Sarawak News - Found on mysarawak.org. Posted on Thursday, October 30, 2008 - 0 Comments

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post -

Banjir di Baram tidak berubah

 

Jawatankuasa bencana sewa bot ekspres hantar bantuan makanan ke Baram Tengah dan Tutoh-Apoh

MARUDI: Keadaan banjir di Baram masih tidak berubah termasuk pekan Marudi berikutan hujan yang masih turun di hulu sungai dan turut menyebabkan air dari sungai yang melimpah di kawasan Tutoh-Apoh serta Baram Tengah terus meningkat.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Baram yang juga Pegawai Daerahnya, Joseph Belayong memberitahu keadaan paras banjir masih meningkat berikutan hujan lebat malam semalam di kawasan Tutoh dan Baram Tengah.

Katanya, paras air naik sejak pukul 5 pagi semalam dan sudah mencecah enam kaki.

“Paras air naik semakin tinggi pagi ini (semalam) berikutan air pasang besar, yang menyebabkan air sungai Baram semakin melimpah dan turut meningkatkan paras banjir dari satu hingga dua kaki, termasuk di pekan Marudi,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

“Dalam pada itu, sebuah lagi sekolah rendah terpaksa ditutup iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Sharif Hamid dan dua buah Tabika Kemas di Kampung  Dagang dan Narum kerana paras air yang membahayakan murid-murid, selain turut menenggelamkan beberapa buah kelas di bangunan yang lebih rendah,” katanya lagi.

Terdahulu Joseph turut turun padang memantau keadaan banjir menggunakan khidmat helikopter selain menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di kawasan Taman Negara Gunung Mulu, Long Panai, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tutoh-Apoh, penempatan Penan di Long Iman dan Batu Bungan tengah hari semalam.

Turut mengiringi beliau membuat pemantauan dari udara dan menghantar barangan bantuan itu ialah Pegawai Kebajikan Bahagian Miri, Mohammad Seman.

Manakala pada sebelah pagi semalam, Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Baram turut menyewa sebuah bot ekspres untuk menghantar bantuan segera ke kawasan hulu dan tengah Baram.

Rombongan jawatankuasa yang menaiki bot ekspres itu berlepas jam 10 pagi semalam itu dan diketuai oleh Pegawai Kebajikan Daerah, Joseph Talie.  Mereka menghantar bantuan makanan berupa termasuk gula, susu, beras dan sebagainya kepada mangsa banjir di Logan Sibong, Long Ikang, Sekolah Kebangsaan (SK) Long Ikang, Long Banyok, Uma Akeh, Long Puak dan rumah panjang yang di tepi Sungai Baram dalam zon Baram Tengah termasuk Kuala Tutoh.

Sementara itu tinjauan Utusan Borneo di Marudi, mendapati hampir seluruh bangunan rumah kedai, pejabat di pekan di ini sudah mulai dinaiki air, sekurang-kurangnya empat inci menyebabkan beberapa pejabat dan kedai terpaksa ditutup.

Dalam pada itu, keadaan banjir ini pula diambil kesempatan oleh beberapa penduduk yang menawarkan perkhidmatan ‘menghantar’ orang awam menggunakan perahu dengan mengenakan tambang antara RM3 hingga RM5 seorang, berdasarkan jarak perjalanan mereka.

Malah tidak kurang juga yang cuba mengaut keuntungan dengan menjual minyak petrol dengan harga RM8 sebotol kerana kekurangan bekalan.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cawangan Marudi, Peterus Raja memberitahu pihaknya telah pun bersedia menghadapi bencana banjir dengan menyediakan pelbagai bantuan seperti peralatan memasak, 400 buah periuk dan kuali untuk diagihkan kepada mangsa yang memerlukan dan dipindahkan ke tempat sementara.



Share
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Free advertise 1iklan.com.my
malaysian blog
Wavee - A Rewarding Auction and a Shopping Experience
mysarawak on Facebook

Random Posts

Leave a Reply

Comment

Mysarawak talk

translated version

English flagItalian flagKorean flagChinese (Simplified) flagGerman flagFrench flagSpanish flagJapanese flagDutch flagDanish flagSwedish flag 
Email to us

Archives

Polls

Beginning Jan 1 the minimum price of a 20-pack of cigarettes has been set at RM6.40

