Sarawak News, Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Saturday, October 25, 2008 - 0 Comments
Email This Post
-
Print This Post
Penduduk mahu jalan raya Bario-Miri
Sudah lama penduduk mahu hubungan darat bagi mudahkan mereka bergerak
MIRI: Penduduk di kawasan dataran tanah tinggi Bario, sebuah kawasan pedalaman kira-kira 300km dari sini, sudah sekian lama mengidam kemudahan jalan raya menghubungkan kawasan penempatan mereka dengan bandar Miri.
Ahli Parlimen Lawas, Henry Sum Agong, berkata beliau sering mendengar keluhan lebih 2,500 penduduk Bario untuk mendapatkan hubungan darat antara tanah tinggi mereka, kira-kira 2,000m di atas paras laut, ke bandar Miri.
“Sebagai wakil rakyat, saya menyebelahi mereka dan isu rancangan hubungan jalan raya dari Bario ke Miri tidak harus diperdebatkan.
“Itu sahaja diidamkan oleh kesemua penduduk Bario sejak sekian lama,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi semalam.
Henry berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan oleh sebuah kumpulan pencinta alam sekitar tempatan, Borneo Resources Institute (BRI), yang mendakwa cadangan jalan raya Bario-Miri akan merosakkan alam sekitar secara kekal.
Tanpa merujuk kepada mana-mana projek tanah tinggi sebelum ini, penyelaras BRI Sarawak Raymond Abin dipetik oleh sebuah akhbar hairan sebagai berkata projek jalan raya itu akan membawa kepada kemusnahan alam sekitar di Bario.
Abin juga melahirkan kebimbangannya bahawa pembinaan jalan raya itu akan hanya sebagai “alasan untuk membuka dataran tinggi Bario kepada pengeluaran kayu balak”.
Kecewa dengan kenyataan Abin itu, Henry berkata aktiviti pembalakan telah dijalankan sejak lama di kawasan pedalaman Sarawak dan beliau tidak memahami kenapa Abin memilih untuk mengulangi cadangan projek jalan raya itu untuk menekankan pendiriannya.
Katanya kerajaan negeri sepanjang masa telah menggunakan syarat ketat sebelum mengeluarkan lesen mengeluarkan balak kepada sebarang syarikat sebelum sebarang aktiviti pembalakan dijalankan.
“Jika kita tunduk kepada gesaan kumpulan pencinta alam sekitar maka penduduk tidak akan menyalahkan mereka tetapi saya, sebagai wakil rakyat dan kerajaan kerana gagal membawa pembangunan,” katanya.
— Bernama
translated version
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
Sarawak News - Jan 9, 2009 - 0 Comments
Public to assess MBKS
More In Sarawak News
- Western Digital workers might not be laid off after all, says Dr Chan
- 177 employers flouted immigration rules
- Kuching City Mall to be completed in 2011
- Nyarok denies BN uses headmen to influence voters
- Company ordered to refund over RM5,600 to customer
- ‘Cleanliness of Sibu town to be further improved’
- Man maintains innocence in ex-wife assault case
Iban - Jan 9, 2009 - 0 Comments
Anwar engka ditagang masuk kitu
More In Iban
- Berunding tebuka nerima pemansang
- Hari chukup kiruh ba SMK Marudi
- Temegah ati ngembuan main asal ke chulin
- Bansa Seru semina tinggal dalam pengingat
- Batang adat Iban kenyau ari kelia menya
- 18,000 temuai masuk Limbang nyerumba Krismas, kemisi sekula
- Orang gawa perintah dipinta ngaul pangan diri
Tempatan - Jan 9, 2009 - 0 Comments
Pemeriksaan intensif kesan HFMD
More In Tempatan
- Pengerembai positif industri musik Dayak
- SPDP bincang kesejahteraan rakyat, kata Entri
- Tiga perompak bersenjata geledah rumah hampir 10 jam
- Kuota subsidi beras dipantau
- Tambah keanggotaan kepada 700,000
- Pakai baju seragam atau denda RM300
- Sekolah bercirikan asrama penuh
mySarawak










Leave a Reply