Sarawak News - Found on mysarawak.org. Posted on Wednesday, November 19, 2008 - 0 Comments
Email This Post
-
Print This Post
Kecewa dalam kelegaan
Rakyat sambut baik penurunan harga bahan api, tetapi terkilan kerana harga barang masih mahal
SIBU: Penurunan harga bahan api di pasaran dunia disambut lega oleh masyarakat di sini, lebih-lebih lagi dengan pengumuman penurunan harga minyak oleh pihak kerajaan, kelmarin.
Namun demikian, rata-rata rakyat masih kecewa dan terkilan terhadap harga barang runcit yang tinggi meskipun harga minyak yang telah diturunkan sebanyak lima kali sejak Ogos lepas.
Seorang pekerja stor di sebuah syarikat swasta di sini, Bennet Paulus, 42, melahirkan rasa lega terhadap penurunan harga minyak selepas ‘bergelut’ selama lima bulan dengan masalah kenaikan mendadak harga bahan api sejak Jun lepas.
“Saya berasa amat bersyukur dengan penurunan harga bahan api yang telah diumumkan oleh kerajaan kita kelmarin… ia dapat mengurangkan bebanan yang kami hadapi selama ini,” katanya kepada Utusan Borneo ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, sebelum penurunan terbaru harga bahan api, beliau terpaksa berbelanja RM10 bagi kegunaan tiga hari untuk berulang-alik dari tempat kerjanya di Jalan Hulu Lanang dan rumahnya di Sibu Jaya dengan jarak kira-kira 18 kilometer.
“Sekarang (hari ini) saya membelanjakan sebanyak RM6 sahaja untuk perbelanjaan petrol dan saya percaya ia boleh digunakan sehingga lima hari atau lebih,” ujar beliau.
Katanya lagi, walaupun harga bahan api sudah diturunkan tetapi harga barang runcit di pasaran masih belum menunjukkan tanda-tanda akan turun, sekali gus membebankan golongan berpendapatan rendah.
“Dahulu, harga bahan api dan barang runcit masing-masing mengalami kenaikan. Tapi apabila harga minyak turun, harga barang runcit masih mahal,” jelasnya.
“Saya berharap harga barang runcit dapat diturunkan selepas ini sejajar dengan penurunan harga bahan api supaya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.”
Sementara itu, Toni Jenudin, 46, yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah syarikat menjual alat ganti jentera berat di Jalan Lanang, turut gembira kerana harga minyak semakin turun.
“Penurunan kali kelima sejak Ogos ini telah meredakan sedikit sebanyak masalah yang kami hadapi walaupun harga barang di pasaran masih belum diturunkan.
“Masalah harga bahan api yang (dahulunya) mahal bolehlah dikatakan ‘selesai’ tetapi masalah harga barang masih belum ada perubahan,” kata Tony sambil menyeru agar kerajaan mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan harga barang di pasaran juga diturunkan.
Liba Langi, 33, seorang mekanik di sebuah syarikat swasta di Jalan Then Kung Suk pula berkata, harga barang masih sukar diturunkan selaras dengan penurunan harga minyak.
“Secara tidak langsung, harga barang yang sukar diturunkan masih menjadi beban berat kepada kami yang berpendapatan rendah,” jelasnya.
“Sekarang semua harga barang keperluan masih tiada perubahan (mahal). Perbelanjaan bulanan keluarga saya banyak dipengaruhi oleh harga barang. Semua ini gara-gara kenaikan harga minyak lima bulan lepas.”
Dalam pada itu, Hii Yu Kuai, 50, yang bekerja sebagai pemandu lori, tidak ketinggalan melahirkan rasa kecewa kerana penurunan harga minyak tidak mampu mempengaruhi penurunan harga barang.
“Kami dari golongan berpendapatan rendah tidak dapat merasakan sebarang perubahan. Sebaliknya, perubahan tersebut hanya mempengaruhi pembelanjaan bahan api seharian kerana saya berulang-alik dari Sibu Jaya ke tempat kerja di Jalan Hulu Lanang,” jelasnya.
Justeru, beliau berharap para peniaga dapat mengurangkan harga barang memandangkan harga minyak di negara ini telah turun, selaras penurunan harga minyak di pasaran antarabangsa.
“Kami pun sama cari makan seperti para peniaga. Tapi, janganlah menaikkan harga barang sehingga menjejaskan pembelanjaan bulanan kami yang berpendapatan rendah,” kata Hii lagi.
Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan kerajaan untuk mengurangkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa semalam.
Harga runcit untuk petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2 seliter, petrol RON92 dikurangkan 15 sen kepada RM1.90 seliter, manakala harga diesel dikurangkan 15 sen kepada RM1.90.
translated version
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
Sarawak News - Jan 9, 2009 - 0 Comments
Public to assess MBKS
More In Sarawak News
- Western Digital workers might not be laid off after all, says Dr Chan
- 177 employers flouted immigration rules
- Kuching City Mall to be completed in 2011
- Nyarok denies BN uses headmen to influence voters
- Company ordered to refund over RM5,600 to customer
- ‘Cleanliness of Sibu town to be further improved’
- Man maintains innocence in ex-wife assault case
Iban - Jan 9, 2009 - 0 Comments
Anwar engka ditagang masuk kitu
More In Iban
- Berunding tebuka nerima pemansang
- Hari chukup kiruh ba SMK Marudi
- Temegah ati ngembuan main asal ke chulin
- Bansa Seru semina tinggal dalam pengingat
- Batang adat Iban kenyau ari kelia menya
- 18,000 temuai masuk Limbang nyerumba Krismas, kemisi sekula
- Orang gawa perintah dipinta ngaul pangan diri
Tempatan - Jan 9, 2009 - 0 Comments
Pemeriksaan intensif kesan HFMD
More In Tempatan
- Pengerembai positif industri musik Dayak
- SPDP bincang kesejahteraan rakyat, kata Entri
- Tiga perompak bersenjata geledah rumah hampir 10 jam
- Kuota subsidi beras dipantau
- Tambah keanggotaan kepada 700,000
- Pakai baju seragam atau denda RM300
- Sekolah bercirikan asrama penuh
mySarawak










Leave a Reply