Sarawak News, Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Saturday, October 25, 2008 - 1 Comment
Email This Post
-
Print This Post
Pemberian tender perlu disiasat
Ada sesuatu tidak kena dalam proses pemberian tender berkaitan sekolah kendalian JPN dan PKP, dakwa Persatuan Penjaja-penjaja dan Peniaga-peniaga Kecil Bumiputera Sarawak
KUCHING: Ada sesuatu yang tidak kena dan perlu disiasat dalam proses pemberian tender berkaitan sekolah yang dikendalikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sarawak dan Pejabat Kewangan Persekutuan (PKP).
Yang Dipertua Persatuan Penjaja-penjaja dan Peniaga-peniaga Kecil Bumiputera Sarawak (PKBS) Nawawi Ibrahim mendakwa ada satu contoh agak pelik berlaku berkaitan pemberian Tender Perkhidmatan Pembersihan Kawasan dan Mencuci Bangunan berlaku baru-baru ini.
Katanya, perkara itu berlaku terhadap syarikat ahli persatuan berkenaan yang membabitkan tender bernilai lebih RM1 juta.
“Dalam satu kes baru-baru ini, seorang ahli persatuan kami mendakwa syarikatnya tidak memohon untuk mendapatkan ‘Tender Perkhidmatan Pembersihan Kawasan dan Mencuci Bangunan’.
“Tetapi dimaklumkan bahawa syarikatnya telah dipilih dan diberikan kontrak bagi menjalankan kerja-kerja di beberapa sekolah di satu bahagian di Sarawak,” kata-nya ketika ditemui di pejabat Utusan Borneo di sini, semalam.
Turut serta, Setiausaha Agung PKBS Kani-Isa Marican Sh. Ismail.
Setelah itu, pemilik syarikat berkenaan acapkali menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mahu melaksanakan kerja-kerja seperti termaktub dalam tender menerusi subkontrak.
Menurut Nawawi pemilik syarikat terbabit telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Kes berkenaan menimbulkan kehairanan di kalangan ahli-ahli PKBS yang mungkin wujud setelah prosedur dan sistem pemberi tender telah diubah.
“Prosedur biasa dalam proses pemberian tender selama ini ialah JPN akan memproses dan memberi cadangan syarikat kontraktor berdasarkan merit yang seterusnya akan disenarai pendek dan dikemukakan kepada PKP untuk diputuskan dalam mesyuarat lembaga tender,” katanya.
Tetapi prosedur itu telah diubah dan semua proses pemberian tender dilakukan di Kuala Lumpur.
Bagi memperbaiki ke- adaan dan memberi peluang kepada syarikat-syarikat kontraktor di Sarawak memperolehi tender, Nawawi seterusnya meminta JPN dan PKP menjelaskan proses dan prosedur dalam memohon tender.
“Kita mahu garis panduan yang jelas untuk semua kontraktor yang menyertai (permohonan sesuatu tender) agar senario seperti itu tidak berulang lagi,” katanya.
1 Comment
Leave a Reply
translated version
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
Sarawak News - Jan 9, 2009 - 0 Comments
Public to assess MBKS
More In Sarawak News
- Western Digital workers might not be laid off after all, says Dr Chan
- 177 employers flouted immigration rules
- Kuching City Mall to be completed in 2011
- Nyarok denies BN uses headmen to influence voters
- Company ordered to refund over RM5,600 to customer
- ‘Cleanliness of Sibu town to be further improved’
- Man maintains innocence in ex-wife assault case
Iban - Jan 9, 2009 - 0 Comments
Anwar engka ditagang masuk kitu
More In Iban
- Berunding tebuka nerima pemansang
- Hari chukup kiruh ba SMK Marudi
- Temegah ati ngembuan main asal ke chulin
- Bansa Seru semina tinggal dalam pengingat
- Batang adat Iban kenyau ari kelia menya
- 18,000 temuai masuk Limbang nyerumba Krismas, kemisi sekula
- Orang gawa perintah dipinta ngaul pangan diri
Tempatan - Jan 9, 2009 - 0 Comments
Pemeriksaan intensif kesan HFMD
More In Tempatan
- Pengerembai positif industri musik Dayak
- SPDP bincang kesejahteraan rakyat, kata Entri
- Tiga perompak bersenjata geledah rumah hampir 10 jam
- Kuota subsidi beras dipantau
- Tambah keanggotaan kepada 700,000
- Pakai baju seragam atau denda RM300
- Sekolah bercirikan asrama penuh
mySarawak










Kalau dah mula sedar ada yang tak kena tu, cepat-cepatlah letak jawatan atau buat lebih banyak lagi perkara yang tak betul sementara menunggu pihak yang berkenaan menyiasat. Ini dah tabiat orang kita. 25%…..apa itu????? Saya terkejut dengan istilah itu dan langsung tak tau apa maksud sebenarnya yang disebut-sebut oleh peserta kursus anjuran agensi kerajaan yang saya ikuti baru-baru ni. Tapi saya percaya ada maksud yang tersirat.
Saya rasa persoalan ini serupa saja……ada yang tak kena le tu…..