View Results

Loading ... Loading ...
Web Solution
  • Opportunity for MCA to end long-drawn crisis
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Lima maut, lima lagi parah
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Snapshots of success
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Girls’ doubles title stays in Asia
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • I will not pull out from contest — Tee Keat
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Rural devt will not be left behind in NEM, Najib assures
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Respect religious beliefs of other people — Jabu
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Murugiah: Plight not forgotten
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Aim to become suppliers, Dayaks told
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Creating country’s latest rice bowl under 10MP — Rohani
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Five killed in head-on collision
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Blood suckers on the prowl
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Teddy bears to hold and cherish
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • Woman charged with murdering own baby
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • Baitulmal peruntuk RM20j bantu pelajar miskin: Daud
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • Chong Wei eyes world title, Thomas Cup
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • More friendlies this weekend
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • ECS eyes over RM1b in annual revenue
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • Buddha Kaya Wat donates food items to Salvation Army Children’s Home
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • Chong Wei and Misbun Sidek — a perfect Malaysian pair
    Saturday, March 20, 2010 - 0 Comments
  • how 2 bcum police officer........
    Said hanu on 2010-03-21 21:26:02
  • SEMINAR SEHARI BERSAMA PAKAR : IKAN KELI TARIKH : 7 JUN 2010 TEMPAT : Setiu, T...
    Said syah on 2010-03-11 09:20:42
  • Comment by yao siew Lian — March 9, 2010 @ 8:03 PM | Reply 2.Ven. Phra Piya ...
    Said andy fong on 2010-03-10 22:33:13
  • Comment by yao siew Lian — March 9, 2010 @ 8:03 PM | Reply 2.Ven. Phra Piya ...
    Said andy fong on 2010-03-10 22:04:17
  • fuck the NRD!! nepotism, bribary, corrupted,pukima i know that eventhough im ye...
    Said gogoa on 2010-03-08 14:48:51
  • Selamat sejahtera, saya ingin memohon pekerjaan sebagai polis bantuan. Persoalan...
    Said Hairmie Arabi on 2010-03-06 15:42:14
  • Saya ingin memohon kerja sebagai polis bantuan… persoalan saya: 1. Dimanakah...
    Said Nazrul Farhan on 2010-02-23 20:21:23
  • Saya sangat berminat bekerja sebagai Polis Bantuan.Harap tuan Mengambil saya seb...
    Said ZUHAIRI Sungkai Parak on 2010-02-22 15:48:16
  • Oh no, he passed away? It's got to be more thn 10 years ago when i played the v...
    Said Alex on 2010-02-14 19:07:10
  • saya berminat nak jadi polis bantuan tapi lagi elok klau dpat polis betul leh x...
    Said rony mizwar on 2010-02-13 02:18:55
  • Saya berminat untuk berkhidmat untuk polis bantuan,Bagaimana masuk polis bantuan...
    Said SEE SIP KEAT on 2010-02-06 17:45:48
  • harap-harap 3G servia sampai kawasan Bau..susah la online pakai broadband tapi t...
    Said gerks on 2010-01-26 19:20:51
  • Assalamualikum n salam satu malaysia semua,saya telah memulakan ternakan keli dl...
    Said irwan on 2010-01-26 13:19:04
  • saya ingin menyetai pasukan polis bantuan atau sukarelawan di sibu sarawak magai...
    Said lee jyh boon on 2010-01-26 09:26:52
  • Sarawak perlukan perpaduan yang kukuh untuk maju....
    Said chris on 2010-01-23 23:01:09
  • Haha?!..apa lu ceta...
    Said Ejal al on 2010-01-23 22:43:45
  • Saya bekas anggota tentera laut malaysia dan saya berminat untuk berkhidmat untu...
    Said Syahrilnizan.Sabri on 2010-01-19 11:21:39
  • nk sgt cepat ..kan da cepat kena tangkap......
    Said gmie on 2010-01-18 08:51:01
  • hi sy oma.. macam mana nak dapatkan borang polis ni.....
    Said oma on 2010-01-16 09:44:47
  • sy iela... sy mmg mint nk jd polis ni tp sy tak tahu kat mana nk daptkn borng.....
    Said iela on 2010-01-09 13:53:01
  • Subscribe Newsletter to get update, notification

    *Your email address:
    *Enter the security code shown:
     

    Find us on twitter

    mysarawak.org on twitter

    Our Stand, Sarawak News - Mar 21, 2010 - 0 Comments

    Opportunity for MCA to end long-drawn crisis

    More In Sarawak News


    Iban, Sarawak News - Dec 30, 2009 - 0 Comments

    Begandin ngemajuka Sarawak

    More In Iban


    Sarawak News, Tempatan - Dec 30, 2009 - 0 Comments

    Pemburu haram ditahan

    More In Tempatan