasi seperti Ops Tutup yang diadakan di negeri ini sejak 17 November lalu dan ber-akhir 30 November ini juga sejajar dengan matlamat ke-rajaan untuk mengurangkan kadar kematian akibat ke-malangan.
“Biarlah sikap patuh pada undang-undang jalan raya satu amalan ketika memandu dan bukannya hanya diamalkan semasa operasi atau sekatan jalan raya dijalankan oleh pihak JPJ mahupun polis,” ujar beliau lanjut.
Hadir sama pada sidang media itu ialah Pengarah JPJ Sarawak Abd Hamed Akob dan Pemangku Ketua Cawangan JPJ Miri, Hashim Keram.
Salim juga menyeru semua pihak supaya sentiasa memberi kerjasama kepada para anggota JPJ yang menjalankan tugas demi keselamatan semua pihak.
|
Leave a Reply