Sarawak News, Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Friday, October 24, 2008 - 0 Comments
Email This Post
-
Print This Post
20 keluarga pesawah Pergau rugi puluhan ribu ringgit
MATU: Lebih 20 keluarga pesawah mendakwa kerugian berpuluh-puluh ribu ringgit selepas sawah padi mereka seluas 30 hektar musnah akibat sistem perparitan yang tidak sempurna di Kampung Pergau di sini, sejak Ogos lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pergau, Omar Omaiyah Mahaldom berkata, masalah itu berpunca daripada tiada tindakan pihak berkaitan untuk membersihkan sebatang parit berdekatan yang tersumbat.
Air parit yang melimpah ke sawah, katanya, menenggelam sekali gus merosakkan tanam-an padi yang menjadi sumber rezeki utama pesawah di kawasan itu.
“Penanam padi Pergau kini dihimpit kesusahan. Kawasan yang terletak kira-kira setengah kilometer dari Kampung Pergau itu merupakan periuk nasi mereka untuk mencari nafkah bagi menyara keluarga. Jika tiada tindakan, petani di sini akan terus menderita,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.
Omar berkata, pesawah ter-babit menanggung kerugian besar kerana setiap hektar tanaman padi mereka mampu menghasilkan pendapatan antara RM1,500 hingga RM2,000 semusim.
Justeru, katanya, JKKK Kampung Pergau telah menghubungi pihak bertanggungjawab beberapa kali sebelum ini untuk mencari jalan penyelesaian terhadap dilema mereka, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan menyusul.
Parit yang terletak di tepi jalan utama Kampung Pergau itu mesti diselenggara sekurang-kurangnya dua kali setahun, bukannya dua tahun sekali seperti yang berlaku pada waktu ini, tambahnya.
Jarak tempoh penyelenggaraan yang terlalu lama, kata-nya, mengakibatkan parit ber-kenaan ditumbuhi semak sa-mun dan akhirnya tersumbat.
“Masalah akan bertambah buruk ketika musim hujan. Sistem peparitan yang tidak sempurna menyebabkan tanaman kami musnah sama se-kali,” katanya.
Sehubungan itu, ujarnya, pihaknya juga telah merujuk masalah berkenaan kepada Ahli Parlimen Igan, Datuk Wahab Dolah yang bermurah hati untuk membina sebatang parit alternatif sebagai jalan penyelesaian jangka pendek.
“Mujurlah beliau menyalurkan bantuan kilat dengan membina sebatang parit baru sebagai alternatif untuk menyelesaikan (sementara) masalah itu. Usaha berkenaan melegakan kami di sini,” katanya sambil merayu pihak terbabit agar membersihkan parit yang tersumbat itu dengan segera.
translated version
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
Sarawak News - Jan 9, 2009 - 0 Comments
Public to assess MBKS
More In Sarawak News
- Western Digital workers might not be laid off after all, says Dr Chan
- 177 employers flouted immigration rules
- Kuching City Mall to be completed in 2011
- Nyarok denies BN uses headmen to influence voters
- Company ordered to refund over RM5,600 to customer
- ‘Cleanliness of Sibu town to be further improved’
- Man maintains innocence in ex-wife assault case
Iban - Jan 9, 2009 - 0 Comments
Anwar engka ditagang masuk kitu
More In Iban
- Berunding tebuka nerima pemansang
- Hari chukup kiruh ba SMK Marudi
- Temegah ati ngembuan main asal ke chulin
- Bansa Seru semina tinggal dalam pengingat
- Batang adat Iban kenyau ari kelia menya
- 18,000 temuai masuk Limbang nyerumba Krismas, kemisi sekula
- Orang gawa perintah dipinta ngaul pangan diri
Tempatan - Jan 9, 2009 - 0 Comments
Pemeriksaan intensif kesan HFMD
More In Tempatan
- Pengerembai positif industri musik Dayak
- SPDP bincang kesejahteraan rakyat, kata Entri
- Tiga perompak bersenjata geledah rumah hampir 10 jam
- Kuota subsidi beras dipantau
- Tambah keanggotaan kepada 700,000
- Pakai baju seragam atau denda RM300
- Sekolah bercirikan asrama penuh
mySarawak










Leave a Reply