Sarawak News, Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Friday, October 24, 2008 - 0 Comments

Email This Post Email This Post - Print This Post Print This Post

Membunuh tanpa niat, angkara

SIBU: Seorang pekerja binaan mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan membunuh tanpa niat rakan sekerjanya gara-gara cinta tiga segi, Mei tahun lepas.

Tertuduh, Ganda Geraman, terdahulu mengaku bersalah atas tuduhan alternatif iaitu menyebabkan kematian tanpa niat rakan sekerja yang dikenali sebagai Ringgit pada 3 Mei 2007, kira-kira jam 6 petang di Jalan Ding Lik Kwong.

Bagi pertuduhan alternatif itu, dia didakwa mengikut Seksyen 304(a), Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 30 tahun jika sabit dengan kesalahan.

Sementara itu, hakim Dr Hamid Sultan Abu Bakar yang mendengar kes menetapkan 10 November ini bagi menjatuhkan hukuman terhadap Ganda, yang diwakili oleh peguam bela Paul Liong.

Berdasarkan fakta kes yang dibacakan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zubir Jantan, hubungan tertuduh dan mangsa tidak baik kerana kedua-dua mereka sama-sama menyintai Dewi.

Bagaimanapun, Dewi lebih menyayangi mangsa, tetapi hubungan mereka tidak direstui oleh keluarga. Sebaliknya keluarga Dewi lebih suka kepada tertuduh meskipun Dewi tidak menyintainya.

Pada 3 Mei 2007, kira-kira jam 6 petang, ketika mangsa dan Dewi berjalan pulang dari kedai menuju ke rumah kongsi pekerja, mereka telah dihampiri oleh tertuduh yang sedang minum di kedai berhampiran.

Ini membawa kepada pergaduhan di antara Ganda dan mangsa di mana tertuduh telah menumbuk mangsa di bahagian muka, menyebabkan mangsa jatuh di atas jalan raya.

Tertuduh kemudian duduk di atas perut mangsa yang sedang terbaring serta menghentak kepala mangsa di atas jalan raya sebanyak tiga kali, selain menumbuk muka mangsa lebih sepuluh kali.

Melihat mangsa tidak berdaya lagi, tertuduh kemudian melarikan diri sebelum ditangkap oleh pihak polis pada 6 Mei 2007, di Rumah Sentok, Nanga Meruan, Selangau.

Leave a Reply

Comment

Captcha
Enter the letters you see above.

translated version

English flagItalian flagKorean flagChinese (Simplified) flagGerman flagFrench flagSpanish flagJapanese flagDutch flagDanish flagSwedish flag 
my sarawak auction
mysarawak forum
Web Solution
My Proton Community
Online Mall
  • Saya seorang anggota POLIS BANTUAN di sebuah sayrikat minyak milik negara amat k ...
    Said sah on 2009-01-09 12:46:14
  • Saya amat bersetuju dengan saranan supaya diperbanyakkan sekolah asrama penuh ba ...
    Said zool on 2009-01-08 19:38:12
  • Can i know more about the phone. ...
    Said David Chong on 2009-01-08 14:14:57
  • apu nama kebuah rinting nya baka nya kah udah gila kali .............aku kena ri ...
    Said bujan tasik jauh rmh sawing on 2009-01-04 07:59:37
  • hello YB......SARAWAK TAK KIRA DARI BN ATAU PUN DAP ,SANP.PRS,SPDP ,DAN SEMUA YB ...
    Said bujang ari tasik napoli italy asal rmh sawing nanga ngungun ..... on 2009-01-03 07:51:17
  • Actually ada daripada mereka yang tinggal kat rumah panjang Dok ini asalnya oran ...
    Said mr x on 2009-01-01 14:21:44
  • bujang nanga ngungun rumah sawing 96700 kwit wai /////AKU MERIK TERIMA KASIH AGI ...
    Said bujang ari tasik jauh din ba menua napoli italy on 2008-12-31 21:48:06
  • saya sebenarnya ingin memohon kerja sebagai polis bantuan... persoalan saya: ...
    Said laila on 2008-12-31 10:18:47
  • bullshit andrew..ingat new dayak generation bodoh ka..next election will prove i ...
    Said akuler on 2008-12-30 17:07:12
  • Has anyone, just anyone of us ever make a study on the causes of road accidence ...
    Said Kesian on 2008-12-29 22:50:20
  • YB sarawak ni diam ajak kat Parlimen. Takut ke. Cuba contohi YB dari Sabah yang ...
    Said Nyumbuh Tunggal on 2008-12-29 13:48:42
  • Saya salah seorang anggota polis bantuan ,dan ingin meluahkan rasa kecewa,saya t ...
    Said Safry Bin Baloog on 2008-12-26 09:56:37
  • Sarawak News - Jan 9, 2009 - 0 Comments

    Public to assess MBKS

    More In Sarawak News


    Iban - Jan 9, 2009 - 0 Comments

    Anwar engka ditagang masuk kitu

    More In Iban


    Tempatan - Jan 9, 2009 - 0 Comments

    Pemeriksaan intensif kesan HFMD

    More In Tempatan