|
Kementerian akan bertindak tegas terhadap 139,084 peminjam yang masih belum jelaskan pinjaman PTPTN berjumlah lebih RM 1bilion
KUCHING: Kementerian Pengajian Tinggi memberi amaran akan bertindak tegas terhadap 139,084 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melibatkan nilai pinjaman lebih RM1 bilion di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Ir Idris Haron.
Menurutnya, peminjam PTPTN perlu bersikap lebih bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran sendiri untuk menjelas- kan pinjaman bagi mem- bolehkan wang bayaran balik itu dijadikan ‘pusingan’ di-gunakan oleh pelajar seterusnya.
“Daripada 658,283 orang peminjam PTPTN yang menamatkan pengajian, 558,899 orang perlu menjelaskan bayaran balik pinjaman melibatkan RM1.98 bilion,” katanya sambil menambah 419,815 peminjam sedang menyelesaikan hutang mereka bernilai RM975.71 juta, manakala baki 139,084 peminjam lagi masih belum berbuat demikian.
“Kementerian melakukan pelbagai kaedah untuk mengutip balik hutang-hutang ini, termasuk ada cadangan menggunakan mekanisma KWSP, disenaraihitamkan serta me-lalui tindakan undang-undang,” katanya yang mewakili Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mohd Khaled Nordin ketika merasmikan Info Center PTPTN Sarawak di sini, semalam.
Idris berkata, PTPTN juga bersikap kompromi dengan memberi kelonggaran ter- hadap beberapa kes yang menyukarkan peminjam membuat pembayaran semula seperti bagi graduan yang masih menganggur atau me-ninggal dunia.
“Bagaimanapun, kementerian masih berpegang kepada pertimbangan dan budi bicara terhadap peminjam PTPTN yang belum menjelaskan bayaran balik pinjaman, cuma yang kurang menyenangkan hati ialah terdapat peminjam yang sudah stabil ekonominya tetap enggan menjelaskan hutang,” jelasnya.
Terdahulu, beliau mem-beritahu PTPTN melulus-kan pinjaman pendidikan kepada 1,254,596 orang pe-lajar dengan peruntukan dana berjumlah RM25.9 bilion sejak 1997 sehingga 31 Ogos 2008.
Diharap dengan penu- buhan Info Center PTPTN itu akan dapat menjadi sumber rujukan kepada semua institusi pengajian tinggi (IPT) dan ejen bank yang dilantik serta menjawab persoalan mengenai masalah berhu-bung isu pinjaman di kala-ngan pelajar.
“Terdapat 76,529 pinjaman PTPTN diluluskan kepada pelajar dari negeri ini dan pada masa yang sama, jumlah pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) juga semakin meningkat iaitu 18,239 setakat 30 September 2008,” tambahnya.
Kementerian juga berterima kasih kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) yang menyediakan pelbagai ke-mudahan untuk kegunaan PTPTN bagi menjayakan operasi Info Center PTPTN yang pertama dilancarkan di luar Semenanjung Malaysia.
“Selepas ini, kementerian merancang untuk menubuh-kan Info Center di Sabah,” katanya pada majlis yang turut dihadiri oleh Pengerusi PTPTN Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman, Timbalan Pengurus Besar BSN Norazian Ahmad Tajuddin dan Ketua Eksekutif PTPTN Yunos Abdul Ghani.
|
Leave a Reply