Sarawak News, Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Wednesday, October 22, 2008 - 0 Comments

Email This Post Email This Post - Print This Post Print This Post

BDA hadapi cabaran besar laksana SCORE

Kerjasama semua pihak memastikan perancangan bagi 20 tahun akan datang dicapai

BINTULU: Dua puluh tahun akan datang merupakan tempoh yang mencabar bagi Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) berikutan pembangunan pesat industri dan bandar-bandar baru di bahagian ini, selaras dengan pelaksanaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) bermula di Similajau menghala ke Tanjung Manis.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Mohidin Ishak berkata, wa-laupun cabaran getir menanti, Bintulu yakin pelaksanaan projek-projek yang dirancang akan berjalan lancar.

“Dari sebuah pekan kecil 30 tahun lepas, Bintulu kini membangun menjadi sebuah bandar besar. Ini bukanlah usaha BDA sahaja, tetapi semua pihak yang turut menyumbang ke arah kemajuannya,” katanya semasa berucap pada Majlis Makan Tengah Hari Bersama Media di Hotel Parkcity Everly di sini, semalam.

Mohidin berkata, segala pembangunan yang direncanakan kerajaan dalam tempoh 20 tahun akan datang bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, maka kerjasama segenap lapisan masyarakat adalah penting bagi memastikannya menjadi kenyataan.

“Memandangkan Bintulu berada di dalam kawasan pelaksanaan SCORE, kita boleh melihat bahagian ini bukan sahaja berkembang dan membangun di kawasan bandar, malah di luar bandar,” jelasnya.

“Di luar bandar, kita dapat melihat pembangunan pesat kawasan hutan untuk projek penanamam kelapa sawit,

pulpa dan kertas serta tanaman pokok hutan sejak 30 tahun lepas.”

Jelasnya, populasi penduduk di bahagian ini juga bertambah daripada 14,000 orang kepada lebih 100,000 dan dijangka mencecah 200,000 dalam tempoh tersebut.

“Pertambahan populasi penduduk bukan sahaja di kawasan bandar, malah di pinggir-pinggir bandar melibatkan kawasan industri sokongan, industri berat, rekreasi dan kawasan perumahan serta Daerah Perniagaan Berpusat (CBD),” katanya.

Menurutnya lagi, pembangunan Estet Perindustrian Samalaju Bintulu di Similajau yang telah diluluskan oleh kerajaan dengan keluasan 6,000 hektar yang menempatkan industri polisilikon Jepun, pembinaan kawasan pelabuhan laut dalam di bawah pelan induk serta loji peleburan aluminium, akan membawa cabaran lebih besar kepada Bintulu dalam usahanya menjadi bandar industri utama di negara ini.

Katanya, pembangunan bandar baru di Samalaju juga telah diluluskan oleh kerajaan dan lot-lot bagi pembinaan perumahan telah dikenal pasti di Similajau.

“Sejak 30 tahun lepas, populasi penduduk di bahagian ini telah berkembang dua kali ganda dan sempena ulang tahun ke-30 BDA, kita akan terus menumpukan usaha pembangunan bukan sahaja dari segi fizikal, malah sosial dan mental seperti yang disarankan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud,” katanya sambil menambah, untuk menjadi sebuah bandar raya, Bintulu perlu memberi tumpuan kepada semua aspek, khasnya mentaliti warganya.

Sehubungan itu, beliau berharap penduduk akan meningkatkan pembangunan mental mereka dengan mengamalkan kesedaran sivik serta bersedia untuk menghadapi segala cabaran sebagai warga bandar raya dengan tidak merosak atau memusnahkan kemudahan yang disediakan.

Mohidin berkata, selain Samalaju, sebuah lagi bandar baru yang akan diwujudkan ialah Samarakan di Tatau yang akan menempatkan kilang pulpa dan kertas.

