Sarawak News, Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Friday, October 24, 2008 - 0 Comments

Email This Post Email This Post - Print This Post Print This Post

Nelayan diganggu sindiket

Maklumat dikumpul Unit Risikan PGA menunjukkan terdapat insiden sindiket penyeludupan paksa nelayan tempatan jual diesel bersubsidi

KUCHING: Pihak polis tidak menolak kemungkinan nelayan-nelayan tempatan telah ‘diganggu’ oleh sindiket-sindiket menjual kuota minyak diesel subsidi mereka, yang kemudian akan dijual semula kepada kapal-kapal pukat tunda atau ladang-ladang di negeri ini.

Timbalan Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak, Timbalan Pesuruhjaya Abdul Manaf Abdul Razak berkata maklumat yang dikumpul oleh Unit Risikan PGA seakan-akan menunjukkan insiden-insiden sedemikian sedang berlaku di negeri ini, jika dilihat daripada rampasan melebihi 86,000 liter diesel subsidi dengan anggaran nilai sebanyak RM129,000 dalam tempoh kurang sebulan.

“Dari bulan September hingga 21 Oktober, tiga insiden berasingan berlaku di kawasan Bintawa dengan bahan api subsidi telah ditemui. Lima tangkapan turut dibuat dalam dua daripada tiga insiden tersebut,” kata Manaf pada sidang media di ibu pejabat PGA di Batu Kawa semalam.

Beliau menambah kata, suspek-suspek dan diesel yang dirampas sudah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk siasatan lanjut.

“Berdasarkan maklumat yang kami kumpul, kami percaya ada kemungkinan sebuah sindiket atau lebih terbabit dalam kegiatan menyeludup bahan api subsidi, dan nelayan-nelayan tempatan telah diganggu supaya menjual kuota mereka kepada sindiket berkenaan, yang seterusnya akan menjual semula bahan api tersebut sama ada kepada nelayan asing atau di ladang tempatan,” jelasnya.

Bila ditanya sama ada unsur-unsur gengsterisme terbabit dalam penyeludupan minyak atau tidak, Manaf berkata pihak polis sedang menyiasat perkara itu sepenuhnya untuk memastikan golongan samseng tidak cuba kembali ke negeri ini lagi selepas Ops Cantas Kenyalang.

Beliau juga memberitahu perkara itu sudah diajukan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) untuk siasatan lanjut.

Timbalan komander itu turut memberitahu PGA mencatatkan beberapa kejayaan berhubung dengan pembalakan haram dalam tempoh sama di mana mereka telah merampas mesin dan kayu balak haram bernilai RM1.1 juta di beberapa lokasi di Kuching, Bau, Kota Samarahan dan Lundu.

Beliau menjelaskan bahawa beberapa kayu balak yang dirampas termasuk kayu balak daripada beberapa pembalak berlesen, tetapi didapati menebang pokok-pokok di luar kawasan konsesi mereka, dan semua bukti yang dirampas sudah diserahkan kepada Unit Perlindungan Aset Sarawak (SAPU) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Manaf berkata kakitangan PGA juga berjaya menggagalkan usaha untuk menyeludup bir ke dalam negeri ini selepas tiga lelaki ditangkap dan sebuah van membawa 250 kotak bir dirampas di Jalan Kampung Semaba di sini pada bulan lepas.

Menurutnya bir yang dirampas bernilai lebih RM16,000 dan sudah diserahkan kepada Jabatan Kastam bersama suspek-suspek dan van terbabit untuk tindakan lanjut.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana memberi maklumat yang membawa kepada beberapa kejayaan mereka baru-baru ini dan mengalu-alukan kerjasama pada masa depan. Mereka yang ada maklumat mengenai aktiviti-aktiviti haram boleh menghubungi pejabat Unit Perisikan PGA di talian 082-587222 sambungan 236.

Sebelum sidang media, Manaf menghadiri perbarisan bulanan PGA di mana beliau mengingatkan para pegawai supaya memelihara standard etika yang tinggi mengelak diri daripada terjebak ke dalam aktiviti-aktiviti haram yang boleh membawa kepada tindakan disiplin ke atas mereka.

Dalam pada itu beliau mengingatkan anggota yang tinggal di kuarters PGA untuk memantau aktiviti-aktiviti anak-anak mereka ekoran laporan mengenai vandalisme yang berlaku dalam perkarangan ibu pejabat, dan menambah kata bahawa mereka yang melakukan kerosakan sebenarnya menyalahgunakan kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada kakitangan PGA.

Leave a Reply

Comment

Captcha
Enter the letters you see above.

translated version

English flagItalian flagKorean flagChinese (Simplified) flagGerman flagFrench flagSpanish flagJapanese flagDutch flagDanish flagSwedish flag 
my sarawak auction
mysarawak forum
Web Solution
My Proton Community
Online Mall
  • Saya seorang anggota POLIS BANTUAN di sebuah sayrikat minyak milik negara amat k ...
    Said sah on 2009-01-09 12:46:14
  • Saya amat bersetuju dengan saranan supaya diperbanyakkan sekolah asrama penuh ba ...
    Said zool on 2009-01-08 19:38:12
  • Can i know more about the phone. ...
    Said David Chong on 2009-01-08 14:14:57
  • apu nama kebuah rinting nya baka nya kah udah gila kali .............aku kena ri ...
    Said bujan tasik jauh rmh sawing on 2009-01-04 07:59:37
  • hello YB......SARAWAK TAK KIRA DARI BN ATAU PUN DAP ,SANP.PRS,SPDP ,DAN SEMUA YB ...
    Said bujang ari tasik napoli italy asal rmh sawing nanga ngungun ..... on 2009-01-03 07:51:17
  • Actually ada daripada mereka yang tinggal kat rumah panjang Dok ini asalnya oran ...
    Said mr x on 2009-01-01 14:21:44
  • bujang nanga ngungun rumah sawing 96700 kwit wai /////AKU MERIK TERIMA KASIH AGI ...
    Said bujang ari tasik jauh din ba menua napoli italy on 2008-12-31 21:48:06
  • saya sebenarnya ingin memohon kerja sebagai polis bantuan... persoalan saya: ...
    Said laila on 2008-12-31 10:18:47
  • bullshit andrew..ingat new dayak generation bodoh ka..next election will prove i ...
    Said akuler on 2008-12-30 17:07:12
  • Has anyone, just anyone of us ever make a study on the causes of road accidence ...
    Said Kesian on 2008-12-29 22:50:20
  • YB sarawak ni diam ajak kat Parlimen. Takut ke. Cuba contohi YB dari Sabah yang ...
    Said Nyumbuh Tunggal on 2008-12-29 13:48:42
  • Saya salah seorang anggota polis bantuan ,dan ingin meluahkan rasa kecewa,saya t ...
    Said Safry Bin Baloog on 2008-12-26 09:56:37
  • Sarawak News - Jan 9, 2009 - 0 Comments

    Public to assess MBKS

    More In Sarawak News


    Iban - Jan 9, 2009 - 0 Comments

    Anwar engka ditagang masuk kitu

    More In Iban


    Tempatan - Jan 9, 2009 - 0 Comments

    Pemeriksaan intensif kesan HFMD

    More In Tempatan