Sarawak News, Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Friday, October 24, 2008 - 0 Comments
Email This Post
-
Print This Post
Jenayah pelajar di Sibu tidak membimbangkan
Polis dan pihak sekolah perlu perkukuh jalinan: Shafie
SIBU: Kejadian jenayah yang melibatkan golongan pelajar di Sibu adalah terkawal dan tidak membimbangkan.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail berkata, biarpun ada berlaku kejadian yang tidak disenangi di beberapa sekolah, namun ia hanya membabitkan kes pelanggaran dispilin dan berjaya diselesaikan oleh pihak sekolah sendiri.
Menurut beliau, ini termasuk kes seperti ponteng sekolah, merokok, lepak dan sebagainya yang melanggar arahan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
“Kita tidak dapat nafi berlaku kejadian yang tidak diingini di sekolah, namun ia perkara biasa yang hanya membabitkan insiden pelanggaran dispilin. Ia juga berjaya diselesaikan oleh pihak sekolah sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Permuafakatan Tindakan Antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Sibu yang diadakan di SMK Bandar Sibu pagi semalam.
Walaupun begitu, Shafie berkata, aspek disiplin perlu diutamakan dari peringkat awal kerana para pelajar terutamanya mereka yang berada di peringkat menengah, amat mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.
Oleh yang demikian, katanya, pihak sekolah serta PDRM perlu sentiasa berusaha memperkukuh dan menambah baik kerjasama yang terjalin selama ini.
“Pengetua serta guru besar tidak harus takut dan menyembunyikan perkara yang membabitkan disiplin para pelajar terutamanya daripada pihak polis. Ini bertujuan untuk memastikan langkah-langkah pencegahan dapat diperkemaskan sekali gus jenayah dapat dibanteras daripada peringkat akar umbi,” katanya.
Pada masa yang sama, Shafie memberi jaminan akan mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi di beberapa buah sekolah di sini.
Katanya, masalah itu akan diselesaikan secara berperingkat-peringkat kerana pihaknya kekurangan anggota, terutama di bahagian trafik.
Shafie turut memberitahu pihaknya akan sentiasa mendapatkan perkembangan terkini sekolah melalui pegawai PDRM yang dipertanggungjawabkan menjadi perantara pihak polis dan sekolah-sekolah di sini.
Sementara itu, Pegawai Pelajaran Gabungan Sibu Wong Chong Kung dalam ucapannya berharap masalah dispilin di sekolah sentiasa menjadi keutamaman kedua-dua pihak (PDRM dan sekolah).
Majlis permuafakatan tersebut, katanya, perlu diteruskan sebagai platform untuk membincangkan masalah yang berkaitan dengan pelajar.
Seramai 26 pengetua dan tiga guru besar dari sekolah-sekolah bahagian Sibu hadir pada majlis tersebut.
translated version
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
Sarawak News - Jan 9, 2009 - 0 Comments
Public to assess MBKS
More In Sarawak News
- Western Digital workers might not be laid off after all, says Dr Chan
- 177 employers flouted immigration rules
- Kuching City Mall to be completed in 2011
- Nyarok denies BN uses headmen to influence voters
- Company ordered to refund over RM5,600 to customer
- ‘Cleanliness of Sibu town to be further improved’
- Man maintains innocence in ex-wife assault case
Iban - Jan 9, 2009 - 0 Comments
Anwar engka ditagang masuk kitu
More In Iban
- Berunding tebuka nerima pemansang
- Hari chukup kiruh ba SMK Marudi
- Temegah ati ngembuan main asal ke chulin
- Bansa Seru semina tinggal dalam pengingat
- Batang adat Iban kenyau ari kelia menya
- 18,000 temuai masuk Limbang nyerumba Krismas, kemisi sekula
- Orang gawa perintah dipinta ngaul pangan diri
Tempatan - Jan 9, 2009 - 0 Comments
Pemeriksaan intensif kesan HFMD
More In Tempatan
- Pengerembai positif industri musik Dayak
- SPDP bincang kesejahteraan rakyat, kata Entri
- Tiga perompak bersenjata geledah rumah hampir 10 jam
- Kuota subsidi beras dipantau
- Tambah keanggotaan kepada 700,000
- Pakai baju seragam atau denda RM300
- Sekolah bercirikan asrama penuh
mySarawak










Leave a Reply