Ditanya mengenai pelabur yang membuat tinjauan di Samalaju, beliau berkata sembilan pelabur dari negara-negara Korea, Taiwan, Timur Tengah dan Eropah telah mengkaji potensi kawasan berkenaan, manakala pelabur sedia ada dari Australia dan Jepun telah pun memeterai kontrak perjanjian bagi membangunkan industri di situ.

Sementara itu, katanya, pihak media memberikan sumbangan besar kepada Bintulu, sekali gus amat berharga bagi BDA yang menyambut ulang tahun ke-30 tahun ini.

“Media memainkan peranan peranan penting… peranan mereka tidak harus dipinggirkan. Anda (wartawan) telah memberi sumbangan yang besar dalam pembangunan Bintulu dengan menyampaikan maklumat-maklumat terkini mengenai perkembangan pembangunan dan projek-projek yang berlaku di Bintulu,” jelasnya.

“Terima kasih kepada anda atas sumbangan itu. Anda juga merupakan barisan hadapan yang berfungsi penting dalam memaparkan maklumat-maklumat penting dan sahih kepada orang ramai dan pelabur yang ingin melabur di bahagian ini.”

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pegurus Besar BDA Shukarmin Chasemon, Setiausaha BDA Mohd Bohari Kipli dan pengurus-pengurus kanan BDA.

Leave a Reply

Comment

Captcha
Enter the letters you see above.

translated version

English flagItalian flagKorean flagChinese (Simplified) flagGerman flagFrench flagSpanish flagJapanese flagDutch flagDanish flagSwedish flag 
my sarawak auction
mysarawak forum
Web Solution
My Proton Community
Online Mall
  • Saya seorang anggota POLIS BANTUAN di sebuah sayrikat minyak milik negara amat k ...
    Said sah on 2009-01-09 12:46:14
  • Saya amat bersetuju dengan saranan supaya diperbanyakkan sekolah asrama penuh ba ...
    Said zool on 2009-01-08 19:38:12
  • Can i know more about the phone. ...
    Said David Chong on 2009-01-08 14:14:57
  • apu nama kebuah rinting nya baka nya kah udah gila kali .............aku kena ri ...
    Said bujan tasik jauh rmh sawing on 2009-01-04 07:59:37
  • hello YB......SARAWAK TAK KIRA DARI BN ATAU PUN DAP ,SANP.PRS,SPDP ,DAN SEMUA YB ...
    Said bujang ari tasik napoli italy asal rmh sawing nanga ngungun ..... on 2009-01-03 07:51:17
  • Actually ada daripada mereka yang tinggal kat rumah panjang Dok ini asalnya oran ...
    Said mr x on 2009-01-01 14:21:44
  • bujang nanga ngungun rumah sawing 96700 kwit wai /////AKU MERIK TERIMA KASIH AGI ...
    Said bujang ari tasik jauh din ba menua napoli italy on 2008-12-31 21:48:06
  • saya sebenarnya ingin memohon kerja sebagai polis bantuan... persoalan saya: ...
    Said laila on 2008-12-31 10:18:47
  • bullshit andrew..ingat new dayak generation bodoh ka..next election will prove i ...
    Said akuler on 2008-12-30 17:07:12
  • Has anyone, just anyone of us ever make a study on the causes of road accidence ...
    Said Kesian on 2008-12-29 22:50:20
  • YB sarawak ni diam ajak kat Parlimen. Takut ke. Cuba contohi YB dari Sabah yang ...
    Said Nyumbuh Tunggal on 2008-12-29 13:48:42
  • Saya salah seorang anggota polis bantuan ,dan ingin meluahkan rasa kecewa,saya t ...
    Said Safry Bin Baloog on 2008-12-26 09:56:37
  • Sarawak News - Jan 9, 2009 - 0 Comments

    Public to assess MBKS

    More In Sarawak News


    Iban - Jan 9, 2009 - 0 Comments

    Anwar engka ditagang masuk kitu

    More In Iban


    Tempatan - Jan 9, 2009 - 0 Comments

    Pemeriksaan intensif kesan HFMD

    More In Tempatan