Sarawak News - Found on mysarawak.org. Posted on Wednesday, November 19, 2008 - 0 Comments

Email This Post Email This Post - Print This Post Print This Post

Waspada kemungkinan berlaku banjir

Penduduk kawasan tengah dinasihati berjaga-jaga ekoran air pasang besar

SIBU: Penduduk di kawasan tengah terutama yang tinggal di tebing Batang Rajang atau kawasan rendah dinasihati mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya banjir.

Pemangku Residen Sibu Ismail Mohd Hanis berkata, ini ekoran fenomena air pasang besar yang berlaku dengan kerap pada dua bulan terakhir ini, yang pada satu masa mencecah ketinggian sehingga 6.3 meter.

“Sekiranya ditambah lagi dengan hujan berterusan yang lebat di kawasan hulu atau setempat, ia boleh menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan penempatan di tebing sungai atau kawasan rendah,” ujarnya dalam satu kenyataan media, semalam.

Sehubungan itu, satu mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bantuan dan Bencana Bahagian Sibu telah diadakan baru-baru ini bagi mendengar maklum balas daripada jabatan serta agensi yang berkaitan.

Secara keseluruhan, beliau berpuas hati dengan tahap persiapan dan kesiapsiagaan agensi serta jabatan terbabit yang terdiri daripada polis, tentera, Jabatan Kesihatan, Jabatan Parit dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kebajikan Masyarakat, majlis perbandaran, Jabatan Pertahanan Malaysia, Bomba, Rela serta Pejabat-pejabat Daerah.

Menurut Ismail lagi, Bilik Gerakan Banjir di setiap Pejabat Daerah telah diaktifkan dan buat masa ini dibuka pada waktu pejabat sahaja iaitu dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Masa ini boleh dilanjutkan sehingga jam 6 atau 8 malam bergantung kepada penelitian keadaan semasa,” jelas beliau sambil menambah Bilik Gerakan akan dipindah ke Sri Rajang sekiranya keadaan memerlukan atau adanya operasi pemindahan mangsa serta penyaluran bantuan bekalan dilakukan.

Dalam pada itu, Ismail turut menasihati orang ramai agar mendapatkan maklumat terkini dan tepat berkaitan ramalan cuaca, paras air pasang dan hujan melalui media cetak serta elektronik.

Selain itu, katanya, orang ramai harus membuat persiapan awal yang patut termasuk menambah stok simpanan barang keperluan dan mengalihkan barang ke tempat yang lebih tinggi.

“Semasa banjir, utamakan keselamatan nyawa dan harta benda. Jangan biarkan anak-anak bermain air banjir dan apabila diminta berpindah, berpindahlah dengan segera,” ujar Ismail.

Untuk sebarang pertanyaan, Bilik Gerakan Pejabat Daerah Sibu boleh dihubungi melalui talian 084-330219/330244, Pejabat Daerah Kanowit (084-752963) dan Pejabat Daerah Selangau (084-366035).

Leave a Reply

Comment

Captcha
Enter the letters you see above.

translated version

English flagItalian flagKorean flagChinese (Simplified) flagGerman flagFrench flagSpanish flagJapanese flagDutch flagDanish flagSwedish flag 
my sarawak auction
mysarawak forum
Web Solution
My Proton Community
Online Mall
  • Saya seorang anggota POLIS BANTUAN di sebuah sayrikat minyak milik negara amat k ...
    Said sah on 2009-01-09 12:46:14
  • Saya amat bersetuju dengan saranan supaya diperbanyakkan sekolah asrama penuh ba ...
    Said zool on 2009-01-08 19:38:12
  • Can i know more about the phone. ...
    Said David Chong on 2009-01-08 14:14:57
  • apu nama kebuah rinting nya baka nya kah udah gila kali .............aku kena ri ...
    Said bujan tasik jauh rmh sawing on 2009-01-04 07:59:37
  • hello YB......SARAWAK TAK KIRA DARI BN ATAU PUN DAP ,SANP.PRS,SPDP ,DAN SEMUA YB ...
    Said bujang ari tasik napoli italy asal rmh sawing nanga ngungun ..... on 2009-01-03 07:51:17
  • Actually ada daripada mereka yang tinggal kat rumah panjang Dok ini asalnya oran ...
    Said mr x on 2009-01-01 14:21:44
  • bujang nanga ngungun rumah sawing 96700 kwit wai /////AKU MERIK TERIMA KASIH AGI ...
    Said bujang ari tasik jauh din ba menua napoli italy on 2008-12-31 21:48:06
  • saya sebenarnya ingin memohon kerja sebagai polis bantuan... persoalan saya: ...
    Said laila on 2008-12-31 10:18:47
  • bullshit andrew..ingat new dayak generation bodoh ka..next election will prove i ...
    Said akuler on 2008-12-30 17:07:12
  • Has anyone, just anyone of us ever make a study on the causes of road accidence ...
    Said Kesian on 2008-12-29 22:50:20
  • YB sarawak ni diam ajak kat Parlimen. Takut ke. Cuba contohi YB dari Sabah yang ...
    Said Nyumbuh Tunggal on 2008-12-29 13:48:42
  • Saya salah seorang anggota polis bantuan ,dan ingin meluahkan rasa kecewa,saya t ...
    Said Safry Bin Baloog on 2008-12-26 09:56:37
  • Sarawak News - Jan 9, 2009 - 0 Comments

    Public to assess MBKS

    More In Sarawak News


    Iban - Jan 9, 2009 - 0 Comments

    Anwar engka ditagang masuk kitu

    More In Iban


    Tempatan - Jan 9, 2009 - 0 Comments

    Pemeriksaan intensif kesan HFMD

    More In Tempatan