Sarawak News - Found on mysarawak.org. Posted on Sunday, November 23, 2008 - 0 Comments

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post - 1 views

Laporan serangan seksual dikeluarkan bulan depan

 

Petugas khas yang diwujud untuk menyiasat dakwaan skandal terbabit telahpun menyelesaikan siasatan mereka, kata Ng

KUALA LUMPUR: Hasil siasatan berhubung dakwaan serangan seksual terhadap wanita dan pelajar perempuan kaum Penan oleh pembalak di pedalaman Sarawak akan dikeluarkan bulan depan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata sebuah pasukan petugas khas yang diwujudkan untuk menyiasat dakwaan itu sejak skandal terbabit didedahkan September lepas, telahpun menyelesaikan siasatan mereka.

“Mereka baru saja pulang dari Sarawak. Kami telah mendengar cerita daripada kedua-dua pihak. Sekarang ini kami menunggu laporan siasa-tan polis.

“Kami akan menyiasat sehingga ke akar umbi dan menanganinya dengan cara yang paling telus,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata tumpuan kementerian terarah kepada memastikan hak kaum wanita sentiasa didukung, dan ini bermakna mengadakan ujian DNA ke atas mangsa bagi mengesan penjenayah terbabit sekiranya perlu. Dakwaan itu muncul apabila laman web Bruno Manser Foundation menyiarkan artikel yang mendakwa yayasan itu menerima maklumat daripada sumber kaum Penan bahawa wanita muda dan pelajar perempuan kaum Penan dirogol oleh pekerja balak di pedalaman Baram. Dalam perkembangan lain, Dr Ng berkata Akta Kanak-kanak 2001 yang ketika ini di peringkat akhir semakan, akan diserahkan kepada Kabinet awal tahun depan dan dibentangkan di Parlimen menjelang akhir tahun depan.

Beliau berkata pindaan baru itu akan turut memuatkan Dasar Perlindungan Kanak-kanak (CPP) dengan penubuhan mekanisme bagi mengesan kanak-kanak yang hilang merupakan sebahagian besar daripada dasar berkenaan.

Katanya sebuah Jabatan Kanak-kanak juga akan ditubuhkan menjelang 2010 bagi menangani semua aspek berhubung hak kanak-kanak termasuk pendidikan, penjagaan kesihatan dan kebajikan.

Terdahulu, Dr Ng berkata beliau akan mengetuai sebuah delegasi terdiri daripada pegawai dari Kementerian Dalam Negeri, Pejabat Peguam Negara, Badan Bukan Kerajaan selain kementeriannya ke Kongres Dunia kali ketiga Menentang Eksploitasi Seksual Kanak-kanak dan Remaja di Rio De Janeiro, Brazil mulai 25 hingga 28 Nov.

Beliau berkata persidangan itu akan menangani pelbagai isu berkaitan eksploitasi seksual ke atas kanak-kanak termasuk pemerdagangan kanak-kanak untuk tujuan seks, pornografi dan buruh.

— Bernama

Bookmark and Share
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Talk about it in our forum

Random Posts

Leave a Reply

Comment

Captcha
Enter the letters you see above.

Mysarawak talk

translated version

English flagItalian flagKorean flagChinese (Simplified) flagGerman flagFrench flagSpanish flagJapanese flagDutch flagDanish flagSwedish flag 
Web Solution
My Proton Community
Online Mall
  • we appreciated wif govermnt implementation to make bukt sadok as location to rem...
    Said poor lady on 2009-07-03 15:47:50
  • rentap adalah pejuang iban yang berasal dari skrang betong.beliau terkenal keran...
    Said poor lady on 2009-07-03 15:43:43
  • mcm maner nk dapatkan borang kemasukan polis bantuan...
    Said khairul on 2009-07-01 15:37:56
  • Dear Mr. Naroden We need the huge quantity of Tapioca chip about 6000MT/month...
    Said LAU on 2009-06-30 18:09:28
  • DO u have any pic in that day???...
    Said eric eddie on 2009-06-28 16:15:56
  • hey along.. tak yah nak post comment.. tak der business ko rang, apa pulak lesn?...
    Said milopeng on 2009-06-27 10:20:31
  • Saya salah seorang anggota polis bantuan dan ingin meluahkan rasa kecewa,saya te...
    Said MR KAMAL on 2009-06-26 21:38:11
  • Macam mana along tak kaya. Saya adalah seorang kakitangan kerajaan ynag ada blac...
    Said kakitangan kerajaan yang ada blacklist. on 2009-06-26 19:55:13
  • korang kte pe?? aku nak tau gak...aku bdk perlis..tp aku ska sjarah RENTAP hmm...
    Said chuchuKy on 2009-06-26 16:30:17
  • The passing of the legend, the only one left in this world. Gone too soon....
    Said Gallivanter on 2009-06-26 14:09:19
  • Hai semua. Sekiranya anda atau sesiapa yang ingin MENJUAL kelapa sawit. Saya ber...
    Said hayati on 2009-06-25 16:32:24
  • haiiiii...
    Said e onesyah on 2009-06-25 00:13:54
  • Do anyone of you have the contact number of Senator Mahalinggam?? if yes, please...
    Said Thilagavathy Sevelinggam on 2009-06-22 11:09:48
  • Diambi ari sukut berita:Sebana Menua Kuching, - Penduduk dari Rumah Ranggong ...
    Said sadamenua on 2009-06-21 13:48:35
  • saya sebenarnya ingin memohon kerja sebagai polis bantuan… persoalan saya: 1...
    Said ku azuan bin ku ajib on 2009-06-20 18:04:55
  • Subscribe Newsletter to get update, notification

    *Your email address:
    *Enter the security code shown:
     

    Sarawak News - Jul 4, 2009 - 0 Comments

    More incentives to lure airlines mulled

    More In Sarawak News


    Iban - Jul 4, 2009 - 0 Comments

    H1N1: Pemesai sekula lalek enda niki pangkat penemu kelalu renjan

    More In Iban


    Tempatan - Jul 3, 2009 - 0 Comments

    Penyalahgunaan inhalan meningkat

    More In Tempatan