Sarawak News, Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Wednesday, July 23, 2008 - 0 Comments
Email This Post
-
Print This Post
Raja Petra disaman RM2j
Lt Kol Abdul Aziz dan isteri dakwa akuan berkanun Raja Petra berunsur fitnah dan merendahkan maruah mereka
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri, kedua-dua pegawai tentera, semalam menyaman penulis blog Raja Petra Raja Kamarudin menuntut RM2 juta kerana mendakwa akuan berkanun yang dibuatnya dan mengaitkan mereka dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu berunsur fitnah.
Writ saman itu telah difailkan oleh Lt Kol Abdul Aziz Buyong dan isterinya, Lt Kol Norhayati Hassan, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada pukul 2.30 petang melalui firma guaman Gan Rao & Chuah.
Pasangan itu mendakwa akuan berkanun yang melemparkan tuduhan-tuduhan terhadap mereka dan juga isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan itu telah dibuat dengan niat jahat dan secara tidak jujur bertujuan menjejaskan reputasi, kredibiliti, nama baik dan karier mereka.
Mereka mendakwa tuduhan-tuduhan itu dibuat dengan cara cuai dan tidak menghiraukan untuk memastikan sama ada tuduhan-tuduhan itu benar atau palsu, dan oleh demikian, telah merosakkan nama baik dan reputasi mereka.
Abdul Aziz dan Norhayati berkata akuan berkanun Raja Petra yang mengandungi unsur fitnah juga telah merendahkan maruah dan memperkecilkan mereka dalam jawatan yang mereka pegang sebagai pegawai kanan tentera bertugas di Jabatan Arah Jurutera, Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan.
Pasangan itu menuntut ganti rugi RM1 juta setiap seorang daripada Raja Petra, ganti rugi teladan dan satu perintah injunksi untuk menghalang Raja Petra atau pekerjanya daripada mengulangi kenyataan fitnah itu.
Raja Petra, pengendali blog Malaysia Today, telah membuat akuan berkanun itu pada 18 Jun lepas mendakwa tujuannya itu adalah untuk meminta orang yang mempunyai pengetahuan berhubung perkara itu untuk tampil ke hadapan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan sewajarnya dalam kes itu.
Kandungan akuan berkanun itu telah disiarkan dalam laman blognya dan laman-laman web lain.
Dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Kpl Sirul Azhar, 36, sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap tuduhan membunuh Altantuya, 28, di satu lokasi di Bukit Raja antara 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006.
Penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, pula menghadai tuduhan bersubahat dengan mereka dalam melakukan pembunuhan itu.
Dalam pernyataan tuntutan, Abdul Aziz dan Norhayati mendakwa tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka dalam akuan berkanun itu memudaratkan secara peribadi dan mengundang tanggapan umum terhadap mereka yang memiliki rekod bersih.
Mereka juga mendakwa tuduhan-tuduhan dalam akuan berkanun itu bermaksud kedua-dua mereka bersama-sama Rosmah adalah pembunuh dan terlibat dalam konspirasi jenayah dan skandal jenayah.
— Bernama
translated version
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
Sarawak News - Jan 7, 2009 - 0 Comments
Three-way fight Jan 17
More In Sarawak News
- Vehicle owners with high intensity headlamps beware
- Takeover of abandoned bus routes not economical, says operator
- Two more juniors join Bukit Jalil
- Continue to support BN: Independent rep
- Cruise along the Rajang River
- Buy Malaysian Products campaign to be revived
- Farmer accused of causing death further detained
Iban - Jan 6, 2009 - 0 Comments
Hari chukup kiruh ba SMK Marudi
More In Iban
- Temegah ati ngembuan main asal ke chulin
- Bansa Seru semina tinggal dalam pengingat
- Batang adat Iban kenyau ari kelia menya
- 18,000 temuai masuk Limbang nyerumba Krismas, kemisi sekula
- Orang gawa perintah dipinta ngaul pangan diri
- Enggau ati andal ngadap taun baru
- Pasar Kapit sekut laban mensia ngalu
Tempatan - Jan 6, 2009 - 0 Comments
Kuota subsidi beras dipantau
More In Tempatan
- Tambah keanggotaan kepada 700,000
- Pakai baju seragam atau denda RM300
- Sekolah bercirikan asrama penuh
- 30 peratus unit Saberkas ‘mati’
- Jadi pemimpin dinamik serta berwawasan
- Bintulu selamat, jenayah terkawal
- BN hadapi cabaran PR
mySarawak










Leave a Reply