Sarawak News - Found on mysarawak.org. Posted on Tuesday, August 19, 2008 - 0 Comments
Email This Post
-
Print This Post
Media kesal kelemahan penganjuran Regata Baram belum diperbaiki
MARUDI: Wartawan daripada media cetak tempatan dan nasional melahirkan rasa kesal dengan kelemahan penganjuran Regata Baram Antarabangsa 2008 yang disifatkan ‘indah khabar daripada rupa’.
Beberapa wakil media mengadu sukar untuk mendapatkan buku atur cara bagi mengetahui acara yang berlangsung, siapa tetamu kehormat dan lokasi acara diadakan, di samping tidak mendapat kerjasama yang baik daripada ahli jawatankuasa penganjur ketika pihak media mahukan penerangan lebih lanjut mengenai sesuatu perkara atau acara.
Menurut mereka, kurangnya kerjasama ini sedikit sebanyak telah menjejaskan liputan yang menyeluruh terhadap lumba perahu yang begitu simbolik dengan sejarah negeri ini.
“Kurangnya kerjasama dan maklumat yang diperolehi menyebabkan beberapa acara tidak mendapat liputan menyeluruh dan ini menyebabkan kami berasa kesal kerana acara seperti ini sepatutnya boleh mendapat liputan yang meluas, bukan sahaja masa ia dilangsungkan malah sebelum ia bermula lagi,” demikian menurut seorang wartawan media nasional.
Katanya regata Baram amat menarik malah mempunyai potensi yang cukup besar untuk dipasarkan dalam sektor pelancongan dan juga sebagai tarikan pelancong, tetapi jika liputan media kurang memuaskan ia boleh menjejaskan usaha promosi tersebut.
Seorang lagi wartawan dari media tempatan berkata, beliau terkilan kerana sepatutnya pihak penganjur sudah lama bersedia kerana regata ini yang hanya diadakan sekali dalam tempoh tiga tahun.
“Ini merupakan kali kedua saya buat liputan untuk regata, namun kekurangan yang sama tetap berlaku. Kami kesal kerana penganjur sepatutnya menyediakan buku acara, tag nama dan pusat media untuk memudahkan kami membuat liputan.
“Bagaimanapun, kami kecewa kerana pada hari pertama sehingga hari terakhir buku program pun tidak disediakan. Apabila kami minta, pegawai yang ditugaskan memberitahu buku tersebut hanya untuk tetamu kehormat. Soalannya siapakah yang membuat liputan?”
Tambahnya, jawatankuasa penganjur sepatutnya menyediakan pusat media bagi memudahkan wartawan yang bertugas mendapatkan perkembangan terkini regata dan keputusan terkini perlumbaan.
Seorang lagi wartawan memberitahu, pihak penganjur mempunyai masa yang cukup panjang untuk membuat persiapan tetapi tidak tahu di mana silapnya peranan wartawan dan media seolah-olah tidak diperlukan sama sekali.
“Kita bercakap mengenai persiapan regata selama tiga tahun, bukannya tiga hari. Namun apa yang berlaku selama beberapa hari sepanjang membuat liputan regata kali ini amat mengewakan,” katanya kesal.
Beliau menambah, memburukkan lagi keadaan, apabila penganjur langsung tiada berkomunikasi dengan pihak media malah ada segelintir yang tidak mengendahkan dan cuba menggelak diri setiap kali wartawan mahu bertanya sesuatu perkara yang tidak jelas.
“Media mahu membuat liputan yang terbaik, namun keengganan ‘orang tertentu’ bekerjasama dan bersikap sombong mematahkan semangat kami untuk bekerja,” katanya yang turut marah dengan insiden tersebut.
Dalam pada itu, media memberi pujian dan penghargaan kepada Jabatan Penerangan yang bijak mengurus serta mengambil berat kebajikan wartawan sepanjang berlangsungnya Regata Baram mulai 14 hingga 17 Ogos lalu.
Lebih 10,000 orang membanjiri pekan Marudi di mana regata berkenaan dianjurkan setiap tiga tahun sekali dan secara langsung turut menjana ekonomi penduduk setempat, selama tiga hari ia diadakan.
translated version
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
Sarawak News - Jan 7, 2009 - 0 Comments
Three-way fight Jan 17
More In Sarawak News
- Vehicle owners with high intensity headlamps beware
- Takeover of abandoned bus routes not economical, says operator
- Two more juniors join Bukit Jalil
- Continue to support BN: Independent rep
- Cruise along the Rajang River
- Buy Malaysian Products campaign to be revived
- Farmer accused of causing death further detained
Iban - Jan 6, 2009 - 0 Comments
Hari chukup kiruh ba SMK Marudi
More In Iban
- Temegah ati ngembuan main asal ke chulin
- Bansa Seru semina tinggal dalam pengingat
- Batang adat Iban kenyau ari kelia menya
- 18,000 temuai masuk Limbang nyerumba Krismas, kemisi sekula
- Orang gawa perintah dipinta ngaul pangan diri
- Enggau ati andal ngadap taun baru
- Pasar Kapit sekut laban mensia ngalu
Tempatan - Jan 6, 2009 - 0 Comments
Kuota subsidi beras dipantau
More In Tempatan
- Tambah keanggotaan kepada 700,000
- Pakai baju seragam atau denda RM300
- Sekolah bercirikan asrama penuh
- 30 peratus unit Saberkas ‘mati’
- Jadi pemimpin dinamik serta berwawasan
- Bintulu selamat, jenayah terkawal
- BN hadapi cabaran PR
mySarawak










Leave a Reply