Sarawak News - Found on mysarawak.org. Posted on Friday, November 21, 2008 - 0 Comments
Email This Post
-
Print This Post
Tiada lagi WiFi percuma
Bermula tahun depan para pengguna di Miri akan dikenakan bayaran perkhidmatan untuk akses internet
MIRI: Pengguna-pengguna WiFi (Wireless Fidelity) di sini akan dikenakan bayaran perkhidmatan bermula tahun depan untuk membenarkan mereka mengakses internet di kawasan-kawasan Hotzone.
Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan, Lee Kim Shin memberitahu, pihak Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC) akan membuat tinjauan dan kajian untuk membolehkan mereka mendapat kadar bayaran yang sesuai dikenakan kepada pengguna WiFi.
“Keputusan dari tinjauan ini penting untuk membolehkan kadar bayaran yang dikenakan adalah sesuai untuk semua. Tanpa maklum balas daripada pengguna, kita tidak tahu apa yang mereka mahukan. Kita juga perlu tahu skala penggunaan (WiFi) di sesuatu kawasan.
“Kini kita masih membincangkan jenis dan rekaan borang tinjauan yang akan diedarkan kepada pengguna. Selain Miri, tinjuan juga akan dibuat di bahagian Bintulu,” jelasnya selepas mempengerusikan mesyuarat bersama jawatankuasa Broadband Stakeholder Group Miri (BSGM) di Pejabat Residen petang semalam.
Hadir sama ialah Pengarah Teknologi dan Standards MyICMS Yow Lock Sen dan Pengarah DANAWA Resources Sdn Bhd Abdul Rahman Sepawie.
Miri telah dipilih sebagai projek perintis Pelan Jalur Lebar Kebangsaan (NBP) dan mempertanggungjawabkan kepada BSGM menukar Miri sebagai bandaraya WiFi.
NBP Sarawak telah dilancarkan di Miri pada Disember 2006 yang membenarkan pengguna WiFi di sini mengakses internet secara percuma selama dua tahun yang berakhir penghujung tahun ini.
“Kita tidak akan dapat menyediakan perkhidmatan yang percuma selamanya,” jelas Lee.
Dalam Fasa Kedua NBP di sini, BSGM akan terus memastikan penembusan gelombang WiFi yang lebih jelas di seluruh bandar Miri yang bermula dari Universiti Teknologi Curtin kampus Sarawak di Senadin ke SMK Agama di Bakam.
Beliau memberitahu BSGM bertujuan untuk membentuk komuniti berpengetahuan dan komuniti ekonomi berasaskan ilmu, memastikan penerimaan isyarat 100 peratus di bandar dan pinggir bandar dan memastikan kadar pembayaran khidmat jalur lebar yang berpatutan untuk semua.
Menurut Lee, syarikat Danawa dan SACOFA dipertanggungjawabkan untuk menyediakan alat-alat penerimaan WiFi berupa Boosters dan Access Point (AP) untuk kegunaan syarikat, kediaman dan individu di sini.
Syarikat SACOFA juga telah dipertanggungjawabkan untuk membina menara komunikasi di negeri ini
Dalam tempoh dua tahun, sebanyak 70 tiang antena didirikan di kawasan-kawasan strategik yang membolehkan 70 peratus kawasan di Miri menerima WiFi termasuk di 19 buah sekolah.
Lee berkata, penerimaan WiFi di Desa Senadin, Lapangan Terbang Miri, Taman Bumiko dan Lembaga Pelabuhan Miri juga akan diperkuatkan.
“Seramai 33,249 orang telah mendaftar sebagai ahli deConneXion yang dijangka bertambah sehingga 40,000 orang pada hujung tahun ini setelah kawasan penembusan Wifi akan diperluaskan”.
Dalam pada itu, 10.5 peratus kawasan kediaman di Sarawak ditembusi WiFi dan 12.8 peratus dari 21 penduduk Sarawak merupakan ahli deConneXion.
Pengguna boleh menghantar e-mel ke alamat support@deconnexion atau menghubungi talian perkhidmatan broadband iaitu 082-252039 untuk maklumat lanjut.
translated version
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
Sarawak News - Jan 9, 2009 - 0 Comments
Public to assess MBKS
More In Sarawak News
- Western Digital workers might not be laid off after all, says Dr Chan
- 177 employers flouted immigration rules
- Kuching City Mall to be completed in 2011
- Nyarok denies BN uses headmen to influence voters
- Company ordered to refund over RM5,600 to customer
- ‘Cleanliness of Sibu town to be further improved’
- Man maintains innocence in ex-wife assault case
Iban - Jan 9, 2009 - 0 Comments
Anwar engka ditagang masuk kitu
More In Iban
- Berunding tebuka nerima pemansang
- Hari chukup kiruh ba SMK Marudi
- Temegah ati ngembuan main asal ke chulin
- Bansa Seru semina tinggal dalam pengingat
- Batang adat Iban kenyau ari kelia menya
- 18,000 temuai masuk Limbang nyerumba Krismas, kemisi sekula
- Orang gawa perintah dipinta ngaul pangan diri
Tempatan - Jan 9, 2009 - 0 Comments
Pemeriksaan intensif kesan HFMD
More In Tempatan
- Pengerembai positif industri musik Dayak
- SPDP bincang kesejahteraan rakyat, kata Entri
- Tiga perompak bersenjata geledah rumah hampir 10 jam
- Kuota subsidi beras dipantau
- Tambah keanggotaan kepada 700,000
- Pakai baju seragam atau denda RM300
- Sekolah bercirikan asrama penuh
mySarawak










Leave a Reply