Categorized | Sarawak News

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post

BPBS kecam ‘rancangan jahat’ Pakatan Rakyat

Tindakan PKR tubuh kerajaan secara tidak demokratik dengan menarik Ahli Parlimen BN memalukan: Ongkili

KUDAT: Parti Bersatu Sabah (PBS) semalam mengecam rancangan jahat Pakatan Rakyat (PR) untuk menubuhkan kerajaan secara tidak demokratik dengan cuba menarik minat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pakatan pembangkang.

Timbalan Presiden PBS Datuk Dr Maximus Ongkili berkata usaha seperti itu adalah memalukan, tidak etika dan bahaya kerana tindakan itu boleh menimbulkan kekecohan politik dan menjejaskan ekonomi dalam negara.

Bercakap pada mesyuarat agung tahunan PBS Bahagian Banggi dan Tangjung Kapor di sini, beliau berkata rakyat harus menolak politik kotor yang disebarkan oleh pembangkang serta menolak tanggapan bahawa ahli politik yang dilantik di Malaysia “boleh dijual beli untuk semangkuk bubur politik”.

Ongkili, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, mengulangi bahawa mandat kukuh rakyat kepada BN pada pilihan raya umum 8 Mac lepas harus dihormati oleh semua pihak.

“Kenapa Pakatan degil dalam mencanangkan pembentukan sebuah kerajaan terdiri daripada ahli politik yang tidak berprinsip? Adakah kita mahu negara ini ditadbir oleh “ahli Dewan Rakyat katak” yang tentu menggadai hak rakyat,?” tanya beliau.

Ongkili meminta kerajaan mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan tindakan di bawah Akta Hasutan terhadap pemimpin atau mana-mana pihak yang mencetuskan kebimbangan awam dan ketakutan dengan menyebarkan pembohongan. — Bernama

Leave a Reply

blog comments powered by Disqus
Subscribe to NewsLetter
*Your email address:
*Enter the security code shown:
 
Follow us on
  • Polls
    • Could Taib’s cousin Norah be the next Sarawak’s Chief Minister?

      View Results

      Loading ... Loading ...